02 June 2012

Siri Bercakap Dengan Mayat - Part 2 - Dhat an Nitaqain

Ini adalah Part 2.
Kalau tak nak confius baca Part 1 dulu.

Beberapa ketika setelah berkahwin dengan Zubair, perintah berhijrah ke Madinah telah diwahyukan kepada Nabi saw.

Aku pun dah cerita sikit hal Asma' kelentong tok wan dia Abu Quhafah ketika Nabi saw dan Abu Bakar sedang bersiap2 untuk berhijrah.

Dah lupa?

Baca sini....
http://sukumasak.blogspot.com/2010/10/abu-bakar-as-siddiq-rapart-1bapa-unta.html

Apabila Nabi dan Abu Bakar keluar dari Kota Mekah menuju Madinah mereka bersembunyi di Gua Thur buat beberapa hari untuk mengelakkan buruan orang2 Musyrikin.

Sesiapa yang dah pi Mekah akan tahu kedudukan Gua Thur ni, di atas bukit yang bukan calang2 tingginya.

Aku pun tak try nak naik....nampak mencabar.
Namun begtu, Asma' setiap malam akan mendaki bukit tersebut untuk menghantar bekalan kepada Nabi saw dan ayahnya.

Untuk memudahkan dia membawa makanan tersebut dia mengoyak sebahagian selendangnya untuk mengikat kantung yang berisi makanan itu, maka terbahagilah selendang itu kepada dua bahagian.

Apabila Nabi melihat keadaan Asma sedemikian rupa maka baginda memberi gelaran kepada Asma sebagai Dzaatun Niqatain...ie. perempuan yang berselendang dua.
Ada relevan gelaran ini dengan mayat nanti.

Cakap pasal gelaran ni, sahabat2 Nabi saw sangatlah beria2 supaya Nabi saw memberikan mereka sebarang gelaran.

Apa2 sajalah, kerana apa2 gelaran yang diberi Nabi saw adalah suatu kemuliaan.

Contoh yang femes ialah Abu Hurairah....iaitu Bapa Anak Kucing.
Ini ialah kerana Abu Hurairah suka anak kucing dan selalu membawa anak kucing dalam lengan baju dia. Sampai kita semua tak tau pun apa nama sebenar Abu Hurairah.
Nama asal dia ialah Abdul Rahman ibn Sakhar al Azdi.

Seorang lagi pulak kita jarang dengar iaitu Dzul Yadain
- yang bermakna si Tangan Panjang.

Dia ni tangan panjang.....bukan kuat mencuri tapi memang physically tangan dia panjang.
Macam penjaga gol 70an dulu R Arumugam.

Nama sebenar dia Khirbaq al Sulami.

Tapi satu hari apabila Nabi saw mengajarkan mengenai cara untuk ruku' yang betul ialah dengan meratakan belakang (ie flat- parallel dengan lantai) dan tapak tangan diluruskan dan diletak di lutut, Dzul Yadain ni komplen.

Sebab tangan dia panjang...bila letak atas lutut, tangan dia bengkok.
Bila luruskan tangan, belakang dia tak flat.

So Nabi saw suruh dia letak tangan dia pada buku lali....barulah lurus.
Panjangnya tangan dia!

Jadi Nabi gelar dia Dzul Yadain, orang yang memiliki dua tangan yang panjang.
Nama tu lekat sampai dia mati sebab itu adalah kemuliaan bagi dia.

Oklah cukuplah dulu sejarah gelaran sahabat-sahabat Nabi saw ni.
Kalau dok banyak sangat kona cerita lain, tak habis siri ni nanti.

To conclude character Asma' bt Abu Bakar ni, ada satu jalan di Mekah yang dinamakan sempena gelaran yang Nabi saw kasi kat dia .
Kalau ada peluang umrah atau haji, pi lah cari signboard ni berdekatan dengan jalan ke Gua Thur.


Kita sambung Part 3 pulak.

No comments: