Anak gadis itu hanya mendengar perbualan ayah dan ibunya dari belakang dinding biliknya.
Sejak pulang, ayahnya nampak gusar. Ada sesuatu yang memenuhi ruang fikirannya.
Jadi dia rasa tidak perlu mencampuri perbualan mereka.
"Apahal ni bang? Dari tadi saya nampak termenung saja.." tegur si isteri.
"Aku tengah berfikir ni....telan mati mak, luah mati bapak." jawab suaminya.
"Eh...apa yang abang merepek ni.? Ceritalah betul-betul. Rimas saya.." tegas isteri.
"Ada orang berhajat meminang anak kita." jawab si suami, "Itulah yang aku sedang dok fikir ni. Pening kepala aku...."
Mereka hanya ada anak perempuan yang seorang tu saja.
"Ye ker bang? Siapa yang nak meminang tu?!"
"Rasulullah s.a.w." jawab suami,
"Rasulullah?!! ...Alhamdulillah. Ini berita gembira bang. Apasal pulak yang abang pening2 kepala fikir? Kita terima je lah!
Memang begitulah keadaan ibubapa Madinah ketika itu. Sangat2 ingin bermenantukan Rasulullah saw.
"Itulah masalahnya....."
"Masalah macamana pulak bang?"
"Aku pun tadi dah gembira dah bila dia kata dia nak meminang anak kita. Tapi sebenarnya dia meminang bukan untuk dia, tapi untuk orang lain."
"Laaa......iye ke?" tercetus kekecewaan dalam nada suaranya", Dah tu, untuk siapa? Abu Bakar? Umar? Uthman? Ali?"
Walaupun begitu, sekurang2nya kalau dapat menantu sahabat2 utama Rasulullah saw pun, kira satu penghormatan besarlah untuk keluarga mereka.
"Isshhh mak nyer....kalau untuk mereka, kamu ingat aku nak biul macam ni?"
Isterinya dah bertambah risau sikit. Kalau bukan mereka, siapalah agaknya yang membuatkan suaminya tak tentu keruan tu?
"Abang ni buat saya risaulah. Siapa bang? Siapa yang dikahwinkan dengan anak kita tu?" desak isterinya.
"Julaibib."
"JULAIBIB??!!! Ya Allah!! No!...No!...No!....it cannot be...!!! Abang main-main yer...??"
"Benar, dia lah yang Rasulullah saw minta jadi menantu kita."
"Abanggg.....tak ada orang lain kaaa?" isteri dia pula yang dah tak keruan...rasa gelap dunia ni. "Tak boleh bang. Saya tak redha!!"
Siapakah Julaibib yang sampai begitu sekali orang tidak inginkan tu?
---------------------------------------------------------------------------------
Julaibib adalah salah seorang sahabat Nabi saw yang tidak ramai orang kenal.
Tapi dia rapat dengan Nabi saw.
Dia ni ramai orang Madinah tak suka.
Dia ni pendek (short in stature), dan wajahnya nak kata hodoh rasa macam kasar sangat....so kita kata tak berapa hensemlah, baik sikit.
Tak ada wanita Madinah, gadis atau janda yang nak bersuamikan dia.
Ibubapa memanglah tak nak ada menantu macam tu.
Dah la tu.......dia ni as his name suggests, tak ada silsilah keluarga. Suatu kepelikan dalam budaya Arab.
Orang kenal dia sebagai Julaibib saja.
Tak macam sahabat2 yang lain yang nama mereka menunjukkan keturunan mereka.
Contohnya macam Umar bin al Khattab, Sa'ad bin Abi Waqqas, Salman al Farisi, Abu Dzar al Ghifari....at least nama mereke ada menunjukkan anak siapa, atau dari kabilah mana mereka berasal.
Tidak Julaibib...itulah saja nama dia. Julaibib. Tak ada al Makki ka, al Syaami ka, ibnu itu, ibnu ini.
Just.......Julaibib.
Jadi, dia bukan saja tak berapa hensem, tapi juga tak diketahui kaum keluarga dia, which was something very important utk orang2 Arab.
Kira dia ni kalau ikut pepatah Melayu....kucing kuraplah.
Elok dijauhkan.
Macam lah juga sesetangah adat masyarakat kita yang namanya ada Syed, Engku dan sebagainya.
Mereka mencari menantu yang ada silsilah keluarga yang sama dengan keturunan mereka.
Back to Julaibib.
Abu Barzah as Salami pernah pesan kat isteri dia,..."Hang jangan dok bagi Julaibib mai rumah kita. Kalau aku nampak dia, dengan dia, dengan hang-hang sekali aku katok."
Tu dia punya meluat depa kat Julaibib ni.
Tapi, lain dengan Rasulullah saw.
Akhlak baginda yang mulia itu menyayangi semua sahabat terutamanya yang kurang mendapat tempat di dalam masyarakat.
Julaibib salah seorang dari mereka.
Sehinggalah suatu hari Julaibib datang mengadu kepada Rasulullah saw niatnya ingin mendirikan rumahtangga
Dia sedar dengan rupa parasnya dan kekurangan darjat keluarga, memang payah baginya untuk mencari isteri.
Itulah yang terjadi hari tu. Rasulullah saw minta untuk meminang anak kawan tu untuk Julaibib.
Dia terkedu, tak tau nak kata apa-apa. Nak tolak rasa tak patut sebab itu permintaan Rasulullah saw.
Jadi, dia kata dia nak balik rumah nak bincang dengan isteri dia dulu.
Dan inilah perbualan yang didengari oleh si gadis dari belakang dinding biliknya tu.
Maka kata isteri dia yang dah tidak keruan tu...."Bang....pegilah balik kat Rasulullah, kata kita tak nak. Pegilah bang..."
"Baiklah, aku nak pegi lah ni."
Mendengarkan kata ibubapanya, anak gadis tu pun keluar dari biliknya.
Dia ni terkenal di Madinah sebagai salah seorang gadis tercantik. Ramai pemuda yang dah menunggu giliran utk mencuba nasib.
Tapi oleh kerana menghormati Rasulullah saw, depa tak berani masuk kerana bimbang, kot-kot Rasulullah sendiri yang nak meminang.
Kata anak gadis yang rupawan ni, "Abah...Ummi....maaf. Saya dah dengar semua yang abah dan ummi bualkan tadi."
"Ehh....Kau dah dengar ye? Tak pa yangg. Sayang jangan bimbang...abah dan ummi dah buat keputusan. Tak apalah, walaupun segan sangat2 kat Rasulullah , abah dan ummi kata kita terpaksa tolak." kata ibunya.
"Ehh abah, ummi. Jangan.....!" kata si gadis.
"Apa kau kata?!! Jangan?!" Kali ini lagi terkejut emaknya."Jadi kau nak terima pinangan Julaibib tu?"
"Ya ummi." jawabnya dengan sopan.
"Kau tau tak siapa Julaibib tu?!" ibunya seakan-akan tidak percaya.
"Saya tau ummi. Tapi saya tetap rela jadi isterinya." jawabnya tenang.
"Apa kau cakap ni?! Kau sanggup jadi isteri orang yang tak ada taraf tu? Mana ummi dan abah nak letak muka nanti? Kau tak kesian ka kat kami?" sekali lagi dunia terasa gelap bagi si ibu.
"Abah....ummi...,maafkan saya, Saya tak berniat nak malukan abah dan ummi. Tapi, bukankah Rasulullah saw yang memilih Julaibib untuk saya? Saya rela dan gembira kerana itu pilihan Rasulullah saw. Dah tentu ada kebaikannya. Kata-kata orang jangan kita bimbangkan, kata2 Rasulullah lah yang lebih baik bagi kita."
Tu dia! Betapa luhur dan tinggi iman anak gadis.
Bukan sahaja cantik paras rupa, cantik lagi akhlaknya.
Sambungnya, "Bukankan Allah swt telah berfirman, "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan - apabila Allah dan rasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, mereka memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka."
Al Ahzab ayat 36.
Masya Allah, imannya bagaikan permata. Ta'at pada ketetapan Allah dan RasulNya dengan tidak berbelah bagi.
Maka tiadalah lagi apa2 yang ibu dan ayahnya dapat katakan kerana sudah jelas kebenaran kata-kata anak kesayangan mereka.
Mereka pun menemui Rasulullah saw menyatakan persetujuan untuk bermenantukan Julaibib.
Lalu terbinalah sebuah rumahtangga berdasarkan iman dan taqwa.
---------------------------------------------------------
Tidak lama selepas mereka berkahwin, Julaibib menyertai Rasulullah saw di dalam satu peperangan.
Tak dinyatakan peperangan yang mana satu dalam hadis2.
The two parties met. Maka terjadilah pertempuran yang sengit.
Akhirnya, tentera2 Islam dapat mengalahkan musuh.
When the dust settled, terserlahlah bahawa ramai juga dari kalangan para sahabat yang gugur.
Maka Rasulullah saw pun bertanya pada yang masih ada.
"Cuba tengok sesama sendiri. Adakah di antara kita, tidak nampak saudara2nya atau rakan2nya?"
Depa pun tengok keliling, check ahli keluarga, kawan2 ...kot2 ada yang syahid.
Maka ada yg berkata, "Ya Rasulullah, aku tak nampak ayah ku."
Yg lain pulak, "Ya Rasulullah, adik aku tak ada sini."
"Ya Rasulullah, kawan aku si polan bin si polan nampaknya dah syahid."
Habislah depa pakat sebut kehilangan depa.
Tapi ada suatu nama yang tidak disebut, dan diapun tak ada di situ.
Julaibib.
"Ada sapa2 nampak Julaibib?" tanya Rasulullah saw.
"Tak... ya Rasulullah. Dia mai ka tadi?"
Memang depa pun tak perasan yang Julaibib turut serta. Maklumlah, macam kita cerita tadi, dia ni, tak ada sedara mara. Dan orang pun tak mau berkawan dengan dia.
Rasulullah saw merasakan yang Julaibib pun turut syahid. Lalu baginda mengerahkan para sahabat mencarinya.
Cari, di mana gugurnya Julaibib.
Cari punya cari, akhirnya depa bertemu tubuh Julaibib yang sudah terbujur kaku.
Penuh luka di badan.
Di kelilingnya ada 7 musuh yang sudah juga terbunuh.
Rupa2nya Julaibib terkorban melawan ketujuh-tujuh orang musuh tadi.
Semuanya terbunuh termasuklah Julaibib.
Rasulullah saw melutut di sisi tubuh Julaibib.
Seorang insan yang tidak dikenali di dunia, tetapi namanya disebut2 di langit.
Rasulullah merasa sungguh hiba.
Baginda saw mengangkat tubuh Julaibib dan memangkunya di dada dan menyebut,
"Aku milik dia, dan dia milik aku."
"Aku milik dia, dan dia milik aku."
"Aku milik dia, dan dia milik aku."
Begitulah sayangnya baginda kepada sahabat yang tidak ternama ini.
Baginda menyuruh sahabat menggali lahad.
Baginda sendiri yang mengangkat Julaibib dan memasukkannya ke tempat persemadiannya.
Begitulah pengakhiran hidup Julaibib, husnul khatimah.
Isterinya yang baru dikahwini di atas dasar iman dan taqwa itu menjadi balu pada usia yang muda.
Rasulullah saw berdo'a kepadanya, "Ya Allah., limpahkanlah keberkatanMu kepadanya dan jauhkan dia dari kesempitan hidup."
Do'a siapa yang lebih didengari Allah selain do'a kekasihNya?
Maka diberitakan balu Julaibib itu mendapat lamaran demi lamaran selepas itu.
Hadis itu berakhir di situ.
Begitulah sedikit cerita mengenai dua insan, kedua2nya mempunyai sifat yang sangat mulia.
Dijodohkan oleh Rasulullah saw, dan kehidupan dan kematian mereka dilimpahi keberkatan Allah swt.
Pengajaran utama dari hadis ini ialah, tidak kira kita siapa dari sudut pandang duniawi, kaya atau miskin, cantik atau jelek, disanjung manusia atau dihina....tetapi sekiranya paksi kita ialah berpegang teguh kepada kehendak Allah dan RasulNya, Insha Allah, kita akan berjaya di dunia dan akhirat.
Sekian dulu cerita ini. Semoga mendapat iktibar.
Wassalamu'alaikum.
ps : Selain dari cerita ini disebut sepenuhnya di dalam hadis Musnad Imam Ahmad dengan sanad yang sahih, bahagian keduanya, iaitu Julaibib syahid juga diriwayatkan di dalam Sahih Muslim.
|
2 comments:
salam tuan,tuan ada memiliki/menjual cd/vcd/mp3 ustaz shamsuri hj ahmad tak? kalau ada boleh saya dptkn maklumat tuan tak?maaf bertanya
Wa'alaikumusssalam warahmatullah. Saya geng otai, zaman sebelum CD :). Kaset adalah.
Tu pun lama dah tak pasang. Kalau nak saya cuba dapatkan contact Muaz, yang membuat recording kuliah2 Ustaz.
Post a Comment