Ini bukan iklan kasut futsal jenama Swoosh tu.
Ini adalah tazkirah mengenai menunjukkan contoh, dalam metod dakwah disebut sebagai Lisanul Hal.
Cerita dia macam ni.
Semua hangpa dah hafal kan akan kisah perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah tu?
Ringkasnya pada tahun tu, Nabi s.a.w. dan kira-kira 1,400 para sahabat bertolak dari Madinah dengan tujuan untuk mengerjakan umrah.
Tapi rombongan depa dipintas oleh Musyrikin Mekah dan akhirnya terjadilah Perjanjian Hudaibiyah yang pada pandangan para sahabat adalah sangat tidak adil kerana memberikan banyak kelebihan kepada geng Mekah.
Syarat-syarat yang amat berat sebelah yang merugikan umat Islam telah dimeterai, itulah yang dipikior oleh para sahabat.
Dah le tu, umrah depa kena kensel tahun tu, depa kena balik Madinah dan mai pulak next time.
Penat saja depa mai beratus2 batu, dengan memakai ihram sejak dari Madinah lagi, bawak kambing lembu unta sebagai bekalan dan untuk jadi korban bila depa dah settle umrah nanti.
Refund apatah lagi....Mana ada masa tu!
Memang suasana masa tu was something described as utter dismay, deeply depressing dan meghumit dalam perut menyimpan kekecewaan, marah pun ada. Tak puas hati ni!!
Hangpa tau tak apa meghumit dalam perut tu? Rasa geram la!
Tak sanggup depa terima pembulian ini!
So, since umrah dah kensel, maka Nabi saw pun memerintahkan sahabat2 supaya menanggalkan ihram dan binatang-binatang yang depa bawak tu disembelih lah.
Buat kenduri.
Maka para sahabat yang masih meghumit perut ni, dah naik angin.
"Apa pulak? Dah la tak dapat umrah, nak sembelih buat apa? Baik bawa balik kampung!"
Depa tak mau dengar cakap Nabi saw.
Wooohhh....besag implikasinya kalau tak nak dengar cakap Nabi kan?
Sebab kita ni sebagai Muslim kita dah janji,Ta'at Allah dan Ta'at Raaa......
Ta'at Rasuuulll.....haaaa buat style ustaz-ustaz yang dok mengajag di surau masjid. Selalu dok sebut berenti sekerat jalan nak suruh kita perabih ayat dia macam tu.
Anyway....Nabi saw pun sangat lah susah hati.
"Macamana umat aku boleh tak dengar cakap ni?"
Baginda saw sangat tak boleh memahami keadaan ini.
Lepas 3 kali Nabi suruh, depa tak patuhi juga, baginda pun masuk khemah dan duduk termenung.
.....tak faham...tak faham...
Isteri Nabi saw, Ummu Salamah r.anha perasan yang Nabi tak ceria.
Macam ada masalah besag?
"Awat bang?" tanya Ummu Salamah. ( Ni bahasa aku. Hadis sahih ada dalam riwayat al Bukhari).
"Nu....depa, jema'ah kita tu, depa tak mau dengag cakap aku. Aku suruh sembelih korban, depa tak mau. Sat gi kalau aku suruh banyak-banyak depa tak mau dengar jugak, aku takut Allah murka depa pulak!"
"Ooooo....," kata Ummu Salamah, "La ni macam ni lah bang. Abang tok sah dok pikiag banyak sangat. Abang keluag pi, abang sembelihlah unta yang abang bawak tu, lepaih tu cukur rambut. Tengok depa nak buat apa pulak."
"Macam tu saja?"
"Ya lah, macam tu saja....JUST DO IT!"
So, Nabi saw, insan yang termulia ini, keluar dari khemah dia, dan sembelih korban dia (tak pasti lembu ka unta).
Lepas tu baginda pun bercukur, without saying a single word.
Yang sahabat2 ni, bila tengok Nabi buat macam tu, depa pun saling tengok sama sendiri, "Issyyy...Nabi dah buat korban. Kita ni memang tak patut la tak dengar cakap dia tadi."
"JOM!"
Lalu depa pun pakat-pakat melaksanakan korban dan bercukur rambut kerana mencontohi perbuatan Nabi saw.
Digambarkan, punyalah kalut dok berebut sembelih dan bercukur, nampak macam dok bergaduh sama sendiri.
Mana tak nya, dengan pedang sembelih unta, pisau cukur rambut ting-tong ting-tong, darah lembu unta bersepaian.....macam perang keadaannya.
Yang tadi mogok sangat!
Begitulah yang tersebut dalam kitab2 sirah.
Hangpa boleh check dalam Ar-Raheeq al Makhtum ataupun Fiqhus Sirah.
Pokok pangkainya, sometimes words are really not necessary.
Dok berleter sampai berbuih mulut pun tak jalan juga,baik tunjukkan contoh dengan perbuatan.
Wallahu'alam.
|
No comments:
Post a Comment