18 January 2016

Abdullah bin Ubai bin Salul - Seperti Melepaskan Anjing Tersepit



Ini sambungan dari cerita Abdullah bin Ubai - Ketua Munafik Part 1

Tajuk cerita ni aku ambil dari salah satu kata2 Abdullah bin Ubai.
Bunyi seakan2 peribahasa Melayu yang bermakna membalas budi baik orang dengan berbuat jahat pula.
Jom kita dengar.

Kita mula bab ni dengan peristiwa perang terhadap Bani Mustaliq pada tahun ke-6 Hijrah.

Perang tu pendek saja, dan tak banyak casualties.
Perang tu dipimpin sendiri oleh Rasulullah SAW itu, disertai oleh sahabat2 dari puak Ansar, Muhajirin dan tidak ketinggalan puak munafik yang diketuai Abdullah bin Ubai.

Perang pun abis, tentera Islam pun berangkat balik ke Madinah.

Bila tiba di satu wadi (oasis), Nabi SAW mengarahkan mereka berehat.
Lalu sahabat2 pun dirikan khemah untuk bermalam.
Ada sahabat2 yang ditugaskan untuk mengambil air dari wadi.

Ditaqdirkan semasa queue nak ambil air tu, terjadi sedikit salah faham antara seorang sahabat dari kaum Muhajirin dengan sorang dari kaum Ansar.
Ada yang potong trip kot....

Memang sikit sangat isunya, tapi oleh kerana ada anasir jahat batu api, maka ia menjadi besar.

Pada mulanya mungkin hanya cuit bahu, “Bro, boleh beratur? Saya dah lama tunggu ni.”
Begitulah agaknya.

Tapi oleh kerana tak settle, apa yang hanya kecil tu escalated.
Sorang sigong dengan siku dia, kemudian yang lain pula tonyoh muka!
Lepas tu pakat tolak menolak...
Maka jadi koi kasaq.

Rebah pi sorang daripada mereka, lalu dia menjerit, "Oii kaum Ansar....aku kena pukui!!"

Dibalas oleh yang sorang lagi yang dari Muhajirin...."Oii kawan2....aku kena sepak!!"

13 January 2016

Tazkirah Jumaat seorang Munafik



< Gambar hiasan sahaja

Asssalamualaikum,

Dah bertahun2 aku cerita pasai sahabat2, ulamak2 dan lain-lain karakter hebat dalam sejarah Islam.
Hari ni kita tukar selera.

Mai dengar pula kisah Abdullah bin Ubai bin Salul.
Satu samseng Kampung Dusun.....
Ketua puak munafik Madinah.

Memang hangpa dah biasa dengar nama dia ni pun.

Elok diperkenalkan dulu, siapa Abdullah bin Ubai bin Salul ni?
Dia ni pembesar suku kaum Khazraj, salah satu kabilah Arab tempatan Madinah.
He was a man of position.
Yang satu lagi ialah kaum Aus.

Just before the arrival of Rasul SAW, Abdullah bin Ubai was on the verge of being appointed as the leader of Madinah.
Banyaklah dia punya jasa dan khidmat kepada kaumnya.
.....dan kerana itu dia akan menjadi Menteri Besar Madinahlah.

Tapi, hajatnya itu tidak kesampaian.
Bila Rasulullah SAW sampai, penduduk Arab Madinah yang majoritinya dah masuk Islam, sebulat suara menjadikan baginda sebagai pemimpin mereka.
Maka terpinggirlah Abdullah bin Ubai.

Lama dia tunggu jawatan tu, dah puas melobi...

Banyak duit dah keluar,
banyak jalan kampung dah di tar,
banyak gelanggang badminton telah dibina,
banyak kain batik, kain pelikat dah didermakan ke surau2 dan masjid2,
banyak dah imam-imam di sponsor pegi haji ke Mekah....
...ha ha ......dah lencong ke Congo pulak....

Tiba2 mai orang lain potong trip dia.
Mana tak hangat!
Ini tidak adil!!

04 January 2016

Ku Tambat Diriku Di Tiang Raudhah


Assalamualaikum,

Terlebih dulu, sebelum hangpa expect yang bukan2....
ini bukan cerita romantik ala Sanggar Cinta Raudhah,
walaupun tajuk dia nampak meleleh.....

Ini cerita berkisar tentang sikap amanah terhadap tugas seorang sahabat Rasulullah SAW.
Sorilah kalau potong stim....he he.

So, let's begin our story at the end of Perang Ahzab (Perang Bersekutu) pada hujung tahun ke 5 Hijrah.
Atau nama lainnya Perang Khandaq, kerana orang2 Islam Madinah mengorek parit sebagai benteng pertahanan.

Dinamakan Perang Ahzab (Sekutu) pula ialah pasai puak Musyrikin mengadakan gabungan ketenteraan dengan beberapa kabilah Arab dan juga Yahudi Bani Quraizah.

Bila perang habih macam tu saja tanpa serious engagement pasai tentera musuh fed-up tak dapat melepasi parit2 yang dibina dan malamnya pula Allah kirimkan angin utk terbangkan khemah2 depa....
semua pakat bungkuih persiapan perang, dan balik kampung masing2.