27 March 2014

Battle of The Masts

Assalamualaikum semua,

Mungkin hangpa tak tahu bahawa karakter Captain Jack Sparrow dalam cerita2 Pirates of The Carribeans dikatakan berasal dari seorang pelaut dalam sejarah lampau yang dikenali dengan nama Captain Jack "Birdy" Ward, atau nama Islamnya Yusuf Reis.

Hangpa boleh  baca kisahnya  dalam website Imam Suhaib Webb.
http://www.suhaibwebb.com/society/entertainment/the-legend-of-captain-jack-from-birdy-to-sparrow/

Ni aku nak cerita satu lagi kemungkinan connection di antara
 Pirates of the Carribean (POTC)  dengan sejarah Islam.
Hangpa ada tengok kot cerita2 POTC ni?
Kalau tak tengok pun, angguk sajalah....

22 March 2014

Sahabat Baik Rasulullah s.a.w. - Cemburu Bini Muda


Ni aku nak bercerita sikit mengenai kisah sahabat karib Rasulullah saw.

Siapa dia sahabat tu?
Abu Bakar as Siddiq? Bukan!
Umar al Khattab? Nahi!
Bilal bin Rabah? No way Jose !
Abu Dzar al Ghifari? Salah lagi!

Semuanya salah, sebab dia bukan dari kalangan manusia.
Nama dia Jibril a.s.

----------------------------------------------------------------------------------

Suatu malam di Madinah.

"Muhammad! Muhammad! Jom..." Jibril berbisik dari luar rumah Nabi saw.

Kalau nak samakan dengan kita hari ni, macam kawan2 mai ajak minum kat kedai mamak kot.
Nak masuk rumah tak berani, nanti bini kawan berletiag.

Ishh...ishh...ishhh...
Jauh sangatlah scenario kita hari ni dengan hasrat kedatangan Jibril ke rumah Nabi malam tu.

17 March 2014

Petua Mimpi Jumpa Nabi s.a.w.


Ini ada satu cerita dari Sheikh Muhammad Hassan al Misri, seorang ulamak kontemporari Mesir.
...suatu petua untuk berjumpa Nabi saw di dalam mimpi.

Bersabda Nabi saw, "Barangsiapa melihatku dalam mimpi maka dia benar benar telah melihatku, karena syaitan tidak mampu menyerupaiku" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Tak ramai yang dapat keistimewaan bermimpi jumpa Nabi saw.
Dan ini adalah mimpi yang benar....bukan mainan tidur.
Jadi ramailah yang tercari2 macamana nak mimpi sedemikian.

Begini cerita Sheikh.....dia tak reka cerita ni.
Cuma aku tambah2 stail akulah.

--------------------------------------------------------------------------
Ada sorang pelajar ugama tanya tok guru dia, "Tuan Sheikh, saya ni dah lama bercita2 nak mimpi jumpa Nabi saw. Camna ya?"

Jawapan Sheikh, "Aku ada petua mudah kalau nak mimpi jumpa Nabi saw. Malam ni aku ajar."