22 August 2013

Laksa Penang


Sudah 3 minggu Ramli mengenali Maznah.
Mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang elektronik di Bayan Lepas.
Ramli berasal dari Pasir Mas, Kelantan datang merantau ke Pulau Pinang mencari rezeki.
Maznah, gadis tempatan, rumah keluarganya di Balik Pulau.

Petang Sabtu itu selepas kerja, dapatlah Ramli buat pertama kalinya mengajak Maznah "dating".
Mereka pergi ke Padang Kota, untuk bersiar dan makan-makan.
Mereka singgah di sebuah gerai.

"You nak makan apa?" tanya Ramli.

"I suka laksa," kata Maznah, laksa Penanglah maksudnya.

"I pun suka laksa jugak," kata Ramli.

"Ya ka? Best nya." kata Maznah.

Ramli tersenyum, walaupun dia sebenarnya suka Laksa Kelantan.
Tapi memandangkan Maznah suka Laksa Penang, dia pun ikutlah.

Sambil2 tunggu laksa yang diorder tu siap, mereka bersembang.

"You lahir bila?" tanya Ramli.

"I beghanak 22 Ogos." jawab Maznah, pekat loghat utara dia.

"Bintang?"

"I Virgo. You pulak beghanak bila?" tanya Maznah pula.

"Abe...ehh eh....Sayaaa... beghanak 16 Mac." jawab Ramli.
Hampir tergeliat lidah dia sebut "beghanak" tu.

"Mac? Kalau bulan Mac, bintang apa tu?" tanya Maznah.

"Virgo jugak." jawab Ramli.

"Ait? Bulan Mac pun Virgo jugak?"

"Ya....tak sangka kan? Kita sama-sama Virgo."

"Ya lah...banyaknya kita sama. Best nyaa..."

Dan macam itulah seterusnya mereka bersembang.
Ramli seboleh-bolehnya nak "match" kan apa-apa yang Maznah suka.
Kerana dia tahu, Maznah akan lebih suka dia, kalau depa banyak persamaan.

---------------------------------------------------------------------

Begitulah sedikit cerita rekaan hari ini.
Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan ialah sebuah kiasan hubungan kita dengan Allah swt, iaitu bagaimana setiap orang Islam inginkan supaya Allah sayangkan dia.

Tapi, cuba fikirkan di dalam mengharap kasih sayang Allah itu, adakah kehendak kita sama dengan kehendak Allah?
Adakah apa yang kita lakukan, sama dengan apa yang Allah suruh?
Adakah kita telah cuba "match" kan kesukaan kita dengan kesukaan Allah swt?
Ataupun apa yang Allah suruh, lain yang kita buat?

Samalah jugak dengan hubungan kita dengan Rasulullah saw.
Tak kan kita kata kita cinta Rasulullah saw, tapi kita tak buat macam baginda ajarkan.

Mari kita fikir-fikirkan.

Wallahu 'alam.


No comments: