Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Hudzaifah bin Yaman r.a., Nabi SAW bercerita kepada para sahabat mengenai kisah seorang lelaki di zaman dulu. Pada zaman dulu ada seorang lelaki yang dah sampai ajalnya. Maka malaikat pun datang menanyakan soalan. "Hang ni ada ka pernah buat apa2 kebaikan?" Jawab lelaki tu, " Ishh... rasa2nya aku ni tak ada apa2 benda pun yg aku buat baik." "Laa...tak kan tak dak langsung? Cer hang ingat elok2? Musti ada sikit sebanyak." gitulah lebih kurang kata malaikat. Lelaki tu pikiag punya pikiag baru dia teringat, "Ish, kalau adapun yg ni lah kot. Aku ni suka bagi pinjam duit, bagi hutang duit kat orang. Lepaih tu , aku taklah push dia suruh bayag, tangguh sikit pun tak apa. Lepaih tu kalau aku rasa dia tak boleh settle, aku kira halallah. " Maka Allah pun berfirman, "Maafkan (bebaskan) dia." Dalam riwayat yang lain, Nabi saw berkata, "Maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga." - Muttafaqun 'alaih. Gitulah...sambutlah tawaran Allah SWT tu. Cer belek2 sikit diri kita yang dhaif ni. Kalau nak suruh bangun tahajjud malam2, mungkin tak larat, melainkan ada Champions League. Kalau nak suruh puasa luar Ramadhan mungkin tak larat, melainkan puasa ganti. Kalau nak pi suruh ketuk pintu rumah orang utk ajak pi masjid, malulah.....kasi orang lainlah. Tapi, kalau nak keluar duit sikit utk pinjamkan adik beradik, kawan2, atau derma dsbnya, Insha Allah, tak dak hal kot. Syurga menanti tu. Tulah serba sedikit mukaddimmah cerita kita kali ni. Mengenai seorang yang sangat suka meringankan beban kewangan saudara se Islamnya. Jom kita dengar sikit. ---------------------------------------------------------------------- Suatu Jumaat di sebuah masjid di Baghdad. Ramai dah jemaah di dalam masjid menunggu masuk waktu solat Jumaat. Dalam ramai-ramai tu, ada seorang lelaki yang kelihatan asyik dok solat sunat. Lepas dua raka'at, dia bangun lagi dua raka'at. Lepas tu sambung lagi. Ishh....warak sungguh. Sampai jemaah yang duduk di sebelah dia pun naik teruja. "Baguih dia ni. Tak buang masa." Begitulah keadaan dia, sehinggalah azan dilaungkan. Khatib naik khutbah, dia pun berenti solat, dengar khutbah pulak. Pun macam tu juga ketekunan dia mendengar isi kandungan khutbah. Walaupun tajuk khutbah hari tu ialah teknik penanaman padi bukit untuk meningkatkan ekonomi orang Islam. Jemaah lain dah ramai hanyut di alam mimpi. Tersengguk-sengguk. Dia ni menangguk-angguk. Mungkin ambil iktibar dari teknik penanaman padi bukit. Kawan yang di sebelah dia pun tak jadi tidog. Bukan pasai syiok dengar khutbah, tapi heran tengok mamat tu punya kewarakan. Habis khutbah, khatib turun mimbar dan muazzin pun qamat. "Qadqaamatissolatu qadqaamatissolaaah.......!!" Jemaah bingkas bangun ambil posisi. Yang pakat tidog tadi pun, gabuih2 jubah, masuk saf. (Kalau nak tau apa makna gabuih tu, pi cari dalam Glosari Bahasa Kedah) Tapi...kawan yang warak tadi tak bangun pulak. Tidog ka? Isshh....tadi dengar khutbah steady saja, time nak solat tertidog pulak. Kawan sebelah dia check tengok. Taaaakk...dia tak tidog pun. Mata terang benderang. Cuma dia kekal duduk. Nak kata uzur, nak solat duduk, tak lojik gak. Tadi, solat sunat tak berenti-renti. Biag pi kat dialah. Kot sat lagi, time imam nak rukuk baru dia masuk solat kot, pikiag kawan dia tu. Macam setengah2 orang lah di Sierra Leonne sana, punyala maximise masa, masuk solat pun ngam-ngam dapat rukuk bersama imam saja. Sebab, sambil2 imam baca Fatihah dan surah, dia dan lagi nak berbalas WhatsApp dgn kawan2. Mana taknya, takut miss cerita bekas ratu cantik tu dah nak habis iddah. Teruk sungguh orang Sierra Leonne. Masa tulah nak sembang. Sorry, melalut pulak.... back to the story. Imam habis baca Fatihah, baca surah....Allahu Akbar! Imam rukuk. Mamat tu tak bangun-bangun jugak. Dan tak pulak buat pergerakan macam orang solat duduk. Heran-heran...apa ke he nya tu? So, begitulah sampai imam bagi salam. Mamat warak tadi selamba saja duduk. Kawan sebelah dia tu...apa lagi? Terus shoot soalan, "Awat hang tak solat tadi? Solat sunat baguih bukan main. Solat fardu, hang tinggai! Sapa yang ajag hang ni?" Berletiag sakan. Jawab lelaki tu, "Sebenarnya aku bukan saja tinggal solat tadi. Tapi aku ada keuzuran." "Uzur? Uzur apa pulak? Aku nampak hang steady saja tadi." "Sungguh bro, memang aku uzur....tapi malulah aku nak habag." "Issh...apa nak malunya? Tinggai solat tak malu ka?" "Sebenarnya aku terkencing dalam seluag, ngam2 masa qamat tadi...tu yang tak solat." Mak oi! Accident rupanya. "Ish! Hang ni loklaglah! Awat jadi macam tu?" Maka berceritalah lelaki yang terkencing dalam seluar tu. "Sebenarnya aku ni orang yang banyak berhutang. Dan aku tak larat nak bayar. Ramai orang dok cari aku la ni, nak collect hutang depa. Jadi, most of the time aku stay saja dalam rumah. Ni yang mai masjid ni pun sebab nak solat Jumaat..." Kawan yang tanya tadi mendengar dengan penuh interest. Sambung lelaki tu, "Tadi masa qamat, aku pun nak mangkit solat. Aku kaleh-kaleh belakang...tu dia! Orang yang aku hutang aku dok betoi2 di belakang aku! Aku punyala terkejut, sampai....hang tau sajalah! So, aku duduk baliklah, nak solat pun tak boleh." "Kaleh" tu maknanya "toleh" dalam bahasa Iraq lama. Lebih kurang bahasa Kedah juga. "Harap2 dia tak nampak lah aku tadi....kalau nampak, mampoih!" sambungnya. "Sapa nama orang yang hang hutang tu?" tanya kawan tu. "Nama dia Da'laj bin Ahmad." jawabnya. "Uissh! Orang besag tu, ulamak femes di Baghdad ni." "Ya lah..aku pun tahu. So, dah aku cerita ni...hang janganlah dok pi buat ghéyoh pulak. Aku sengkek sangat la ni." Pesan lelaki tu menamatkan cerita dia. Rupa2nya, perbualan depa didengari jemaah lain, yang rapat dengan Da'laj. Dia pun tanpa membuang masa, terus pi ke rumah Da'laj. Dia storykan balik apa yang dia dengar. Bila habis cerita, Da'laj pun kata kat dia, "Nih...hang tolong aku sat. Hang pi ambil sepasang baju aku. Bawak pi masjid. Bagi kat dia. Suruh dia sucikan badan dia. Lepas tu bawak dia mai sini." Maka kawan tu pun bergegas baliklah ke masjid. "Tuan, ini ada pakaian bersih. Tuan pi tukar. Lepas tu Syeikh Da'laj nak jumpa tuan di rumah dia." Terkejut besar lagi sekali lelaki tu. Nasib baik tak accident kali kedua. Tak dan lagi dia nak keluar masjid, berita dia tu dah tersebar di Baghdad. Ni kira tak dak WhatsApp lagi masa tu. "Naya ni....mesti dia nak tuntut hutang dia ni. Apa la nasib aku hari ni? Dah lah terkencing dalam seluar, solat Jumaat terlepaih, kena settle hutang pulak." Bertimpa-timpa tangga atas dia hari tu. Itulah yang difikirkannya. Dia pun pi bilik air, bersihkan apa yang patut, tukar baju dan ikut kawan tu pi rumah Da'laj. Sesampainya di sana Syeikh menyambutnya dengan mesra. Bukan setakat tu saja, sudah ada makanan terhidang. "Jemputlah makan." kata Syeikh. Hai....lain macam ni. Nak soften the blow kot? Entah2 Syeikh nak sembelih dia nanti. Diapun makan apa yang patut. Dah selesai Da'laj panggil pembantu dia. "Ya tuan Syeikh." "Nih. Hang pi bilik aku. Cari buku catatan hutang aku. Bawak mai sini." arah Syeikh. "Aku dah agak dah....mesti nak kena sembelih ni. " fikir lelaki tu. Maka pembantu tu bawa mai buku hutang Da'laj. Dia pun buka selembar demi selembar. Jarinya meniti nama-nama orang yang berhutang. Alif.....Ba.....Ta......Tha....Jim....Ha....... Bila sampai kepada nama lelaki itu da tengok atas bawah, lalu dia tanya. "Berapa hang hutang aku?" "5 ribu dirham tuan Syeikh." jawab lelaki tu. "Betul. Tepat seperti dalam rekod aku. Saja aku nak reconfirm. " Syeikh mengesahkan jumlah hutangnya. Kemudian dia selok dalam kotak yang berisi chop2 rasmi pejabat dia. Dia ambil satu, dan...... PAP!! Dichopnya pada rekod hutang lelaki tu. Mamat tu jeling tengok. Terserlah perkataan...LUNAS. Bukan yang berhutang tu mai dari Pekan Lunas, tapi maknanya hutang dia dah settle. Terkejut syok bukan main lelaki tu! Tapi dia tertanya2 juga, awat dah lunas? Dia tak bayar apa2 lagipun. Seterusnya Syeikh panggil pembantu dia, dia bisik sesuatu. Pembantu dia bawa seuncang duit. Syeikh serahkan kepada lelaki yang dah terlunas hutangnya tu. "Nah. Hutang yang dulu tu dah settle, hang tok sah dok kalut nak bayag. Ni aku hadiahkan pulak kat hang 5 ribu dirham." Oooi!! Alhamdulillah! Segala masalahnya selesai dalam sekelip mata. Tak sangka sungguh. Tapi, dia pun heran jugak. Awat syeikh buat macam tu? Kata Da'laj, "Oleh kerana hidup hang susah dengan bebanan hutang, sampai kena menyorok dalam rumah, maka aku halalkan hutang tu. Dan aku harap hang ambiklah wang 5 ribu dirham tu untuk melunaskan aku pulak." "Lunas? Apa yang lunas tu syeikh? Syeikh tak dak hutang apa2 kat saya." "Aku rasa guilty pasai bagi hang terkejut dalam masjid tadi." kat Da'laj. Masha Allah. Bukan saja Da'laj kaya ilmu dan kaya harta, dia juga kaya dengan akhlak. --------------------------------------------------------- Dari cerita yang tak seberapa ini, mailah kita tengok diri kita yang sentiasa hidup dalam cengkaman material hari ni. Rumah besag, kereta mewah, pakaian berjenama, makanan melimpah ruah, gadget mesti terbaru. Macamana? Adakah kita ni jenis yang mudah put aside sedikit dari kesenangan itu untuk kesenangan orang lain? Atau kita ni berat punya geng. Hatta dengan adik beradik kita sendiri yang tak berapa senang hidup depa....pun kita berkira. Bila mai kat kawan2 kita pun sama, kita pikiag berjela-jela sebelum nak hulur seringgit dua. Macamana pula yang memang dah hulur sikit tolong adik beradik, tolong kawan2? Adakah kita ni jenis yang dok menunggu2, bila pulak mangkuk hayun ni nak bayar balik? Tak dan kawan tu nak bernapaih, dah call, dah sms, peringat time kena bayag balik. Bila kawan tu minta tangguh kita kata pulak..."Ni lah orang Melayu. Janji saja pandai....bila nak duit macam2 janji, bila nak bayag, macam2 kona." Isyh...isyh.....isyh....jauhnya kita dari Da'laj. Tak payah cerita banyak2. Kalau ada orang zaman dulu boleh sampai ter"accident" kerana takut dok mengenangkan hutang yang belum berbayar, bayangkanlah betapa serabut kepala otak depa dok pikiag macamana nak settle hutang2 tu. Tak kata sapa2...cuma nak ambil pengajaran dari cerita tadi. Utk kasi semangat kat diri sendiri dan kawan2 supaya senang hulog duit bila ada yang memerlukan. Sekianlah slot motivasi malam Jumaat ni. Wallahu'alam. Cerita diciluk dari Majalah Solusi #66 dari kisah para ulamak oleh al Khatib al Baghdadi, ulamak kurun ke 5 Hijrah. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
28 April 2014
Khusyuk Dengar Khutbah, Tapi Tak Solat Jumaat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment