Mungkin hangpa dah biasa dengar, atau dah hafal pun hadis di bawah ni,
Dari A'ishah r.anha, Nabi saw bersabda, "Janganlah kamu mencela orang yang sudah mati. Kerana mereka telah mendapat balasan dari apa yang telah mereka lakukan." hadis sahih riwayat al Bukhari.
Ia berkaitan larangan ugama kita terhadap kelakuan mencaci/ mengutuk orang yang sudah mati.
Tapi tau tak lagi apa cerita di sebalik hadis ni, dan pasai apa Nabi saw sebut macam tu?
Mai kita pakat dengar sikit ceritanya.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sapa tak kenal Abu Jahal angkat tangan?
Satu...dua....5 orang tak kenai Abu Jahal.
Mu jahil lah gitu!!
Dak.....lawak saja. Mana boleh kita tak kenal Abu Jahal.
Dari kecik2 lagi kita dah diajar, Abu Jahal nilah kepala samseng, ketua musyrikin Makkah yang sangat membenci dan memusuhi Nabi saw.
Nabi saw banyak menderita akibat perbuatan jahat dia ni.
Nak cerita mai, dia ada seorang anak lelaki.
Namanya Ikrimah bin Abu Jahal.
His father's favourite son.
Ikrimah pun sama dengan ayah dia, greatly influenced by his his father's position as pembesar Makkah.
Dia pun sama naik tocang bencikan Islam dan Nabi saw.
Sentiasa cari peluang nak sakiti Nabi dan orang2 Islam.
Apabila tiba Perang Badar, dia ikut serta ke medan perang bersama ayahnya.
Depa ada hasrat yang sama, ...hancurkan Islam, bunuh Muhammad!!
Tapi, macam kita dah tahu, puak Musyrikin Mekah kalah teruk.
Dan Abu Jahal dibunuh oleh orang2 Islam.
Musuh ketat dah dapat dihapuskan.
Ikrimah melihat sendiri tubuh ayah dia ditikam2.
Ikrimah terpaksa lari balik ke Makkah.
Tapi yang dia terasa bengang sangat ialah dia tak dapat bawa balik mayat ayah dia.
Terpaksa ditinggalkan di medan Badar.
Otherwise dia pun mungkin sama2 arwah agaknya.
That defeat further intensified his hatred.
So, bila mai Perang Uhud, and as we also know, tentera Islam pulak kalah.
Ikrimah antara yang paling suka dengan ketewasan orang Islam.
Depa mai pulak perang Ahzab (Khandak), dan kali ini Ikrimah sendiri yang memimpin.
His father's brutal death still fresh in his mind.
Teruk umat Islam terkepung berbulan2, kelaparan dan kesejukan.
Akhirnya Ikrimah balik ke Makkah, stalemate.
Tapi dendam kesumat dan kebencian tetap membara dalam hati dia.
Apakah ada cahaya hidayah di sana?
Dan itulah ceritanya apabila ditakdirkan nasib dia bertemu pada titik yang sama dengan Abdullah bin Sa'ad bin Abi Sarh yang kita ceritakan semalam.
Dia, Abdullah ibn Sarh dan beberapa orang Makkah yang lain dijatuhkan hukuman bunuh oleh Rasulullah saw pada hari Makkah di tawan oleh orang2 Islam pada tahun ke 8 Hijrah.
Apa jadi selepas tu?
Ikrimah dapat angin sepoi2 bahasa yang namanya dah naik.
His name was on the death list. He had nowhere to hide now.
So, he took the decision to cabut lari.
Senyap2 dia keluar dari Makkah.. Dia lari pi Yaman
Woi...bukan dekat tu.Hujung Semenanjung Arab.
Tak cukup dengan tu, dia tala pi pelabuhan. Cari kapai yang nak belayor.
Nak lari lagi jauh dari orang2 Islam.
Setelah dia tak balik rumah beberapa hari, Ummu Hakim binti al Harith , bini dia, naik risau dengan keadaan suaminya.
Kesian....dulunya seorang pembesar, la ni dah jadi fugitive.
Ummu Hakim pun kumpul kawan2 perempuan dia dan pi jumpa Nabi saw.
Di sana depa mengakui keIslaman depa dan mentaati Nabi saw.
Nabi saw menerima depa dengan baik.
Bila keadaan agak lapang sikit, Ummu Hakim pun approached Nabi saw.
Katanya, "Ya Rasulullah...aku ada hal nak mengadu sikit."
Jawab Nabi saw, "Apa dia tu?"
Kata Ummu Hakim, "Hang tau kan bekas laki aku, Ikrimah tu? Dia la ni dah tak dak sini. Dia dah lari pi Yaman. Pasai dia takut dengan perintahmu untuk membunuhnya."
"Ooo....macam tu ka?"
Sambung Ummu Hakam lagi,,"Aku nak sangat dia beriman sama. Aku cadang nak pi pujuk dia balik. Tapi bolehkah hukuman tu digugurkan? Sat lagi dia tak mau balik pulak."
Maka kata Nabi saw, "Baiklah. Aku tarik balik hukuman tu. Hang pi lah cari dia. Bawa balik mai sini."
Mendengarkan pengakuan Nabi saw tu, Ummu Hakim pun amatlah gembira.
She went home, packed her provisions and headed to Yaman.
Dia bawa sama seorang hamba lelaki berbangsa Greek sebagai pembantu.
Nak jadi cerita lagi, depa singgah bermalam on the way.
Bila time rest2 tu, mamat Greek tu dah naik syeh sama puan dia.
Ummu Hakim ni lawa orangnya...
Apa jadi pada Ummu Hakim dan Theodores the Greek slave?
Kita sambung nanti...di Part 2
Wallahu'alam.
|
No comments:
Post a Comment