23 September 2011

Pak Ya Cerut





















Cerita ni ialah cerita, kalau hidup bermasyarakat mesti bercampur gaul...

Begini ceritanya.....
Ada sorang tu yang memang tak pernah solat.
Dah tua dah dia ni.
Kita panggil nama dia Pak Ya Cerut sudahlah, pasai dia suka hisap cerut.

Nak jadi cerita suatu hari dia berhajat nak panggil tok imam dan orang2 masjid mai rumah atas sesuatu urusan.

Tapi oleh kerana dia ni bukan kaki masjid (solat pun x pernah, pi masjid buat apa?), dia pun gabralah.

Bini dia dok suruh, “Pi lah semejid pak hang oi! Panggil tok imam mai rumah malam Jumaat ni. Panggil orang2 semejid sama.”

 Pak Ya balas, “ Aku manalah kenai depa tu semua.
Hang pun tau, aku sembahyang pun tak reti.
Tak kan hang suruh aku pi semejid pulak. Buat malu saja."

Bini dia bagi sikit petua, “ Cam nilah bang. Depa yg pi semejid tu depa sembahyang jemaah, ikut tok imam. Senang saja. Nanti Asar nanti, abang pilah ikut depa.
Bila depa dah nak mula sembahyang tu, abang doklah belakang tok imam,
ikut saja apa yang dia buat.”

Oleh kerana tiada pilihan lain, dan untuk mengelakkan dari makan nasi kenduri laki bini saja, Pak Ya pun menurut cadangan bini dia tu.

Bila hampir Asar, dia pun membetulkan kopiah dan bergegas2 ke masjid.

Lepas azan, sambil2 tunggu nak mula solat, Pak Ya cucuh cerutnya dulu untuk menghilangkan ke"nervous"annya tu. Maklumlah tak pernah solat.

Tengah sedap dok sedut, tiba2 Pak Bilal qamat dan orang mula susun saf.
Pak Ya gabra, cepat2 selit cerut di celah telinganya.

Dan dia terus terpa ke saf depan, exactly dok belakang imam.
Kalau tak buat cam tu, dia takut tak nampak perbuatan imam.

Pak bilal jeling kat dia.....tapi tak kata apa2.

Imam pun angkat takbir dan mula baca do'a iftitah.

Pak Ya pun angkat takbir, dan mulut dia buat action macam baca something.

Selang beberapa sa'at, terasa panas ditelinganya.....

"Alamak.. cerut tak padam lagi!," kata Pak Ya dalam hati. "Biag pilah dulu."

Tapi, makin lama makin panas.....rasa pedih cuping telinga dia.
Bila Imam dah nak start Fatihah,dia terbau hangit.
Rambut dia dah terbakar.
Pak Ya pun dah tak tahan lagi.

Lalu dia angkat tangan dia pelan2 dan dia jentik cerut tu....
terpelanting cerut tu entah pi mana.
"Ahhhhh....lega rasanya" kata Pak Ya dalam hati.

Nak jadi cerita cerut tadi tersangkut kat tengkok jubah tok imam.

Imam yg sedang dok baca Fatihah tu, mula terasa panas.
"Isyh! Apa ni?" detik Tok Imam dalam hati juga.

Makin lama makin panas....Aduuhhhhh.

Tok Imam pun meliut2kan bahu dia,
kot2 terkeluar benda yg panas kat tengkok dia tu.
Pak Ya pun ikut meliut2kan bahu dia.....
tersengguk2 Tok Siak di kiri dan Pak Bilal di kanan dia.

Cerut tadi yang lekat di tengkok jubah jatuh ke dalam dan lekat di lipatan kain Tok Imam pulak!
Haruu....terbakar pinggang tok imam.

Tok Imam cuba tahan lagi tapi tak lama.
Dia pun menggelek-gelekkan pinggang dia.
Kot2 boleh clearkan benda panas tu.

Pak Ya pun turut bergelek mengikut irama Tok Imam....
terduduk Pak Bilal kerana dihentam gelek gerudi Pak Ya.

Tok Imam dah memang tak tahan lagi,
dia terus toleh belakang dan tunjuk kat Pak Bilal yang baru bangun.
Dia nak Pak Bilal tu gantikan dia lah.

Pak Ya pulak tengok belakang dan tunjuk kat Nazir Masjid di saf kedua.

Tok Imam lari keluar masjid.
Pak Ya ligan dia. (Kalau hangpa tak tau apa makna ligan tu, pi tengok kat Glosari Bahasa Kedah)

Tok Imam lompat masuk dalam kolah.
Pak Ya pun sama.

Basah lencun keduanya.

"Hang buat apa ni?" Tok Imam jerkah Pak Ya.
"Ikut tok imam la," balas Pak Ya.

"Sudah, jangan merapu. Hang pi balik! " Tok Imam marah dia.

Maka baliklah Pak Ya dengan baju, kain dan songkok basah lencun.

“Ya Allah!! Awat jadi macam ni bang?!” tanya bini dia.

"Adoi Mak Hang oi. Payah sungguh sembahyang ni," keluh Pak Ya, "Tak dak ka yang senang sikit?"

No comments: