Suatu hari yang sangat panas, tidak ada sekelibat manusia pun kelihatan di luar rumah2 Madinah. Semuanya berlindung dari bahang panas yang membara. Namun dari renggang2 tingkap rumahnya, Uthman ibn Affan ra terlihat di kejauhan seakan-akan seorang lelaki sedang mengiringi dua ekor binatang. "Sapa tu? Apa yang dia dok buat hangat-hangat macam ni?" Uthman tertanya-tanya. Uthman ra memanggil khadamnya untuk mempastikan siapakah orang itu. Khadamnya pun melihat dari celah tingkap itu sehingga lelaki itu mendekati rumah mereka. Ternyata dia ialah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. sedang menarik dua ekor anak unta. "Wahai Umar! Awat hang dok berjemur tengah-tengah rembang tu? Mai lah masuk rumah aku dulu!" kata Uthman. "Nih!..Anak2 unta ini adalah unta2 sedekah terlepas dari Baitul Mal. Aku pi cari tadi. Aku nak bawak balik pi kurung sat." jawab Umar. " Biaglah dulu di sini. Nanti hang bawak balik la." kata Uthman. " Tak apalah, biarlah aku pulangkan dulu. Aku takut nanti Allah akan menanyakan Umar mengenai dua ekor anak unta yang hilang semasa pemerintahannya." ...gitulah, pengajaran dari cerita ni straight forward saja, tak payah aku ceritalah. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
10 October 2011
Umar al Khattab - Kerana Anak Unta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment