23 December 2015

Nusaibah binti Ka'ab r.anha - Part 2_Buat Pekak Telinga


Sebelum mula Part 2 ni, untuk info, cerita Nusaibah ni terdapat dalam Tabaqat al Kubra, susunan Muhammad ibn Saad r.h. Ini adalah buku biografi terawal sahabat2 Rasulullah SAW.
Terjemahannya bertajuk The Women of Madina.

Ibnu Saad lahir pada 148 Hijrah, dia hampir sebaya dengan Imam as Syafie yang lahir pada 150 Hijrah.

So let's continue with the story of her other son, Habib bin Zaid r.a.
----------------------------------------------------------------------------

Semasa perang Uhud, Habib tak terlibat sebab dia budak2 lagi. Under-aged.
Beberapa tahun kemudian, di hujung hayat Rasul SAW, timbul berita Musailamah mengaku dirinya sebagai Nabi.

Nabi palsu ini hantar surat kepada Rasul SAW dan demand supaya tanah Arab dibahagi dua, separuh di bawah pentadbiran Rasul SAW dan separuh lagi dia punya.

Nabi SAW membalas surat tu dan menggelar Musailamah sebagai al Kazzab....Pendusta.

Musailamah buat dekk saja surat tu dan terus menyebarkan ajarannya.
Semakin ramai yang menyokongnya.

Nabi SAW kemudian menghantar delegasi kedua untuk memberikan katadua.
Yang ini diketuai oleh Habib bin Zaid r.a., anak bongsu Nusaibah.

Bila dia sampai sana, Habib pun deliver amanat dari Nabi SAW supaya Musailamah menarik balik dakwaannya sebagai utusan Allah.

Musailamah flatly refused. Dalam kemarahannya dia mengarahkan Habib ditangkap dan dirantai.
Habib dibawa kepada Musailamah di hadapan pembesar2 kaumnya.

Musailamah tanya Habib, " Jawab soalan2 aku.....Siapa Muhammad?"

Habib jawab, " Muhammad itu Rasulullah."

Musailamah tanya, " Siapa pula aku?"

Kali ni Habib buat2 tak dengar, "Ehh....telinga aku tersumbat agaknya? Tak dengar apa2pun."
Dia permain saja Musailamah. Bukan reka ni, memang itu yang budak muda tu cakap!

Maka makin benganglah Musailamah.
"Oooo.....buat main2 dengan aku yer..?!!"

 Sebagai hukuman, dia suruh buat apa pada Habib?
Dia suruh Habib ketuk ketampi ka?
Dia suruh pegawai dia ikat kat kerusi, dan tumbuk Habib sampai lebam mata ka?
Dia suruh sebat dengan rotan ka?

Tak.....
Dia perintahkan satu tangan Habib dipotong.

Subhanallah....kejamnya...!!

Tangan Habib pun dipotong, lalu dicampak di depan semua hadirin.
Gitu gitu saja, macam besiang ikan keli...

Memancut darah!
Sakitnya Habib ni tak payah ceritalah.
Kita nak bayang pun tak mampu.

Tapi Habib tidak berganjak.
Anak muda ni tetap cekal.

Lepas tu Musailamah ulang tanya lagi, "Siapa Muhammad?"

Jawab Habib, " Dia Rasulullah."
Seperti jawapan tadi.

Tanya Musailamah..."Siapa AKU!!"

Lagi sekali Habib menjawab..."Apa dia? Aku tak dengarlah....."
Dia buat dekk macam tadi juga.
Tak heran dia kepada Musailamah...
.... dan tak heran pada kesakitannya.

Lalu diperintahkan supaya dipotong lagi sebahagian dari anggota badannya.
Dan dicampakkan di hadapan hadirin!

Adoi mak.....

Begitulah berulang kali dilakukan kepada Habib, tiap kali Musailamah minta Habib akui kenabiannya, Habib buat2 tak dengar.

Lalu telinga, tangan, hidung, kaki Habib....satu demi satu dipotong oleh musuh Allah dan Rasul ni.

Akhirnya syahid Habib kerana kecederaan yang teruk.

Berita tragik ini dibawa kepada ibunya di Madinah.
Ibu mana yang tak sedih mendengar berita yang sebegini, tapi....
Kata Nusaibah, "Aku redha akan kematian anakku. Sesungguhnya aku sudah didikdia untuk ujian ini."

Begitulah ketabahan seorang ibu.
Namun dia berjanji kepada Rasul SAW sekiranya berpeluang, dia sendiri akan membunuh Musailamah.

Selang tidak lama lepas peristiwa tu, Rasul SAW pun wafat.
Menemui Allah Azza Wa jalla.

Musailamah pula makin giat menyebarkan pengaruhnya.
Sebab sekarang dia sorang sajalah yang boleh claim "Nabi".

Maka Khalifah Abu Bakar as Siddiq r.a. menghantar Khalid al Walid r.a. untuk menghapuskan ancaman ini.
Inilah yang berlaku semasa Perang Yamamah.

Aku dah cerita sikit bab ni dulu mengenai Khalid al Walid r.a.,
dalam episod Laila Namamu Teratas

Nusaibah mengambil peluang ini untuk menyertai tentera pimpinan Khalid al Walid.
Dan di Yamamah tentera Khalid dan Musailamah bertembung.
Nusaibah berjuang habis-habisan, matlamat utama, membunuh Musailamah al Kazzab.

She fought bravely.
Kali ni dia ditikam sebelas kali, dan akhirnya tangannya ditetak putus!
Tapi iitu tetap tidak mengendurkan semangat Nusaibah.
Dia terus berjuang.

Kita ni, kalau kena selumbar pun kadang2 tak boleh tidog malam....

Apabila akhirnya dia sampai kepada Musailamah, Nabi palsu ini telahpun tewas dibunuh oleh Wahsyi. Tidak kesampaian hajat Nusaibah, walaupun misi tentera Islam berjaya.

Pulanglah Nusaibah ke Madinah dengan tangannya yang hanya tinggal sebelah tu.
Abu Bakar menziarahi Nusaibah untuk memastikan hal ehwal Nusaibah terjaga.
Dia sangat dihormati oleh masyarakat Madinah.

Pernah terjadi ketika Umar menjadi khalifah, ada orang mai menghantar hadiah kepadanya.


Biasalah tu jadi pemimpin...
Macam2 benda orang nak kasi.

Kadang2 kasi hadiah....
Kadang2 kasi donation....
dan sebagainya...

Orang yang bawa hadiah tu kata, "Ya Amirul Mukminin. Ini kain sutera terbaik dari kami. Kasilah pada menantu perempuan kamu, isteri Abdullah, Safiyyah tu."

Amboi....jek menantu bos rupanya....
Umar menolak mentah2 pemberian tu.

Dia kata , "Safiyyah tak layak terima hadiah sebegini rupa. Tapi aku tau sapa yang lebih layak. Kamu bawalah hadiah ini kepada Ummu Umarah (maksudnya Nusaibah). Aku pernah dengar Nabi SAW berkata, semasa Perang Uhud, baginda tidak nampak orang lain melainkan Ummu Umarah yang gigih mempertahankan baginda."

Begitulah penghormatan yang diberikan oleh sahabat2 utama Nabi SAW kepada Nusaibah r.anha.
Sesungguhnya kedudukan dia amat tinggi di sisi para sahabat dan di sisi Allah SWT, Insha Allah.

Ok...tamat sejarah Nusaibah.
Nanti aku cerita sikit...camna namanya masih prominent sampai hari ni.

Wallahu'alam.

No comments: