02 February 2014

Menteri Kena Jual


Ini adalah sambungan cerita Sultan segala ulamak, Sheikh al Izz ibn Abdussalam rahimahullah. Elok hangpa baca dulu bahagian pertamanya di sini.

Sheikh al 'Izz tiba di Mesir pada tahun 639H dengan harapan di sana perjalanan umat Islam adalah lebih baik dari di Damsyik.
Dia disambut dengan penghormatan dan dilantik menjadi Mufti Mesir.

Rupa2nya di situ pun lebih kurang saja.

Walaupun Sultan Najmuddin Ayyub adalah seorang pemerintah yang tegas dan garang, tapi dia dikelilingi oleh pentadbir2 yang korup, kaki maksiat dan tak efficient.

Dia dapati kegiatan penjualan arak berleluasaa sedangkan Sultan macam buat donno saja.
Masih lagi duduk di istana dengan segala kebesarannnya, tak aware sangat keadaan negara.
Hinggakan nak masuk bersemayam pun penuh dengan protokol.
Dan sapa2 yang nak mengadap dia kena sembah dan sujud cium lantai dulu.
Tu dia punya besag!

Satu hari Sheikh dah naik fed-up sangat, Sheikh ajak pembantunya, depa terus celapak pi istana.
Dan terus mengadap Sultan yang masa tu sedang bersamayam di hadapan menteri2 dan pegawai2 kerajaan yang lain.
Boleh bayang kot filem2 Melayu lama...

 Terus al-'Izz bersuara dengan lantang, " Oi Ayyyub!!"......
Ayyub saja dia panggil.....?
Tak adalah Ampun Tuanku Beribu Ampun dan segala mak nenek yang biasa kita dengar.

Kata Sheikh, "Apakah jawapan kamu nanti kalau Allah tanya, "Adakah Aku kurniakan Mesir untuk kamu jual arak di dalamnya?""

Tokojut Sultan! Ini dah kes derhaka.
Dia tanya balik, " Macam tu ka Sheikh?"

"Awat tak nya? Cuba kamu pi round tengok. Ambik tau apa yang dijual di serata tempat. Jangan dok saja di sini, bermegah2 dengan kebesaran kamu!!!." Sheikh masih meninggikan suara.
Dia sebut juga maksiat2 yang lain, perjudian, pelacuran yang berlaku di Mesir.

Sultan jawab balik, "Tuan Guru....bukan aku yang maukan semua ni. Benda2 ni dah ada since time ayah aku lagi. Depa dah terbiasa dengan perkara ni. Apa boleh aku buat? Sat lagi kalau aku dok pi raid depa ni, habislah kepopularitian aku."

Sheikh geleng kepala, lalu dia bacakan ayat Quran, Surah al Zukhruf ayat 22,
" Bahkan mereka hanyalah berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja."

Terkedu Sultan. Menjawab Mufti ni.

Habis dia cakap tu, Sheikh al'-'Izz ajak pembantu dia, depa tinggalkan istana.

On the way balik, pembantu dia tanya, "Awat tuan guru cakap macam tu? Tuan Guru dah jatuhkan air muka Sultan. Tak boleh ka sound in private?"

Jawab Sheikh, "Bukanlah aku saja2 nak kasi dia malu in public. Cuma aku nak sedarkan dia bahawa bermewah2 telah melekakan dia."

"Tuan Guru tak takut ka? Boleh kena ISA wo kalau buat cam tu."

Jawab Sheikh al Izz "Anakku, bila aku mengenangkan kebesaran Allah s.w.t, aku nampak sultan tu macam anak kucing saja."

Gitulah satu peristiwa.

Pada ketika yang lain pulak, Sheikh al-'Izz mendapati hal yang agak pelik dalam pentadbiran Sultan Najmuddin.
Kebanyakan menteri dan pegawai kerajaan adalah golongan hamba, termasuklah Naib Sultan!

Macammana boleh jadi lagu tu?

Dari segi sejarahnya, untuk menangani perang Salib, kesultanan Ayyubiyah telah membeli askar2 taraf  hamba dari sebelah Turki sana.
Depa ni macam mercenaries lah, tapi taraf hamba. Born and bred to be soldiers. Agak2 cam Ghurka la, ada dalam darah daging depa jadi tentera.

Setelah keadaan dah agak stabil, ramailah askar-askar ni yang dok melengung saja.
So, depa diserapkan ke dalam pentadbiran kerajaan. Yang pangkat tinggi seperti General, Leftenan Kolonel dll, dijadikan Menteri2 dan pegawai tinggi kerajaan.
Tapi status hamba tetap dikekalkan walaupun ada Gred JUSA.

So, Sheikh al-'Izz mendapat tahu Dato' Seri-Dato'Seri yang dok luluskan projek berjuta2 dan menetapkan dasar kerajaan adalah sebenarnya hamba.
Ini dah tak syari'ah-compliant. Hamba tidak boleh jadi pemimpin. Lalu dia keluarkan arahan untuk membekukan semua projek2 tersebut.

Rioh jadinya! Tergendala projek udang galah, gelanggang futsal, tandas 1Mesir dan lain2.

Para Menteri taraf hamba ni kemudiannya berbincang dan inform Sultan yang depa tak puas hati.
Depa minta arahan Mufti diketepikan.

So, Sultan batalkan arahan Sheikh al-'Izz.

Mendengar hal tu, Sheikh took the drastic action. He resigned, packed his bags and intended to leave Mesir.
Dan berita itu pula sampai kepada rakyat marhaen.
Ramai pulak yang felt the same thing, kecewa dengan layanan buruk kepada Mufti,
Depa pun bungkuih pakaian, dan nak ikut dia.

Peniaga2 pun mogok jugak, tutup kedai sebab Sheikh al-'Izz seorang yang dihormati.
Restoran nasi kandar tutup, nasi ayam kampung tutup, char koay teow tutup.

Lagilah orang awam marah.

Ramai2 depa berarak mengikuti Sheikh al-'Izz seakan-akan nak pi Stadium.
Yang sebenarnya depa nak keluar dari negeri depa, pasai tak setuju dengan kerajaan.

This news came to Sultan Najmuddin, dan dia dah tersepit.
Ikut cakap Mufti, Menteri dan tentera marah.
Ikut cakap Menteri, Mufti resign, rakyat pulak marah.

Sultan panggil Mufti mai istana. Nak iron out the situation.

Kata Sultan, "Tuan Guru tak payahlah resign. Kita cari jalan tengah. Apa agaknya yang kita boleh buat?"

Kata Sheikh, "Setuju tak Tuanku kalau kita lucutkan jawatan depa?Lantik Menteri2 baru."

Kata Sultan, " Ish, kamu ni. Ingat senang ka?. Kalau beta pecat depa, sat lagi depa memberontak pulak. Kena guling nanti."

Benar juga, eventhough depa ni hamba, depa juga adalah menteri. Dan bilangan bangsa depa ramai.
Depa ada power, kemahiran ketenteraan dan boleh gulingkan kerajaan dengan mudah kalau depa mau.
High risk.

Sheikh pun fikir the same thing, " Mungkin juga tu. Bahaya! Kalau macam tu, ada satu cara lagi."

"Apa dia?" tanya Sultan.

"Oleh kerana depa hamba. Kita jual depa!"

"Issh...pelik Tuan Guru. Lagi lah tak masuk akai. Lagilah depa marah nanti". Sultan dah cemas.

"Don't worry. Kita buat syarat, sapa yang beli, kena merdekakan hamba2 ni. Then oleh kerana depa dah merdeka, kita bagi balik jawatan2 Menteri kat depa. Barulah sah urusan pentadbiran."

"Bijak. Bijak......" Sultan GUMBIRA.

Alhamdulillah, Sultan berjiwa rakyat. Dia menurut pandangan Sheikh walaupun dia tau Menteri2 tak suka kena jual.
So, nak pendekkan cerita, Dato Seri-Dato Seri ini dibawa ke pasar dan dilelong ala cerita Tiga Abdul.

"LELONG....LELONG......mai pakat beli ! Yang Berhormat Dato Seri sekian sekian...Menteri Dalam Negeri. Master in Political Science Harvard University. Pandai cakap Inggeris dan Mandarin. Karaoke pun boleh tahan jugak....200 ribu riyal.!!!"

"Ini pula Tan Sri fulan bin fulan SMK, PPLK, DK itu DK ini, SPM, PMR UPSR, Panglima Batallion ke 47 Tentera Berkuda Mesir,...gagah, tegap, hensem, karaoke pun boleh juga...150 ribu riyal!!!"

Begitulah lebih kurang......
Tapi tak ada sapa yang nak beli. Pasal tak da yang mampu.

The plan got stuck.

Akhirnya, dah tak ada takers, Sultan Najmuddin lah yang terpaksa beli. Kalau tak, tentera akan berontak, Mufti akan resign.
Dibeli kesemua menteri2 dia sendiri dan dimerdekakan.
Maka..... win-win situation for everybody.
Sultan masih pegang kuasa, Menteri dapat jawatan balik dan merdeka, Mufti dapat menegakkan hukum.

Begitulah cerita Sheikh al-"Izz ibn Abdussalam, Sultan al Ulamak yang mendapat gelaran Penjual Raja-raja.

Wallahu'alam

No comments: