31 August 2012

31 Ogos 2012 - Janji Tak Ditepati












Pagi-pagi lagi Pak Ya dah telefon kedai runcit Mat.

"Mat. Bila hang nak hantar nyiog aku ni? Kenduri arwah esok."

"Sejam dua lagi saya mai lah. Saya nak hantag anak pi sekolah dulu." jawab Mat.

"Betoi ka ni? Kemarin pun hang cakap macam tu jugak. Sampai malam aku tunggu, tak mai-mai pun. Kemarin dulu pun sama."

"Betoi Pak Ya. Saya mai la sat lagi." janji Mat.

So, Pak Ya pun tunggu.
2 jam, 3 jam, 4 jam, sampai tengahari tak mai2 juga.

Dia telefon lagi,
"Mat...dah tengahari ni. Tadi kata sejam dua. Dah masuk Lehog (Zohor) ni."

"Sori Pak Ya. Leong biskut mai hantag barang pulak. Kalut dengan dia. Lupa nyiog Pak Ya tu. Sat lagi saya mai."

So, macam tu lah.

Pukul 5 tak mai. Pak Ya telefon lagi.
Mat kena ambik budak balik sekolah pulak.

Maghrib tak mai. Pak Ya telefon lagi.
Tayar motor Mat pancit. Setengah jam lagi siaplah.
Dia akan mai.

Lepas Isyak pun tak mai lagi. Pak Ya telefon.
Mat kata dia penat tukag tayar motor. Esok sajalah dia hantar.

DAMMM!
Pak Ya hempas telefon.

"Awat tu Pak hang? Nak bagi jahanam henfon tu ka?" tegor bini Pak Ya.

"Budak Mat tu lah....dah 3 hari janji nak hantar nyiog. Tak mai-mai. Macam-macam hal. Hari ni saja aku dah telefon 5 kali. 5 kali dia janji. Kemarin pun macam tu jugak.
Janji kosong saja. Dah naik fed-up aku.
Sumpah aku tak ambik barang kedai dia dah! Biag lingkop pi !!"

"Ehhh bang....jangan cakap macam tu. Tak baik sumpah2 orang. Dia tu ada anak bini. Kalau kedai lingkop, sapa nak bagi makan anak bini dia?" kata bini Pak Ya.

Pak Ya terdiam.
Dia bangun, ambik bateri handphone dia yang tercabut tu.
Masuk bilik tidur.

--------------------------------------------------------------------------------

Tu cerita Pak Ya dan janji Mat di hari Merdeka yang ke 55 ni.

Janji kita macamana pulak?
Sudahkah ditepati?

Janji apa tu?

Janji kita dengan Allah lah.
Hari-hari kita berjanji dengan Allah.
At least 5 kali sehari.

"Inna solaati wa nusuki wa mahyaaya wa mamaati.
Lillahi rabbil 'Aalamiin."
Sesungguhnya solat ku, amal ibadatku, hidupku, dan matiku.
Hanyalah untuk Allah Tuhan Seluruh Alam."

Adakah kita masih berbuat sesuatu untuk yang lain?
Untuk wang ringgit? Untuk kuasa?
Untuk pangkat? Untuk undi?
Untuk bos? Untuk orang?
Mendahului Allah?

Jangan jadi macam Mat Kedai runcit tu. 5 kali janji, 5 kali mungkir janji.

Kot2 Allah akan terminate bisnis kita di dunia malam ni ka, esok hari ka,
pastikan kita cuba untuk tepati janji kita.

Sempena Hari Kemerdekaan ke 55 ni,
mari kita renongkan Ayat 55 dari Surah ke 55 (Ar-Rahman)

"Fa bi Ayyi Aalaa'i Rabbikuma Tukazziban?.....
Nikmat Tuhan kamu yang manakah hendak kamu dustakan?"

Nikmat kemerdekaan itu adalah anugerah Allah juga.
So, di samping berterima kasih kepada manusia dan mengingati janji2 mereka yang telah ditepati, janganlah lupa berterima kasih pada Allah dan mengingati janji2 kita yang belum ditepati.

Wallahu'alam.

"Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu bermenafa'aat bagi orang2 yang beriman."
Surah Az-Zaariyat.
......Ayat 55 juga


No comments: