30 September 2010

Cerita Haji_Part 4_VVIP Manja


Jumaat 9 Zulhijjah 579H _Wukuf di Arafah

Jangan lupa, baca dulu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebelumnya.
Kalau tak, tak complete jalan cerita.

Maka kita sambung cerita kita.......

Jemaah haji berpusu-pusu membanjiri Padang Arafah sepanjang malam 9 Zulhijjah.

Amir Haji dari Iraq tiba dengan rombongannya pada hujung malam (awal pagi) 9 Zulhijjah.

Khemah2 merekalah penginapan yang paling hebat di antara khemah2 yang ada di Arafah, selayak kedudukannya sebagai VVIP.

Hebat macamana? Best describe macam ni.

28 September 2010

Cerita Haji Pt 3_Penyamun Tarbus


Baca dulu Part 1 dan Part 2 untuk mengikuti jalan ceritanya....

Khamis 8 Zulhijjah 579 Hijrah (21 Mac 1184M)

Jemaah2 haji berpusu2 bertolak ke Arafah melalui Mina sebagaimana yg diceritakan tadi.

Tapi menurut Ibn Jubayr masa tu pun dah ada perubahan utk tidak melalui Mina pada musim haji kerana di situ terdapat satu kumpulan penyamun dari Banu Shu'bah yg hobi depa ialah menahan dan merompak jema'ah yg menuju Arafah.

So, kalau sahabat2 yang hilang selipar, hilang duit sikit2 tu masa haji nanti, bersyukurlah tak kena rompak dek Bani Shu'bah macam orang dulu2.

Dalam ramai2 bakal haji tu adalah seorang yang bernama Uthman bin Ali, dari Aden, Yaman bersama orang2nya volunteer mengawal passage antara Mina dan Arafah daripada gangguan penyamun2 ni.

Uthman bin Ali ni pun satu karakter jugak. Dia ni seorang VIP, gabenor Aden. Dia mai Mekah melalui Laut Merah. Diceritakan dia ni sebenarnya sedang melarikan diri daripada tentera2 Salahuddin al Ayyubi.

Masa tu , Salahuddin sedang giat berjihad dalam Perang Salib di Palestin dan Syria......Di samping itu dia juga berusaha menyatukan dan menguatkan wilayah2 Islam yg berpecah2. Antara yang dia buat ialah menurunkan pemimpin2 Islam yang zalim dan corrupt dan menggantikan dengan pimpinan baru.

Uthman bin Ali ni salah seorang yang dah di blacklist oleh Salahuddin. Dia dikhabarkan telah mengkayakan dirinya dengan mengambil "percentage" dari saudagar2 yang berdagang di Yaman. So, bab ambil commission ni dah lama sejarahnya.

Lalu Salahuddin menghantar adiknya yang bernama Sayful Islam (atau Sayfuddin) ke Yaman untuk menangani Uthman bin Ali ni.

Uthman pulak bila dengar Sayf ul Islam ni on the way, dia pun cabutlah. Dia bawa bersamanya beberapa kapal yang sarat dengan harta yang dikumpulnya semasa mentadbir Aden.

Nak dekat2 sampai pelabohan berhampiran Mekah, kapal2 dia kena intercept oleh kapal2 perang Sayful Islam ni dan semua hartanya dirampas. Namun begitu, dia tak diapa2kan.

Tapi yg dirampas tu harta2 yg besar2 saja....manakala yg kecil2 tidak diambil.

Menurut Ibn Jubayr, harta yg lepas tupun bukannya sikit, ber unta-unta juga nak bawa.
Dia sampai ke Mekah dengan barang2 yg terselamat tu dan Ibn Jubayr tengokpun tak larat nak kira.

Semua harta itu dibawa ke rumah yg Uthman telah bina di Mekah...sort of banglo kat luar negara.....macam hari ni jugalah.

Anyway, balik ke cerita asal, Ibn Jubayr mencatatkan yg Uthman Ali ni mungkin mengharapkan dua pahala, satu pahala utk haji dan satu lagi kerana volunteer utk mengawal jemaah haji dari gangguan penyamun.....

Bersambung seterusnya ke Part 4

.....

27 September 2010

Cerita Haji Pt 2_Utusan Khalifah


Ini adalah sambungan dari Part 1,
Sila ke sana untuk  mengetahui cerita dari mula....

Dalam kegelisahan jema'ah haji mengenai tarikh wukuf itu, Mekah terus dibanjiri oleh jemaah dari seluruh pelusuk dunia Islam.

Ibn Jubayr menggambarkan dia tidak pernah melihat manusia yg begitu ramai.
Baginya adalah suatu keajaiban yang Lembah Mekah yang hanya selebar panahan "arrow-shot" itu boleh menampung sebegitu ramai manusia.

Katanya para ulamak mengumpamakan Kota Mekah sebagai rahim ibu yang walaupun kecil saja, tetapi sentiasa mempunyai cukup ruang utk menampung bayi yang sedang membesar.

(Masya Allah! How true this analogy is until today!)

Anyway, masuk beberapa hari bulan Zulhijjah, Qadi Jamaluddin masih berkeras bahawa 1 Zulhijjah ialah pada hari Jumaat, jadi Wukuf ialah Sabtu.

25 September 2010

Cerita Haji Pt 1_ Bulu Kening di Sangka Anak Bulan


Just to share, kisah haji Muhammad bin Ibn Jubayr (yg mengembara dari Granada) pada tahun 579 Hijrah dalam bukunya Rihlah Ibn Jubayr.......


Peta Sebahagian Perjalanan Ibn Jubayr


Petang hari Rabu 29 Zulqai'dah 579 (bersamaan 14 Mac 1184), orangramai (termasuk Ibn Jubayr) berkumpul di suatu kawasan lapang dekat Mekah untuk menyaksikan samada anak bulan Zulhijjah akan muncul ke tidak.

Tapi ada sedikit kekecohan kerana hari tu telah ditakdirkan cuaca mendung dengan awan tebal.Jadi, langit tidak kelihatan dengan jelas. Orangramai mengharapkan bila dekat Maghrib nanti awan akan dispersed dah langit kelihatan.

Apabila dah dekat2 matahari nak terbenam, dan langit dah jadi kemerah2an, langit masih tak clear.Tiba-tiba adalah seorang dalam yang ramai2 tu melaungkan takbir, "Allahu Akbar!", yang selalunya menandakan anak bulan dah dapat dilhat.

Orang2 lain pun yang dalam keadaan "over-excited" pun ikut melaungkan takbir, seolah-olah dah confirm anak bulan Zulhijjah depa pun dah nampak, padahal depa pun tak sure.

Diceritakan yang buat kecoh ni adalah jema'ah dari Maghribi dan sebahagian orang2 Mesir. Menurut Ibn Jubayr, anak bulan Zulhjjah malam Khamis adalah yang paling utama dan dinanti-nantikan.

Ini ialah kerana ini bermakna 1 Zulhijjah ialah pada hari Khamis dan hari Wukuf (9 Zulhijjah) akan jatuh pada hari Juma'at.

Menurut Ibn Jubayr juga, pegangan pada masa tu ialah, bila Wukuf hari Jumaa'at bermakna itu adalah haji Akbar. Pahala haji akan digandakan sebanyak 70 kali. Bagi orang2 kita hari ni (kat M'sialah), haji akbar berlaku apabila hari raya haji (10 Zulhijjah) jatuh pada hari Juma'at.

Jadi, nampak ke tak nampak anak bulan tu, habag nampak jugalah. Jadi dah kecoh, lalu perkara itu dilaporkan kepada Qadi Mekah, seorang ulamak bernama Syeikh Jamaluddin.

Lalu kata Qadi Jamaluddin, "Sapa2 yang mengaku nampak anak bulan padahal awan tebal melindungi langit macam hari ni, saya tak akan terima persaksian dia. Orang2 Maghribi ni memang kalut. Bulu mata depa jatuh terjuntai depan mata depa, depa nampak macam anak bulan!"

Jadi, tak confirm lah lagi bermulanya 1 Zulhijjah. Qadi kena rujuk kepada Khalifah yang masa tu masih lagi berpusat di Baghdad.

bersambung ke Part 2.