14 November 2012

Cerita Ma'al Hijrah - Pokok Nyior Pokok Pinang


"Opah..opah. Berapa umur Opah?," tanya Murni pada neneknya.

"Cuba kamu tengok pokok nyior tu. Itulah umur Opah. Nyang Salleh kau tanam pokok tu hari Opah dilahirkan."

"Emak pulak, bila dia lahir?" tanya Murni lagi.

"Engkau tengoklah pokok pinang sebelah pokok nyior tu. Itulah umur emak engkau." jawab nenek.

Itulah cara orang tua-tua dulu ukur umur depa. Masa zaman belum ada Sijil Lahir, belum ada IC. Payah bebenor.

Mau nya pokok pinang tu lagi cepat membesar dari pokok nyior....lagi pening kepala.

Jadi, mari kita nengok cerita sejarah Islam pasal menandakan tarikh ni.

-------------------------------------------------------------------------------

The year was 638 AD.

Hari itu hari-hari biasa kat pejabat.

Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a. membelek-belek fail, tengok apa lagi kerja yang masih tak settle.

Adalah juga surat-surat dan memo-memo yang perlu dibaca dan diambil tindakan.

Umar membuka satu surat.
Ia dari Gabenor Basrah, Abu Musa al-Asya'ri r.a., seorang lagi sahabat Nabi saw yang terkemuka.

Dia terkenal di antara sahabat yang paling merdu bacaan al-Qurannya sehinggakan kalau Nabi saw lalu depan rumahnya, Nabi akan duduk di luar menghayati bacaan Abu Musa.

Tapi surat yang Umar buka tu bukan pasal Quran.

Dalam surat tu Abu Musa menceritakan sedikit masalah dalam urusan pentabirannya sebagai Gabenor.
Bukan masalah kewangan, bukan masalah pembangkang, bukan masalah pengangguran.

Problem Abu Musa ialah dia tak dapat nak capai dia punya KPI.
KPI tu Key Performance Index le......

Dia ada masalah nak siapkan tugasan atau ambil tindakan dari Amirul Mukminin on time, on the deadline.
Jadi KPI dia tak berapa bagus.

Tapi bukan pasal bersengkang mata tengok bola dan productivity menurun, bukan pasal banyak buat overseas trips, bukan juga pasal staff dia asyik update status Facebook masa kerja.

Masalahnya ialah kerana deadline dia tak ada DATELINE.

Ini pun bukan kerana Umar tak kasi date utk siapkan kerja, kadang2 dia kasi sebulan, kadang2 dia kasi 6 bulan, durationnya ada, tapi masalahnya......

...... tarikh start tak ade! So camna nak letak tarikh siap?

Projek tahun bila ni?  

Tahun ni ke, tahun lepas?

Laaa.... camna jadi camtu?
Atau kata orang putih di Utara sana, " Awat jadi lagu tu?!"

Umar al-Khattab bukannya orang yang careless....dia very particular, very detailed.

Sebab jadi lagu tu ialah, memang masa tu tak ada lagi kalendar Islam!
Masyarakat Islam yang dah established kat Madinah memang tak follow apa2 kalendar.

Bulan ada, haribulan ada, tapi tahun tak de.
Depa signify tahun dengan peristiwa-peristiwa besar yang senang ingat.

Jadi contohnya, Nabi saw sampai ke Madinah pada 8 Rabi'ul Awal Tahun Hijrah DiPerintahkan. Kemudiannya Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan Tahun Perang DiIzinkan dan lain-lain.

Umar al-Khattab pun pikiag..."Betoi jugak mamat ni...camna aku tak terpikior hal ni?"

Tanpa bertangguh lagi, Umar pun mengumpulkan Menteri2 Kabinet dari kalangan para Sahabat untuk membincangkan tarikh pilihanraya yang dah lama ditangguhkan ini.... ehh ehh, tersyasyul pulak...sengaja tu.

Dia panggil para sahabat untuk mencari penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan oleh Abu Musa al-Asy'ari r.a. tu.

Para sahabat bersetuju supaya satu sistem kalendar diwujudkan untuk memudahkan pentadbiran.
Tapi kalendar macamana tu?

Ada yang propose adopt saja kalendar Romawi.
Tapi ada sorang YB reject pasal kalendar tu reference date dia jauh sangat dari sejarah Nabi saw.

Ada pula yang cadangkan pakai kalendar Parsi.
Itupun kena masuk bakul sampah pasal ia banyak bersangkutan dengan unIslamic events. Tak syariah-compliant.

Pikiag punya pikiag.... Ali bin Abu Talib r.a. mencadangkan supaya kalendar Islam dimulakan dari tahun penghijrahan Nabi saw ke Madinah.

"Canteekkk..." kata Umar r.a.

Semua setuju. Tapi hari apa bulan apa?

Ada yang suggest 8 Rabi'ulawal...tarikh Nabi saw sampai ke Quba.
"Isyhhh!... tak kan nak start tengah-tengah bulan? Pikiag la sikit!" ada orang cannon idea tu.

Ada yg cadangkan bulan Ramadhan sebab senang ingat sebab mula puasa.
Ada yg cadangkan bulan Zulhijjah kerana mungkin kot, wukuf 
haji dan Eidul Adha boleh jadi reference date.

Tapi semua ada pros ada cons.

Akhirnya Uthman bin Affan ra. proposed supaya tarikh mula kalendar pada bulan Muharram, kerana Muharram tu adalah bulan pertama dalam cycle kalendar Arab.

Maknanya kalendar Islam bermula pada 1 Muharram tahun Nabi berhijrah.... backdated 2 bulan 8 hari, kerana Nabi sampai ke Quba pada 8 Rabi'ulawal.

"Semua setuju?" tanya Umar.

"SETUJU!!" semuanya sepakat.

So there you go....itulah bermulanya kalendar Islam bersamaan 16 Julai 622M.


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1434.
MOGA-MOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI YANG TAHUN LEPAS.

2 comments:

prebet said...

mohon share

MES said...

Silakan. Tidak ada copyright dalam blog saya.