23 May 2012

Siri Bercakap Dengan Mayat - Part 1













Assalamualaikum,

Kecik2 dulu ramai kita yang rajin baca Siri Bercakap dengan Jin yang ditulis oleh Tamar Jalis.
Tak pasti cerita tu real ke atau separuh benar atau merapu je.

Walau apa pun, sekarang aku nak bawa cerita pasal Bercakap dengan Mayat pulak.

Cerita sahabat Rasulullah saw laa....real punya.

To start of, hangpa semua masih ingat cerita wanita kahwin 4 last year?
Dalam cerita tu aku ada intro sikit salasilah kaum keluarga dan sahabat Nabi yg bersimpang siur.

Kalau tak ingat boleh pi ke sini.....
http://sukumasak.blogspot.com/2010/10/abu-bakar-as-siddiq-rapart-3wanita.html


Dah baca?

Ok....kalau dah refresh memory,mai kita ambik satu aspek dari family tree tu dan kita develop satu cerita baru.
But before that, sebagai penyedap cerita...ada satu soalan.
Dari empat orang Khalifah ar Rashidun (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), siapa antara mereka yang beristeri lebih dari seorang?

a. Abu Bakar
b. Umar
c. Uthman
d. Ali
e. Semua yang di atas

Jawapannya (e) lah.
Oh ye ke?

Apa relevannya dengan cerita bercakap dengan mayat ni?
Tak ada apa2 sangat, ada la sikit kaitan but it's not the main plot....just to increase the knowledge and hormonal interest.

Lepas ni bolehlah kasi excuse, bukan setakat nak ikut Sunnah Nabi, nak ikut Sunnah Khulafa ar-Rasyidun juga.
Tak kan tak ok kot?

Siapa isteri2 kesemua Khalifah tu, aku akan cerita nanti kalau panjang umur, cuma kita ambil yang relevant dengan cerita ni dulu iaitu keluarga Abu Bakar as-Siddiq r.a.

Mungkin ramai yang dah tahu yang antara anak2 Abu Bakar ialah dua orang sahabat perempuan yang terkemuka iaitu Asma' binti Abu Bakar dan adiknya Ai'syah (isteri Nabi saw).

Tapi tak ramai yang tahu depa hanya saudara tiri, kerana Asma' dan Aisyah emak lain2.
Orang2 tua cakap sepusat sepusing, ayah satu emak asing2.

Dan depa berdua ada adik2 lelaki kandung. Asma' adiknya Abdullah; husband pertama kepada Atiqah, wanita yang kawin 4 tu.

Manakala Ai'syah adiknya bernama Abdul Rahman.

Atiqah pulak....are you all following me so far?.....salah seorang hubby dia adalah Zubair bin Al-Awwam r.a.

Dan Zubair tu pulak adalah jugak....errrrr......husband kepada Asma'.

Now.....dah serabut....
Atiqah adalah isteri Abdullah, adik Asma',
Asma' dan Zubair adalah husband and wife,
Zubair dan Atiqah adalah suami isteri.

Pi mai, pi mai depa pusing kot tu jugak.

Let's look a little bit more on the inter-marriages of kaum Quraisy.

Asma' dan Ai'shah adalah anak Abu Bakar r.a., kita dah tau yang tu.

Nabi saw mengahwini Ai'shah.
Zubair al Awwam mengahwini Asma.

Apa pula relation Nabi dgn Zubair?

Emak Zubair adalah Saffiyah binti Abdul Mutalib.
So hang tanya.....Bukankan Abdul Mutalib tu tok wan Nabi saw?

Betul tu.

Jadi Saffiyah (emak Zubair) adalah ibu saudara Nabi saw.
So, Nabi dan Zubair adalah sepupu.

Nak jadi haru lagi, bapak Zubair pulak adalah abang kepada Khadijah, isteri pertama Nabi saw.

Macamana nak connect yang tu?

Pusing...pusing.....


Anyway, kita berenti bab salasilah keluarga kaum Quraish ni.
Kalau nak cerita, sampai minggu depan tak habis.
Dan boleh bengong kalau pikiag banyak2.....

Kalau cam tu, kita simplify sajalah.
The point of the story, Zubair al Awwam adalah husband Asma' binti Abu Bakar.
Fakta2 yang lain tak penting.

Dan hasil perkawinan depa akan melahirkan cerita bercakap dengan mayat ni.
Tu saja.

Ok...time to take a break before we move into the main story.

Wassalam........
bersambung ke Part 2.

No comments: