'Amir Shurahbil as-Sha'bi adalah seorang tabi'in yang hebat pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Ingat lagi Khalifah Abdul Malik bin Marwan ni? Dia adalah khalifah Bani Umayyah yang ke-5. Aku ada cerita sikit pasai dia pi meminang anak Sai'd bin Musayyab dalam cerita Romantika Padang Pasir dua tahun lepas. ........isyy dah lama aku jadi tukang karut ni. Rujuk kat sini kalau nak refresh; http://sukumasak.blogspot.com/2010/06/romantika-padang-pasirpt1.html Balik kepada cerita 'Amir Shurahbil ni. Dia ni terkenal sebagai seorang yang mempunyai kebolehan thinking on the feet - cepat pikior dan menjawab gitu. Oleh sebab itulah Khalifah lantik dia jadi duta luar negara. Untuk handle negotiations dengan pemimpin-pemimpin negara lain. ( Kalau kat Republik Congo Selatan sana hari ni, setakat pandai raba bontot zirafah pun boleh jadi ambassador....tapi tidak pada zaman dulu-dulu.) So, on one particular occasion Khalifah hantar dia pi mengadap Emperor Justinian yang memerintah Empayar Roman Byzantine. This should be Justinian II lah, sbb Khalifah Abd Malik memerintah antara tahun 685 -705 Masihi coincided dgn pemerintahan Justinian II pada tahun 685-711 Masihi. So depa berbincang hal-hal hubungan dua-hala, antaranya krisis matawang dan juga the conflict in the Middle East .... Actually, both issues were true....even pada masa tu. Semasa pemerintahan Abdul Malik, buat pertama kalinya matawang Islam diperkenalkan. Oleh kerana itu, sistem kewangan lain masa tu tergugat dan itu menyebabkan terjadi peperangan antara Daulah Islamiyyah dan Empayar Rom. dan yang keduanya....., Masalah pergolakan di rantau Arab pun telah dibincang sejak dulu lagi. Dan apa yang depa bincang masa tu pun masih berlarutan sampai hari ni belum settle-settle. Umpamanya, pada 687 Masihi Justinian II telah bersetuju untuk memindahkan puak Christian Maronite dari Lubnan (jajahan Roman) kerana depa tak sebulu dengan orang Islam hari tu..... Jadi sampai la ni, zaman Justin Bieber dan Justin Timberlake, di Lubnan sana orang Islam dan Christian Maronites, dok gaduh lagi. Kalu hangpa rajin, Ustaz Google boleh tolong. back to our hero..... So, Amir Shurahbil's eloquence and diplomatic skills greatly impressed Justinian. Justinian thought he could use 'Amir Shurahbil as his own ambassador, pasai dia pun dah pening kepala dengan berbagai masalah di jajahan-jajahan Empayar Rome di sekitar tanah Arab. He needed a winnable candidate to pacify the Arab masses. So, he made an offer to 'Amir Shurahbil to lompat parti dan jadi duta dia pulak. Mungkin ada kot sweeteners yang lain.... kasi Datukship ka, naik pangkat terus ke JUSA A ka, tambah dengan bonus tetap sebulan setengah ka, percutian percuma ke Disneyland dengan keluarga ka, dapat incentive iPad ke dan lain-lain lah. Tapi, as an ulama dia tak pandang semua tu lah, dia cuma berkhidmat untuk Islam dan untuk Khalifah. So dia politely tolak tawaran tu. Habis takat tu, 'Amir Shurahbil pun siapkan tugas dia dan bersiap untuk balik. Tak de teringat nak shopping, beli beg ka, cincin utk bini ka dsbnya.... Just before dia berangkat, seorang utusan Justinian II mai kat dia membawa sepucuk surat. Surat tu diminta disampaikan pada Khalifah. 'Amir tak tanya banyak, dia ambik saja. Mungkin Emperor ajak Khalifah main golf kot. So, 'Amir Shurahbil pun balik mengadap Khalifah dan membuat laporan misi dia. Dan dia serahkan surat Justinian tu kepada khalifah. Khalifah bukak surat. Dia baca. Kemudian dia senyum ada, sebek ada. Pas tu dia tengok 'Amir. "Apahal pulak ni?" 'Amir Shurahbil tertanya-tanya gerangan isi surat itu. Macam tak baguih saja kandungan surat tu. Kalau Justinian laporkan yg tak baik pasal kerja dia, mungkin dapat hadiah penyapulah tahun ni. Lalu berkata Khalifah, "Hang tau dak apa yang Justinian tulih kat aku?" "Tak tau ya Khalifah..." jawab 'Amir Shurahbil," Apa yang dia kata? Dia kata tak elok ka pasai kerja saya? " "Isyy..isyy, isyy....jauh panggang dari api.....dia tak kata kat hang, dia kata kat AKU!" jawab Khalifah. Terkejut 'Amir. He worried for nothing. Tapi apahal pulak Justinian pi kata kat Khalifah? "Apa yang dia kata kat kamu Ya Khalifah?" Ujar Khalifah, "Dia kata...."Dear Abdul Malik....aku heran pasai apa orang-orang Arab lantik hang jadi pemimpin depa, sedangkan depa ada anak muda yang hebat macam 'Amir Shurahbil ni." Ada ka patut?! Bunyi surat tu macam nak penaya 'Amir saja! Ni sure pasai dia tolak offer Justinian hari tu. "So what do you have to say about this 'Amir? " tanya Khalifah. 'Amir could sense Khalifah dah bengang kat dia. Silap2, tahun ni kena pancung.....literally. So as a polished diplomat as he was, he said lebih kurang begini, "Alaa...Justinian tu dia cakap macam tu pasal dia tak pernah jumpa Dato' Seri Khalifah lagi. Kalau dia dah jumpa Dato' Seri, sure dia tak pandang sebelah mata pun kat saya ni....." "Pandai hang jack aku 'Amiag no....Dah. Hang boleh balik." begitulah agaknya yang Khalifah cakap, pasai 'Amir Shurahbil terus diberi amanah untuk menjadi duta Khalifah utk misi-misi yang seterusnya. Sebenarnya 'Amir Shurahbil tahu kemudiannya yang Justinian saja tulis macam tu supaya Khalifah memecat dutanya tu atas alasan not working in the national interest (ataupun la ni disebut....not toeing the party line).... ... dan dengan itu dapatlah Justinian counter offer kat dia nanti. Wallahu'alam. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
17 October 2012
'Amir Shurahbil as-Sha'bi - Ambassador at Large
Mai kita cerita mengenai seorang diplomat Islam zaman dulu-dulu.
Labels:
Kisah-kisah Tabiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment