The term friendly fire ni bukan je baru wujud sejak perang Teluk saja, dah ada pun dalam Sirah Rasul.
Ia berlaku semasa Perang Uhud.
Kita dah maklum yang inilah perang pertama yang tentera Islam kalah semasa zaman Rasulullah saw, (ada satu lagi di Hunain), kerana pasukan pemanah meninggalkan posisi mereka dan Khalid al Walid took advantage.
Jadi dalam kekalutan perang tu, barisan tentera Islam dah kucar-kacir, keadaaan Rasul saw pun tidak pasti, selamat ke tidak, ramai sahabat gugur syahid dan ada yang lari meninggalkan medan perang.
It was mayhem!
Di antara yang sedang bermatian2 berjuang di sana ialah Huzaifah al Yaman (pemegang rahsia Rasulullah saw) dan bapanya al-Yaman.
Seperti yang digambarkan, tentera Islam dah tak jaga posisi masing2, dah berterabur.
Tak pasti yang samada yang datang tu kawan ke lawan. Samada musuh yg mara atau kawan2 yang berundur.
Sudah ditakdirkan, satu kumpulan tentera Islam bertembung dengan kumpulan Huzaifah dan bapanya.....
dan depa terkam bapa Huzaifah kerana ingatkan dia dari kumpulan musyrikin Mekah.
Mereka menyerang dan menikam bapanya bertubi2 walaupun Huzaifah menjerit2,
"Wahai orang2 beriman! Itu bapa aku...Itu bapa aku!!"
Tapi depa tak berenti sampai orang tua tu rebah tidak bernyawa lagi.
Syahidlah bapanya di tangan sahabat2 sendiri.
Sedihnya Huzaifah tidak terkira, tetapi apa katanya?
"Moga2 Allah ampunkan kamu semua."
Mengikut hukum Islam, hukum membunuh secara tidak sengaja adalah dengan membayar wang pampasan kepada keluarga si mati, tetapi Huzaifah tidak mengambil wang tersebut malah menyedekahkan kesemuanya.
Aishah r.anha berkata. Sejak hari itu, rezeki Huzaifah melimpah ruah dan ia menjadi orang yang kaya sepanjang hidup.
Ada pengajarannya tu.
Dipetik dari Ar-Raheeq al Makhtum
No comments:
Post a Comment