Jom kita conclude cerita Abdul Rahman bin Auf ini dengan beberapa kisah kedermawanan dia. Seperti biasa bacalah cerita2 sebelumnya kalau nak kasi lebih kliar... Part 1 Part 2 Semasa Perang Tabuk, apabila Nabi SAW meminta para sahabat bersedekah. Umar al Khattab r.a. antara sahabat yang infaq banyak. Riwayat hadis kata, separuh dari harta dia. Tapi dia tengok Abdul Rahman macam infaq lagi banyak dari dia. So Umar made a remark. Remark yang nampak macam dia tak puaih hati. "Ya Rasullullah, Abdul Rahman buat silap besar hari ni." "Kenapa kamu cakap macam tu?" tanya Nabi SAW. Atau kalau orang Kedah piau, depa cakap macam ni, "Awat hang kata lagu tu?" "Pasai kalaulah banyak tu dia bagi, sure habih semua harta dia. Mengkalu lagu tu, apa yang tinggai nak bagi anak bini dia makan?" kata Umar. Lalu Nabi SAW pun sampaikan apa yang Umar kata tu pada Abdul Rahman. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
17 October 2015
Abdul Rahman bin Auf r.a. - Part 3_Unta Bersusun
13 October 2015
Abdul Rahman bin Auf r.a. _Part 2_ Kawin Tak Panggil Kawan
Hari ni kita sambung cerita sahabat yang dijamin syurga ni. ------------------------------------------- Ni Part 2 tau. Baca Part 1 dulu untuk bagi senang paham. Kalau dah, jom kita sambung...... Suatu hari selepas beberapa ketika mereka berhijrah dan Abdul Rahman bin Auf pun dah berniaga, dia mai berjumpa Nabi SAW Tapi nampak ada kelainan pada Abdul Rahman ni.. Nabi SAW kata, "Nampak ceria la ni. Wangi pulak tu. Ada apa-apa ka?" "Hi hi.....ingatkan orang tak perasan. Saya baru kawin Ya Rasulullah." jawab Abdul Rahman. "Laaa...awat tak habag?" "Tak dan nak habag." segan Abdul Rahman sebab tak jemput sapa2 mai akad nikah dia. Baginda SAW tanya dia lagi, "Apa yang kamu jadikan sebagai maskahwin?" "Aku kasi isteri aku sedikit emas." "Mana kamu dapat emas tu?" tanya Nabi SAW, sebab baginda tahu masa dia hijrah, Abdul Rahman tak bawa apa2. "Saya meniaga Ya Rasulullah. Emas tu sedikit keuntungan yang saya dapat." jawab Abdul Rahman. "Kamu dah buat kenduri?" "Belum Ya Rasulullah." |
12 October 2015
Abdul Rahman bin Auf r.a. _ Part 1_Tolak Offer Bagus
09 October 2015
Tahi Burung dan Pasu Bunga
Subscribe to:
Posts (Atom)