Dalam episod terakhir Siri Bercakap dengan Mayat, kita dah tahu last sekali apa jadi pada Abdullah bin Umar dan Asma binti Abu Bakar setelah kematian Abdullah bin Zubair.
Kalau dah lupa, pi sini dulu untuk refresh.
Siri Bercakap dengan Mayat Part 5.
Bagaimana pulak nasib orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian tragis Abdullah bin Zubair tu?
Apakah yang dilakukan oleh al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi?
The enfant terrible of Umayyad Dynasty?
Dia tak buat apa2.
Cuma dia pi meminang Zajalah binti Manzur al Fazariyyah saja.
Siapa wanita ini?
Balu Abdullah bin Zubair lah.....
Siapa lagi?
Isyy...isyy....isyyyyy
Sanggup no...
Tak pa....jangan dok pikiag yang bukan2.
Kita sangka baik.
Mungkin al-Hajjaj nak menjaga kebajikan keluarga Abdullah.
Tapi in any case, pinangan Hajjaj ditolak mentah-mentah oleh Zajalah.
Gitulah.
Anyway, post script ni bukan nak cerita bab pinangan al Hajjaj ditolak.
Nak cerita hal lain.
Aku ada kata sebelum ini yang al-Hajjaj tu walaupun kejam tak tau nak habag, dia juga banyak jasa kepada umat Islam.
In fact jasanya lebih banyak daripada jasa aku, dari hangpa dan dari seluruh kita semua, malahan mungkin lebih besar dari separuh umat Islam seluruh dunia hari ni dikumpulkan semua.
Oooooiii....besag tu.
Apa jasanya?
Ok, cuba teka apa kat bawah ni?
Boleh?
Menatang apa ni?
Macam cacing mengoet saja....
( Kalau tak faham mengoet tu apa...pi cari kat Glosari Bahasa Kedah)
Scroll bawah sikit.....
.
.
.
.
.
.
Ok.....Yang ni pulak...
Better.....tapi kalau boleh baca, hero lah.
Scroll pi bawah sikit lagi......
.
.
.
.
.
.
.
bawah lagi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haa......baca yang ni,
Oooooo.....baru boleh baca!
Ayat Tabbat Yadaa rupanya.......
Kalau suruh kita semua baca yang mula-mula tadi, mampoih sampai tahun depan pun tak boleh.
So, itulah.
Dengan jasa al-Hajjaj, bukan kita semua yang dok di Parit Buntar, Lubuk Merbau, Teluk Ramunia, Serikai dan Balik Pulau saja yang boleh baca al Quran hari ni, tapi juga yang dok di France, Mongolia dan Kazakhstan pun boleh.
Dulunya al-Quran mushaf awai-awai, bukan setakat tak dak baris, titik pun tak dak.
Ba, Ta, Tha sama saja.
Begitu juga Ha, Jim dan Kha.
Dal dan Zal,
Sin dan Shin
Ain dan Ghain
dan lain-lain.
Now kita tengok sikit contoh ni pulak....
Alhamdulillah terdiri dari Alif Lam Ha Mim Dal Lam Alif Lam Lam Ha
Nak baca Alhamdulillah pun boleh,
Nak baca Ilahumadililuhi pun boleh,
Nak baca Ulihmidalalilaha pun boleh
Atau nak baca Uluhumudululuhu pun boleh....
Ada 1001 jenis bunyi bacaan kita boleh buat.
Siap tarik lagu macam Johan Qari Antarabangsa pun boleh,
Sedap bukan main....
tapi macam orang gila lah.
Tok arab geleng kepala.....
Orang2 Arab....depa no hal.
Bahasa depa, dan depa belajar pakai hafazan.
Memori depa kuat.
Itu sebab dulu depa tak tulis syair pun tak apa.
Depa ingat dan sampaikan dari mulut ke mulut dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Tapi bila Islam dah berkembang ke Eropah, Turki, Asia Tengah, North Africa di zaman Bani Umayyah maka ramailah orang yang tak tau baca Quran.
Allah telah mengurniakan al-Hajjaj dengan wawasan yang mulia, iaitu untuk membolehkan umat2 Islam seluruh dunia membaca Quran walaupun tidak perlu tahu Bahasa Arab.
Dia tambah baris dan titik pada huruf dan ayat alQuran.
Mula-mula para ulamak tak setuju.
Depa kata apa yang al-Hajjaj buat adalah bid'ah.
Menambahkan sesuatu yang tak ada dalam sunnah Nabi saw.
Tapi akhirnya mereka terpaksa akur akan keperluan membuat sedemikian.
Kalau tak buat macam tu, ramai orang yang baru masuk Islam akan buta alQuran.
Subhanallah, kita patut syukur dengan jasa al-Hajjaj ni.
So, pengajaran besag di sini ialah...
Hari ni pun ramai orang2 Islam yang kita nampak banyak dok penaya orang Islam yang lain.
Terutamanya yang tak sefahaman politik.
Itu dari satu hal.
Tapi dalam hal yang lain, depa banyak juga buat jasa pada Islam.
Bina masjid2, institusi pendidikan, majukan negara, tingkatkan ekonomi dan maruah orang Islam....
These are people with great visions, they may have some flaws, but banyak sumbangkan pada negara......
....sumbingkan pun adalah juga.
Depa buat lebuhraya, bina Putrajaya, buat pilihanraya dan lain-lain......
Hai....ni kempen apa pulak ni?
Bak kata spy al-Hajjaj yang mengendap Abdullah bin Umar tu, "Dia ni dok belah mana?"
Tak ada, aku cuma nak habag, bila kita belajag sejarah, banyak pengajaran yang kita akan dapat.
Dan kita kena muhasabah diri....yang kita ni bukannya baguih sangat.
Diri kita sendiri, masih banyak yang kita kena perbaiki.
Orang dulu2, walaupun jahat bukan main, bunuh sahabat Nabi saw macam tu saja....tapi jasa dia pun bukan main jugak.
So, begitulah.
Anyway, jasa al-Hajjaj bukan itu saja, banyak lagi.
tapi cukup yang tu utk kita buat iktibar.
Lepaih ni hangpa nak pangkah yang mana, ikut suka hatilah.....
Wallahu'alam.
MARI MEMBANGUNKAN NEGARA BERSAMA TOK GURU......HE HE....
No comments:
Post a Comment