14 November 2010

Muhammad Ibn Sirin - Minyak NPL

Muhammad ibn Sirin lahir pada tahun 33 hijrah semasa pemerintahan khalifah ke 3 Sayyidina Uthman al Affan ra. Dia terkenal sebagai ulama' tersohor di dalam mentafsir mimpi. Bapanya Abu Bakar as-Sirin ialah khadam kepada Anas b Malik ra (Anas ni pulak ialah khadam Nabi saw semasa Baginda masih hidup).

Ibunya Saffiyah ialah jarriyah (orang gaji) Abu Bakar as Siddiq ra. Diceritakan bila ayah dia nak menikah dengan mak dia, Abu Bakar as Siddiq menjadi wali kepada Saffiyah.

Cerita pernikahan ni pun lebih kurang macam proses2 kita menikah di sini lah. Sirin sendiri yang pi mengadap Abu Bakar as-Siddiq yg pada masa tu menjadi Khalifah untuk meminang Saffiyah.

Safiyyah ni seorang anak gadis yang bukan saja cantik, cerah kulitnya (tak cannon sapa2 ni), tetapi pintar bertutur kata, berhemah tinggi dan disenangi oleh penduduk2 Madinah. Dia ni sangat disayangi oleh isteri2 Nabi saw terutamanya Aishah rha. (Selepas Nabi saw wafat , isteri2 baginda tinggal berjiran di Madinah). Umur dia pun lebih kurang umur Aisyah.

12 November 2010

Umur A'ishah_Kontroversi?


-----------------------------------------------------------
Kalau hari ni ada beberapa orang tua pi rumah sahabat lama A yang satu batch dengan depa masa sekolah dulu.

Tengah2 dok sembang2 tu tiba2 keluar bini sahabat A dok dukung anak depa yang no 5, baby girl baru berumur 4 bulan.

Salah seorang tetamu, katalah Sahabat B,  dia ambiklah budak kecik tu, dukung sat,  usap2 baby tu; "Isyhh...comelnya anak hang ni..." kata si B, " bagi jadi bini aku boleh?"

Adaka pi tanya macam tu? Sebenarnya, Si B tu main2 saja.

Tapi yang sahabat A, ayah baby tu, memang akrab dengan B, maklumlah dok sama2 liao masa kat sekolah dulu, dia pun jawab, "Oklah...cun tu, aku setuju hang jadi menantu aku. Kita pun dah macam adik beradik pun."

Sah tak pernikahan tu? Sah! Dah jadi suami isteri pun orang tua dengan baby tu.
Itulah hukum dalam agama kita.

So, sebagai pembuka kata, tidak ada salahnya dalam ugama kita orang tua kawin budak2, walau besag mana pun. Cuma undang2 syari'ah Malaysia tidak membenarkan, kerana ada beberapa faktor tempatan dan semasa yang dipertimbangkan.

Jadi, nikahnya sah, tapi salah di sisi undang2 Msia. Macam juga nikah kat Golok... 

Habis mukaddimah tu, jom kita masuk topik utama.


Beberapa hari dulu kawan2 dok tanya pasal satu artikel kat Utusan Malaysia yang ditulis oleh seorang yang menggelar dirinya  Siti Ainiza Kamsari.


Cuba tengok link ke Utusan tu di sini.


Antara yang Cik Siti kata ialah; 

"Oleh kerana semua hadis berkaitan dengan pernikahan Aishah dikatakan berasal dari Iraq dan tidak diketahui langsung oleh ulama Madinah, maka hadis-hadis itu tidak boleh dipercayai walaupun hadis tersebut memenuhi syarat-syarat di dalam Sahhih Sittah."

Maksudnya Hadis dari Bukhari, Muslim tak boleh dipercayai.
Wooooii......beraninya.
Kita, orang2 Islam beraqidah ahli Sunnah Wal Jamaah ni, walaupun longgag macamamanapun, tak akan berani kata macam tu, pasal dah kira terkeluar ugama.

Samalah degreenya macam kata alQuran ada ayat2 yang tak boleh pakai.


Aku tak maulah menghukum aqidah Cik Siti, tapi dari apa yang dok mengaji dan kaji selama ni, aku punya pendapat sendiri ialah, peganglah dengan pegangan alim ulamak yang majoriti, jangan dok pi ambik yang dok dipinggiran2.....yang suka kontroversi tu.


Sebenarnya, dalam hal ni, kalau kita pikiag elok2, tidak ada apa2 kontroversi sebenarnya. No issuelah gitu.

04 November 2010

Ubat Untuk Yop


Satu masa tidak lama dulu.
Waktunya tengahari, ketika mentari rembang.
Seorang pemuda sedang berjalan2 di kota, menyusuri kaki lima dan window shopping sikit2.
Matanya menikmati barang2 yang dijual di kedai2.

Semuanya normal, sehinggalah dia sampai ke kedai One Drop Perfume.
Apabila dia lalu saja di depan pintu kedai tersebut, semerbaklah bau wangi-wangian yang menusuk hidungnya.
Kejadian seterusnya adalah di luar dugaan.

Mamat ni (kita kasi nama dia Yop lah) sebaik saja terkena bau minyak wangi, terus jadi terhoyong hayang macam tengah mabuk, lalu rebah tersungkur depan kedai perfume tu!

Pengsan dia la la tu jugak di kaki lima tu.

Riuh rendahlah orang2 yg tengah dok shopping tu.
Termasuklah toke kedai pun sama terkejut.
Depa semua pun pakat mai mengerumuni Yop yang dah terbujur kaku ni.
"Awat ni? Awat ni?"