02 November 2014

Khalid al Walid r.a. - Final - Terbalik Kuang



Sampai kita ke bab terakhir penceritaan Khalid ibn al Walid r.a.
Last sekali kita cerita mengenai Wardan, komander tentera Roman yang buat strategi nak bunuh Khalid al Walid, tetapi rancangan tu terbocor oleh orang suruhan dia David.

So, apakah kesudahannya?
Jom kita perabih.

---------------------------------------------------------------------------------

Komander Wardan sudah hot. Dia pikiag boleh settle cepat, tapi nampaknya tugas ni dah jadi rumit sikit.
Khalid was stronger and cleverer than he had thought.

So, dia panggil mesyuarat tertinggi untuk bincang strategi terbaik.

"Macamana ni? Khalid ni liat jugak. Cuba bagi idea sikit." kata Wardan.

"Kita buat undi tak percaya bos. Baru dia tau langit tu tinggi ka rendah." kata sorang.

"Hishh hang ni...dia tak heran lah undi2 ni. Sultan ada belakang dia." jawab sorang lagi,

Wardan pun dah kerut dahi....

"Kalau cam tu, kita report SPRM lah. Aku tau lah sikit2 rahsia dia hak lama2 tu...." pintas yang lain, "Sure kecut punya."

"Oiiii!!!" Wardan dah bengang, "Hangpa cakap pasai sapa ni?!"

"Khalid lah tuan komander. Bukankah kita nak singkir dia?" depa jawab.

"Khalid mana ni?! Aku cakap pasai Khalid al Walid lah....Bahalol!! Bukannya Khalid Ibrahim!!" geram betoi Wardan.

"Oooo........sorri bos. Kami ni hal2 politik ni kami minat lah. Nak pi perang, berat sikit."

Saja pi selit sikit isu semasa.....harap tak sentuh sensitivity sapa2. Kisah tu pun dah selesai dah.

So back to the real council of war.

 Akhirnya ada seorang jeneral mencadangkan depa assassinate Khalid.
Bila kepala dah kena pancung, ekor pun mati dengan automatik. Itu rationale nya.

"Bagus idea tu...cuba hang elaborate sikit." kata Wardan.

"Cam ni. Kalau bos setuju, sat lagi kita hantar mesej kat dia, kata bos nak jumpa. Privately. Habag kat dia kata bos nak serender."

"Isshh... tadi hang kata nak bunuh dia, ni nak suruh aku serender pulak. Mana satu ni? Hang saja nak kasi aku mampuih ka? Hang saja nak rampas kuasa aku!!" Wardan dah cuak.

"Bosss....tadi nak suruh saya explain. Tak abis lagi ni...Ni helah saja." kata jeneral tu.
Dalam hati dia..."Memang bengap punya bos, cam ni pun boleh jadi komander....."

"Ok...ok..teruskan." jawab Wardan.

So jeneral tu pun cerita lagi. "Kita panggil Khalid bincang sorang2. Jauh dari tentera dia. Sambil2 tu, kita prepare satu pasukan. Bila bos dah one-on-one dengan dia, kita ambush dia lah. Sure dia tak boleh lari punya. Kalau bos nak, bos sendiri boleh sembelih dia. No mercy."

"Bagus....bagus...I loike!"

So that's that. Depa setuju untuk melaksanakan rancangan tu.

Wardan panggil seorang pegawai dia yang bernama David.
Dia ni Arab Nasrani. He spoke Arabic fluently. Senang nak convince Khalid nanti.

"Aku nak utuskan hang berjumpa Khalid. Ada perkara penting aku nak habag kat dia. " kata Wardan.

"Baik tuan." He was honored to be given the task. " Apa yang tuan nak saya sampaikan?"

"Hang cakap kat dia, aku nak berdamai. Dah banyak dah darah yang mengalir. Cukuplah tu."

Terkejut David. "Berdamai??? Tapi tuan....Emperor Heraclius perintah kan kita supaya perang sampai habis.!"
Dia merasakan Wardan dah nak khianat perintah Emperor.

"Hang tak faham....Aku ada rancangan lain..." So, dia pun explainlah the whole plan. David akan habag kat Khalid supaya berjumpa dengan Wardan di suatu tempat terpencil, berseorangan. Dan kemudiannya depa akan perabih dia.

Barulah David faham dan diapun setuju to be part of the plan.
Jadi dia pun segera bertolak.

Dia sampai di perkhemahan tentera2 Islam dan maklumkan yang Wardan nak berdamai dengan Khalid.

"Nanti sat, kami panggil Khalid. Hang habag kat dia teruih, lagi senang."

So, tunggulah David. Dia pun tak pernah lagi jumpa orang yang bernama Khalid al Walid ni.
Selama ni dok dengar nama saja. Berdebar jugak.
Macam kita jugalah bila nak jumpa MB ka, PM ka for the first time.
Dup dap dup dap....berdebar.

"Wahai Khalid. Itu dia orang suruhan Wardan." David terdengar.
Dia pun pandang ke arah orang yang dipanggil Khalid tu.

Mak oi! Khalid was well over 6 feet tall. Muscular and full of battle scars. With deep gaze.
It was a sight not for the faint hearted. Sekali dia tenung hang, lembik lutut.

And that was what happened to David.
Khalid berdiri mengadap David dan berkata, "Cakap apa urusan hang. Kalau hang cakap benar, hang selamat. Kalau hang nak tipu aku, di sini jugak hang mati!"

Habislah....semua perancangan Wardan terburai dari mulut David.
Mendengar semua pengakuan David tu, Khalid berkata, "Tak apa. Hang boleh balik. Hang cerita kat Wardan, aku setuju dengan tawaran damai dia. Esok aku jumpa dia di tempat yang dijanjikan."

Khalid tambah dengan pesanan, " Tapi, hang make sure, jangan bagi tau dia yang aku dah tau....Kalau hang habag kat dia, hang taulah apa yang akan jadi kat hang nanti."

Maka baliklah David ke khemah tentera Rom dan habag kat Wardan yang Khalid was willing to meet.
And wisely, dia tak cerita part pecah tembelang tu.

Bila David chalo balik kem tentera Roman, Khalid pun panggil pegawai2 dia, camna nak counter Wardan punya rancangan jahat ni.

Mola2 Khalid pikiag kalau dia pi sorang to confront Wardan dan kuncu2 dia, pun tak dak hal punya. Takat 10 orang askar Rom tu, dia buat cungkil gigi saja... (David habag kat dia yang Wardan dah prepare 10 orang elite squad untuk sembelih Khalid).

Tapi Khalid pikiag elok dia pun sediakan pasukan dia juga, kot2 sat lagi Wardan tukag strategi. So, dia pilih 10 orang dari tentera Islam sebagai cover. Dirar dilantik jadi ketua platoon. Syokla mamat tu, dia memang suka buat kerja yang special macam ni.

Khalid arah pasukan Dirar untuk bergerak pada malam tu juga dan pi ke tempat rendezvous yang telah dimaklumkan oleh David tadi....dan intercept the assassins gang.

So, Dirar and his team disappeared into the desert night. While on the other side of the desert, a group of 10 Romans also slipped out into the darkness. An encounter between the two parties was inevitable.

Fast forward.......


Pagi pun menjelma. Khalid al Walid bergerak ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu Wardan. The two brought their armies along, but they were kept at a distance. Ni pertandingan satu lawan satu... tiada calon bebas yang nak spoil the fight.

They met. Wardan berpakaian penuh dengan kebesaran sebagai panglima angkatan tentera, pedang diapun bertatah berlian. Khalid sempoi, biasa-biasa saja, tak dak bekong, tak dak paku, tak dak sayap2 macam tentera2 moden la ni...cuma ada panah diserban.

Wardan pun buka mulut, memperleceh orang-orang Arab dan tentera Islam, lekeh lah, ciputlah, miskinlah, tak bertamaddun dan lain-lain.

Khalid dengag saja, sampai la habis Wardan cakap.
Khalid pun balas "Wei anjing....last chance, masuk Islam atau bayar jizyah!"
Macam tu lah cara dia, cakap ringkas2 saja. To the point.

Wardan tahu apa yang dia bersyarah tadi had no effect on Khalid, jadi terus cabut pedang. Siaaaappppp!! Ada sound effect sikit.

At the same time, dia pun keloi ke arah anak bukit, "Oii!! Masuk! MASUKKK!!!BUNUH KHALID!!!"
Dia dah panggil elite squad dia.

Khalid toleh ke arah anak bukit tersebut. Melompat 10 orang tentera Rom ke arah Khalid. Masing2 menghunus pedang.

"Ha ha ha....mampoihlah hang kali ni Khalid!" Wardan gelak besag.

While they were rushing towards him, Khalid terjengah2 dok cari Dirar dan geng..."Mana pulak depa ni? Tidog ka?"
Atau mungkin depa dah ditewaskan?!

Khalid cabut pedang dia, apa2 hal pun he will take down a few, with or without Dirar's help.

Tapi......apa nih?! Awat askar Rom ni tak pakai baju? Naked to the waist?

Giliran Wardan pulak untuk terkejut besag.... Bukan askar dia! Itulah Dirar dan kawan2, depa dah settle kan the Romans squad dan curi pakaian depa. There were now 10 half-naked warriors!!

Begitulah perangai Dirar.

Melutut Wardan. Dia tau ni lah pengakhirannya. Atas arahan Khalid, Dirar pun 'panas'kan Wardan di hadapan tenteranya sendiri.

That was a big psychological blow to the Romans.
Dan dalam beberapa hari selepas tu tentera Roman Byzantine dikalahkan oleh tentera Khalid al Walid.

Khalid menghantar berita kepada Khalifah Abu Bakar As Siddiq menyatakan kemenangan tentera Islam, dan dari Ajanadain di daerah Palestin tu, depa bergerak ke utara Syria, next mission Damshik.

Itulah permulaan Islam bertapak di Syria dan pada tahun2 seterusnya tentera Islam menawan Baitul Maqdis semasa pemerintahan Umar al Khattab.

Setahun selepas kemenangan di Ajnadain, pada 635M, Khalid al Walid menawan Kota Homs (Emesa) di utara Damsyik.

Ini adalah tempat yang synonymous dengan Khalid al Walid.
Setelah dipecat oleh Umar al Khattab, walaupun dia masih menyertai misi2 tentera Islam, Khalid memilih untuk menetap di Homs sehinggalah dia wafat pada tahun 642M.

Kalau keadaan di Syria dah selamat dan kita berpeluang ke sana, ziarahilah Masjid Khalid al-Walid r.a. di Homs, Syria, dan ziarahilah makamnya yang berada di dalam kawasan masjid tersebut.

Sehingga hari ni, Homs digelar City of ibn al-Walid.

Baru2 ni masjid ni di bom oleh puak2 yang bertelingkah di Syria. Rosak teruk juga.
Hangpa search lah dalam Youtube.

Dengan itu kita conclude cerita sahabat besar Nabi SAW, Abu Sulaiman Khalid bin al Walid al Makhzumi r.a. yang digelar Pedang Allah, the greatest military general.

Sekian.
Terlebih terkurang, minta maaf, kalau ada yang silap,minta perbetul.
Wallahu'alam.

No comments: