Aku nak tanya kawan-kawan kita yang kaki motor.
Kalau motor hangpa yang power-mower tu kena kebas, apa yang hangpa rasa?
In fact, tak payah motor lah, kita yang lain ni pun yang bukan kaki motor, tentu ada barang-barang yang kita sayang, BeeEM ka, S-class ka.
Kalau barang tu hilang dicuri orang, kita rasa apa?
Tentunya frust nonggeng, marah, makan tak kenyang, tidog tak lena, hidup jadi tunggang-langgang.
Dan.....Kita akan usaha juga cari sampai dapat.
Ada kawan aku tu, baru beli Proton Waja. Waja saja....bukan BMW 5-series, bukan Lotus Elise ka,
dan bukan Waja baru pun...second hand.
Dan dia sayang jugalah Waja tu se ala-kadar nya.
Satu hari tu, Waja tu hilang, Kena kebas dari carpark.
Punyalah dia cari , seluruh Lembah Kinta (dia budak Ipoh). Dgn rezeki dari Allah, polis jumpak.....
tapi tinggai rangka la...tayar tarak, radio yilek, lampu accessories dll dah licin.
Punya la dia sedih dan kecewa, dia rasa kalau tak jumpa pun tak pa.
Sekarang bayangkan hang ada Ducati baru, berkilat, seat pun baru 4 kali duduk, sound ekzos pun macam baru keluar showroom, milage baru 56km....
Baru cadang nak konvoi minggu depan.
Tup-tup, mangkit pagi, tengok-tengok tak ada dah depan rumah. Kena kebas. Tinggai selimut saja....
Apa hang rasa? Macam nak gila kan!?
Lepas tu dengan izin Allah, jumpak!, Tapi tinggai rangka saja....apa hang rasa?
Nak jerit? Nak nangis? Teruih mereng kot....
Tapi kalau hang jumpa, dan Ducati tu macam tak disentuh pun, macam tak pernah hilang..... Berkilat lagi.... Apa pulak hang rasa?!
Nak nangis terharu? Nak sorak? Nak sujud syukur? Nak buat kenduri?
Macam-macamlah perkara yang baik yang akan hang buat sesuai dengan kegembiraan dan kesyukuran hang pasai jumpa balik barang yang hang sayang tu dalam keadaan baik. Tanpa cacat cela.....
Memang kegembiraan macam tu adalah sifat naluri semulajadi kita semua.
Namun begitu.......lain pulak ceritanya dalam sebuah hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Begini hadis tu dalam bahasa aku, (with heavy influence of Ustaz Shamsuri)... --------------------------------------------------------------------------
Seorang mamat rider merehatkan unta model terbarunya di pinggir hutan.
Dia suka dan sayang sangat untanya tu.
Kebetulan hari tu dia pun load unta dia nak jalan2.
Banyaklah barang atas unta tu...mungkin siap Garmin tercanggih dan audio system power kot. Kalaulah masa zaman unta tu dah ada sistem2 cam tu.
Kalau tak de pun mungkin dengan pedang terbaik, seat cover terbaik, dinar dan dirham dan lain-lain lah.
Maksudnya memang loaded lah unta tu.
Macam yang aku cakap tadi, mamat rider tu pi berehat di pinggir hutan. Dia lelap sikit saja, ketika dia beralih arah sekejap.....tup...tup....
Hilang unta dia tu!
Macam tu saja! Vanished in the thin air.
Waduh...... kalaulah dia ada penyakit angin ahmar, mungkin stroke dan kiok terus mamat tu.
Dia punya lah gabra.....
Instalment baru bayar 2 kali! Calar pun tak lagi....
Tanpa berlengah dia pun carilah di tepi hutan, dalam hutan, hujung hutan. Tak jumpa...jumpa....
"Khairulll......"
"Khairullllll.......!...!""
Unta dia nama Khairul......
Tapi no luck whatsoever. Khairul tak mai-mai juga.....either kena culik atau lari dengan betina mana tak tau.
Last-last....after exhaustive efforts, he reluctantly accepted that Khairul was gone.
Nothing else he could do.
Terlantar dia di perdu pokok kurma....sungguh kecewa. Teramat kecewa.
Dan terlelap lah dia di situ kerna terlalu letih.... ....bercampur kecewa.
Entah berapa lama dia terlena.... Sekali-sekala terpeluk batang kurma kerana menyangkakan itu Khairul.
Dia tersedar apabila terasa sesuatu menyentuhnya.
It couldn't be! Dia buka mata dia perlahan-lahan....
Mimpikah aku? TIDAK!
Ohh....benar sekali! Khairul dah pulang!
He was ecstatic! Delirious! Teramat gembira! Make it...teramat-amat-amat gembira!!!
Lalu terkeluar dari mulutnya, "Ya Allah! Akulah Tuhanmu, Engkaulah Hambaku!".....
Wait a minute.......
Apa dia kata?
Benar. Dia kata, let me repeat, "Ya Allah! Akulah Tuhanmu, Engkaulah Hambaku!"
Woooiii.....pelik bin ajaib!! Dek kerana terlalu gembira sampai dia tersasul macam tu sekali.
Tapi, bukan dia sengaja nak murtad, nak syirik. Dia memang terlalu syok.....sampai terkeluag kata2 yang tak sepatutnya.
Macam disebut orang, SYOK GILER BABI!!...(Sorri no.....terpaksa describe cam tu.)
Hangpa semua boleh bayangkan tak, orang yang syok macam tu sekali? Kita tak boleh bayang, kerana betapa syoknya kita pun, tak kan sampai terjadi macam tu.
We can say this as extreme, out of the world happiness..... GEMBIRA YANG TERAMAT SANGAT SAMPAI TAK LOJIK.
Boleh jadi macam tu ka? Aku rasa tak akan jadi macam tu.
In any case, tak payah gaduh2, lojik ka tak lojik. Sebab the point of the hadith was not about the unta rider...
Kerana hadis itu seterusnya mengatakan bahwa....
Betapa gembiranya manusia sampai macam tu sekali pun.....
Allah swt LEBIH-LEBIH LAGI GEMBIRA menerima permohonan taubat dari hambaNya.
Lebih gembira dari seorang pemilik unta yang kehilangan untanya di hutan dan ditemuinya semula.
Lebih gembira dari pemilik unta tersebut yang terkeluar dari mulutnya kata-kata pelik tu kerana terlalu-lalu gembira.
Dan sudah tentu lebih gembira dari seorang pemilik BMW 5-series, lebih gembira dari seorang pemilik Ducati Diavel, dan lain-lain, yang semuanya menjumpai semula kenderaan mereka yang hilang dalam keadaan cantik molek.
Kegembiraan Allah swt menerima taubat hambaNya is incomparable jika nak dibandingkan dengan kegembiraan makhluknya dalam apa situasi pun.
Jadi,... apa tunggu lagi? Tak usah malu, tak usah takut, tak usah segan....
Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menunggu taubat dari hambaNya. Dan Allah merasa AMAT AMAT GEMBIRA apabila hambanya bertaubat.
Semoga mendapat sedikit pengajaran.
Wallahu'alam.
Di petik dari Riyadhus Solihin Imam An-Nawawi. |
No comments:
Post a Comment