Jabal Nur - Tempat turunnya wahyu pertama
Kita pun sedia maklum yang Nabi saw sendiri beristeri ramai.....9 orang.
Tapi semuanya janda ataupun bekas bini orang yang dah berumur malahan setengahnya dah lanjut usia.
Tak adalah yang baru lepas sekolah menengah, atau sekretari pejabat, atau artis baru......Kecuali Aisyah.
Aisyah jauh lebih muda dari yang lain2.
Sehinggakan masa Nabi saw wafat, Aisyah baru berumur 17 tahun.
Sweet 17 gitu.
Kalau ikut logik kita, tentulah Aisyah ni yang dimanjakan, yang dibelai, yang dipijak semut tak mati.
Kalau orang-orang la ni.....
Yang ajak pi jogging, shopping, tengok movie, dll.
(Maklumlah baru lepas sekolah menengah.......)
Dan bini paling tua (No 1) lah selalunya yang diabaikan.....
Namun begitu dalam banyak hadis kita dapati yang berlaku adalah sebaliknya.
Aisyahlah yang selalu kena marah.
Dan Siti Khadijah lah yang Nabi paling sayang.
Bukan Nabi saw tak sayang bini muda, tapi biasalah, bila bermadu, naturally sifat cemburu tu ada.
Juga, Aishah tu sangat muda lagi, sifat kebudak2annya masih kuat.
Sayang Nabi saw kepada Khadijah pula, lebih dari yang lain.
Sehinggakan years after she passed away, Nabi saw bukan saja masih teringat Khadijah tetapi juga make sure kebajikan ahli keluarga Khadijah terjaga.
Misalnya, setiap kali Nabi menjalankan ibadah korban, baginda tidak lupa untuk menyampaikan daging2 korban kepada sanak saudara Khadijah.
It came to a point Aisyah cannot tahan anymore, (orang2 la ni kata....berbulu).
Diceritakan, pada suatu hari salah seorang dari saudara wanita Khadijah mai ke rumah Nabi.
(Ni masa selepas Khadijah dah wafatlah)
Nabi saw macam biasa melayan adik beradik Khadijah dengan penuh hormat dan mesra.
Aisyah terus tanya, " Sapa dia tu bang?"
Kata Nabi saw, "Dia ni adik beradik Khadijah."
Aishah yang dah lama tak syok ni, bila dengar macam tu terus terkeluar kata2 yang pedas dari mulut dia,
"Apalah yang abang sebut2 lagi Khadijah tu? Orang tua tu dah lama tak dak.
Bukankah abang la ni dah ada pengganti yang lebih baik, (maksudnya dia lah),
Apa yang special sangat Khadijah tu?"
Macam tu sekali....bahkan dalam hadis2 lain, lebih keras lagi nada perkatan Aisyah itu.
Nabi pula bila Aisyah dah kata macam tu, apa lagi.....baginda saw terus marah sampai dalam hadis disebut rambutnya tergoncang.
Maka sabda Nabi saw, " Isyh isyh kamu ni, sampai hati cakap macam tu.
Demi Allah, tak dak sapa yang boleh ganti Khadijah.
Kamu tau tak, masa orang semua hina aku, dia lah yang menggembirakan aku.
Masa semua orang benci aku, dialah yang menghiburkan hati aku.
Masa orang tak peduli aku, boikot aku, dialah yang belanja habih harta dia untuk tolong aku.
Dan dalam semua2 isteri aku, dia sajalah yang melahirkan anak-anak aku!"
Marah sungguh Nabi hari tu, sehinggakan Aishah menyebut, dia tak pernah tengok Nabi marah sampai macam tu sekali.
Habih baginda ungkit2 kebaikan Khadijah.
So,
Macamana agaknya layanan Khadijah kepada Nabi saw, sampaikan begitu sekali sayangnya Nabi kepadanya?
Cuba kita tengok sikit.
Nabi saw berkahwin dengan Khadijah semasa Nabi berumur 25 tahun dan Khadijah 40, beza 15 tahun.
Khadijah wafat 2 tahun sebelum hijrah, iaitu ketika umur dia approx 66 tahun.
So depa bersama selama 26 tahun.....
Walaupun usia depa jauh berbeza, Nabi sangat sayang pada Khadijah.
Banyak pengalaman pahit jerih dan penderitaan semasa awal2 Nabi menyebarkan da'wah kepada orang2 Quraish Mekah dilalui oleh mereka berdua.
Khadijah menjadi teman setia dan No 1 supporter, penyuntik semangat kepada Nabi saw.
Ini dapat kita tengok pada peristiwa kenabian Nabi saw.
Diceritakan dalam hadis, sedang Nabi dok beribadat di Gua Hira, Jibril as muncul dalam bentuk suatu lembaga.
Dia kemudiannya memeluk erat dan menyuruh Nabi saw membaca.
Nabi kata dia tak tau nak baca apa.
Jibril peluk dia lagi kuat sampai Nabi sesak nafas.
Last2 bila Nabi tak boleh baca jugak, Jibril ajar dia surah al-'Alaq (Iqra') dan barulah dia lepaskan Nabi saw.
Nabi apa lagi....cabutlah.
Dia turun Jabal Nur, lari pi balik rumah dia.
Tercungap2. Berpeluh2.
Siti Khadijah tengok husband dia mai kelam kabut, dia buka pintu.
Nabi terus berkata, "Selimutkan aku! Selimutkan aku!"
Maka Khadijah pun tak tanya apa2, terus menyelimutkan Nabi saw.
Sampailah Nabi reda ketakutannya.
Then, barulah Khadijah tanya Nabi...."Awat bang? Apa dah jadi?"
Tengok tu..dalam bahasa Arab dia tak kata abanglah....tapi seakan2 macam tu.
Walaupun dia jauh lebih tua (dan jauh lebih kaya) dari Nabi, dia panggil suami dia dengan panggilan mesra.
Tadi, bila Nabi balik kelam kabut minta diselimutkan, dia tak tanya terus macam isteri2 di Khazakstan sana .....
"Ni awat ni balik kelam kabut....?"
"How's your day at the office?"
"Beli apa nak makan malam ni?" ataupun lagi teruk,
"Tidog kat opis pun tak apalah...."
etc.
Lalu Nabi saw pun menceritakan hal dia dikunjungi Jibril di Gua Hira.
Dan rasa cemas dan takutnya......
Maklumlah, berjumpa lembaga yang tak pernah jumpa.
Kita pun kalau nampak bayang2 melintas tengah malam pun,kadang2 demam dua minggu.
Apa kata Khadijah?...Dengar ni.....
"Demi Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengecewakan abang.
Abang seorang yang menjaga baik hubungan silaturrahim.
Abang membantu orang2 yang miskin dan melarat.
Abang menghormati dan melayan baik tetamu.
Dan abang sentiasa meringankan beban orang yang ditimpa kesusahan.
Tak dak apa2 tu."
Dan dia tidaklah berkata.
"Tulah abang...saya dah cakap, duduk rumah diam2, jangan keluag cari penyakit....." dsbnya.
Begitulah......cerita kasih sayang seorang isteri tua.
Inilah namanya bercinta sehingga ke syurga, kerana dalam hadis disebutkan Khadijah dan Nabi saw akan disatukan di syurga nanti.
Banyak lagi contoh teladan hubungan mesra dan romatik Nabi saw dan isteri2 baginda (terutamanya Khadijah)
Next time kita kongsi sikit2.
Ataupun semaklah dalam hadis2 sahih Bukhari dan Muslim.
Kesimpulannya di sini;
1. Kawin lebih dari sorang tu sunnah Nabi.
2. Sunnah Nabi juga, bini baru selalunya bukannya baru lepas sekolah menengah.
3. Nabi saw sangat sayang bini No1, walaupun bini lain jauh lebih muda. Sampaikan dah mati pun dok teringat lagi.
4. Nabi saw pun tidak sunyi dari asam garam kehidupan berumahtangga. Kalau sapa2 antara kita cakap kata rumahtangga dia aman damai, tak pernah clash, very understanding dalam semua hal....tak payah bohonglah.
5. Kalau ada masalah, cerita kat isteri, jangan cerita kat kawan. Or kalau nak cerita kawan, ceritalah kat bini dulu.
6. Isteri hormatilah hubby walaupun gaji isteri lebih dari suami.
7. Bila laki balik rumah, biar dia rest dulu, ambik napas. Lainlah kalau bini kerja, hubby homemaker, husband kasilah bini rest dulu.
8. Tambahlah kesimpulan2 sendiri yang rasa sesuai...
Wallahu'alam.
3 comments:
Seronok baca kisah ni. Terima kasih ye. Saya mohon izin untuk share ye awak?
Silakan. Tak ada copyright dalam blog saya.
Silakan. Tak ada copyright dalam blog saya.
Post a Comment