05 March 2015

Jabir bin Abdillah r.a._ Kambing Kore Makan Seribu



Ini suatu kisah ketika Nabi SAW dan para sahabat sedang membina parit untuk menghadapi Perang Khandak.

Setelah seharian membanting tulang, Jabir bin Abdillah r.a. merasa kasihan melihat Nabi SAW keletihan.
Mungkin juga baginda lapar.
Lalu dia fikir nak buat suatu khidmat pada baginda SAW.
Dia pun inform Nabi dia nak balik rumah sekejap. Nabi izinkan.

Bila sampai di rumah dia habag kat bini dia.
"Yang...abang nak jemput Rasulullah dan dua tiga orang sahabat makan. Ada apa2 yang kita boleh jamu?"

Bini dia kata, "Adalah roti sikit saya boleh bakar. Anak kambing kita tu, kita sembelih sajalah bang, kita buat gulai. Lauk lain tak dak."

Jabir pun pi tengok anak kambing tu....kore saja. Tak banyak isilah maknanya.
Maklumlah, anak kambing.
Tapi setakat 3-4 orang boleh lepas lah kalau nak buat makan2.
Dia pun sembelih, lapah dan bagi kat bini dia.

"Nah. Yang masaklah, abang nak balik jumpa Rasulullah. Nanti abang bawa dia mai lepas kerja."

 "Baiklah bang, " jawab bini dia, tapi sempat juga dia pesan, "tapi abang make sure jangan ramai sangat yang mai. Kita masak sikit saja ni. Malu saya bang, kalau tak cukup nanti."

"Ok ok... don't worry...abang bisik2 saja kat Rasulullah nanti."

Maka dia pun pulang ke tempat penggalian parit.
Dan dia menghampiri Nabi SAW...."Psstt....Rasulullah...lepas abis nanti, jemput mai rumah saya."

"Ada apanya Jabir?" tanya Nabi SAW.

"Shhhh...jangan cakap kuat2." cemas Jabir, kot2 orang lain dengar, "Saya ada buat makan sikit2. Mai la. Tapi kalau tuan nak ajak Abu Bakar dan Umar, boleh lah kot..."

"Alhamdulillah,....aku mai nanti." jawab Nabi SAW dengan nada perlahan juga.

Jabir pun happy sebab Nabi SAW menerima undangan dia.
Tapi belum pun sempat dia beralih........
Nabi SAW pun melaungkan, "Hei semua penggali parit!! Sahabat kita Jabir bermurah hati menjemput kita ke rumah dia lepas kerja nanti. Dia ada menyediakan jamuan!!"

"HOOORAAYYYYYY!!!" begitulah agaknya reaksi para sahabat. :)

Jabir pulak? 

Dia dah pucat lesi! The blood drained from his face.
Diriwayatkan ada lebih kurang 1000 sahabat sedang menggali parit masa tu.


Punggah!! (Punggah ni dalam Bahasa Kedah maknanya....BIG TROUBLE!)
Mesti kena karate dengan bini dia nanti.

Nabi SAW perasan Jabir dah panik, baginda pun tanya, "Banyak ka kamu masak?"

Jawab Jabir, "Ada lah sikit barli buat roti dgn anak kambing kecik. Sikit sangat Ya Rasulullah. Rasa tak cukup nak bagi makan semua."

Maka jawab Nabi SAW, "Ishh...dah banyak lah tu. Kamu jangan bimbang. Ikut cakap aku. Balik rumah, cakap kat bini kamu tu, suruh dia masak saja, jangan hidang lagi. Sat lagi aku sampai, aku akan hidangkan. Dah, pi lekaih."

"Baik tuan," maka bergegaslah Jabir r.a. balik pi rumah dia.

Sesampainya di rumah Jabir berkata, "Aduhaiii....moga2 Allah mengasihani kita!"

"Awatnya bang? Apa dah jadi?"Tanya bini dia.

"Depa semua nak mai rumah!" jawab Jabir.

"Sapa bang?"

"Semua yang dok korek parit tu lah."

"Laaa.....bukan ka saya dah pesan tadi. Panggil dua tiga orang sudah lah. Yang abang pi panggil semua tu buat apa?"

"Bukan aku yang panggil....Rasulullah yang ajak depa. Tak kan aku nak kata tak boleh kot?" Depa dah nak bergaduh dah.

"Dah tu nak buat lagu mana? Banyak tu saja yang kita ada." Bini dia pun dah gelabah.

Ni biasa berlaku di rumah2 kita juga. Orang pompuan ni bila nak buat jamuan, depa selalu estimate lebih. Kita rasa macam banyak dan membazir. Depa takut tak cukup. Kadang2 ada konflik masam muka juga bab ni.

Sambung Jabir, "Tak pa. Rasulullah habag kat aku, dia akan hidangkan makanan bila depa mai nanti. Kita sediakan saja. Tak taulah dia nak bedak lagu mana nak bagi cukup tu. Kita tawakkal sajalah"
Bedak ni bahagi-bahagi...bukannya bedak talcum tu.

Maka sampailah Rasulullah dan para sahabat ke rumah Jabir tak lama kemudian. Berpusu2 depa nak masuk.
Lapag ni. Diberitakan zaman perang Khandaq tu zaman kemarau, ramai sahabat yang terpaksa ration makanan. Makan ala kadar saja.
Nabi SAW sendiri pun mengikat batu di perut untuk menahan pedih perut akibat kelaparan.

"Nanti....nanti... Jangan berebut." kata Nabi SAW. "Insha ALlah cukup untuk semua."
So, semua pun pakat beratur.

Maka Nabi SAW pun minta roti yang dibakar oleh isteri Jabir tadi dan baginda memotong2 roti utk dibahagikan kepada para sahabat.
Baginda kemudiannya mencedok gulai kambing untuk dicicah dengan roti.

Berkat mukjizat Nabi SAW, walaupun roti dan gulai tu sikit saja, cukup untuk 3-4 orang saja pada adatnya, dapat menjamu dengan kenyang ke semua 1000 lebih tetamu yang bertandang ke rumah Jabir pada hari tu.

Bila Nabi SAW serve sahabat yang terakhir, masih banyak makanan lagi.
Maka baginda pun makan bersama2 Jabir suami isteri.

Kata Jabir, "Bila semua dah habis makan, aku check balik roti dan gulai aku. Roti dok banyak tu jugak, gulai pula masih penuh dalam periok. Macam tak ada sapa2 makan."

Kemudian Nabi SAW kata, "Bawalah makanan tu pi kat jiran2 kamu. Sesungguhnya ramai lagi yang kelaparan."

Allahu Akbar!

Di petik dari hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

No comments: