15 October 2011

Umar al Khattab - First Lady kena marah



Suatu hari di kediaman pemimpin sebuah negara orang Islam.
Nama pemimpin tu Umar al Khattab r.a.
Maknanya kat Madinah lah cerita ni.

Hari tu dia telah menjatuhkan hukuman ke atas salah seorang gabenornya yang telah melakukan kesalahan ketika bertugas.

Sedang Umar berehat2 di rumah, isterinya yg bernama Atiqah binti Zaid bin Amir r.anha saja2lah bertanya,
"Eh bang.....kenapa abang marah sangat dengan gabenor abang tu, sampai dia dihukum?."

Apakah yang Umar cakap agaknya setelah mendengar soalan isterinya tu?

Adakah dia kata, " Tak payah lah you concern sangat, perkara kecik je tu,"?
Atau, "Dia dah buat salah, dia terimalah akibatnya,"?
Macam tu ke?

Tak.....Umar tak cakap semua tu.

Sebenarnya bila Umar dengar soalan isterinya itu, muka Amirul Mukminin naik merah padam, lalu dia berkata dengan keras,
" Hei, Musuh Allah! Apa kena mengena kamu dengan urusan ini?!".

Ish..ish....ish, adakah patut Umar cakap kat First Lady macam tu? Kalau ye pun, protokol le sikit.

Dikatanya isteri dia tu musuh Allah!!

Sebenarnya gitulah prinsip Umar. Kerana bagi Umar, apa yang Atiqah buat tu perkara fundamental.

Umar bukannya saja nak marah2 isteri dia tu.
Kalau hal2 rumahtangga dia memang tak de masalah nak bincang.
Kalau nak sembang shopping ke fesyen ke, pun boleh la.

Atiqah pun pernah argue dengan Umar utk membenarkan wanita solat di Masjid Nabawi, sedangkan pada ketika itu wanita tidak digalakkan utk bersolat di masjid. Dan Umar terpaksa mengalah dengan hujah Atiqah.

Tapi kali ni, dia memandang soalan Atiqah tu sudah nampak macam mencampuri hal2 pentadbiran kerajaan, itu yang dia marah sangat.

Wallahu'alam.

No comments: