26 December 2015

Nusaibah binti Ka'ab r.anha_Part 3 - Legasi Kunci Gereja


Ini sedikit kisah mengenai legasi nama Nusaibah yang kekal sehingga ke hari ini.

Kisah bermula dengan hari Umar al Khattab r.a. menjejakkan kakinya ke Kota Baitul Maqdis.

Hasil misi ketenteraan yang diketuai oleh Abu Ubaidah al Jarrah r.a. , pada tahun 638 Hijrah, beberapa tahun setelah kewafatan Nabi SAW, Baitul Maqdis ditawan.

Bila Umar al Khattab r.a. yang semasa itu adalah Khalifah mendengar berita tu, dia pun bertolak dari Madinah menuju Baitul Maqdis.

Dicatatkan bahawa dia menaiki seekor unta dengan ditemani seorang khadam.
Oleh kerana unta seekor saja, depa bergilir-gilir menunggang dan berjalan.

Bukan depa tak boleh bawak entourage besar, memang mampu sangatlah sebab by that time, empayar Islam dah luas, harta kerajaan melimpah ruah....
tapi macam tu lah Umar al Khattab, dia ni sangat menjaga harta kerajaan,

Kalau urusan rasmi macam ni pun dia amat berhemah, apatah lagi urusan peribadi.
Tak boleh nak bandinglah dengan pemimpin2 di Republik Botswana sana...
...dah tak kenai harta sendiri dengan harta rakyat....
Teruk sungguh Botswana.......

Anyway....

Madinah ke Baitul Maqdis bukannya dekat.
Bukan macam Kulim nak pi Bukit Mertajam.
Jauh...dekat-dekat 2000km!
Jauh lagi dari JB nak pi Bangkok...

Letih tok sah nak habag la...memang letih.

Bila yang berjalan sudah keletihan, yang menunggang akan turun untuk membolehkan yang berjalan tadi berehat atas unta pula.
Macam tu lah keadaannya, sepanjang perjalanan.

Dan bila dah jalan jauh dan berhari-hari tu, depa dah tak lah sesegak seperti masa keluar dari Madinah dulu.
Baju jubah pun comot-comot, berdebu-debu, compang-camping.

So, bila depa bertemu dengan pasukan tentera Islam yang berkhemah tidak jauh dari Baitul Maqdis......
dah tak boleh kenai mana satu Khalifah, mana satu khadam.
Dah serabut-serabai lah kata orang tua2....

 Abu Ubaidah r.a. , merasa kesian tengok keadaan Umar, tak padan dengan status dia sebagai pemimpin negara Islam yang semakin besar ni.

Lalu dia kata, "Ya Amirul Mukminin. Kalau kau arahkan kami untuk memapah atau mendukungmu sehingga ke Baitul Maqdis, nescaya kami akan lakukannya tanpa ragu-ragu."

Bila dengar macam tu, Umar terus marah Abu Ubaidah, "Kalaulah bukan hang yang buat tawaran ni wahai Abu Ubaidah, nescaya aku dah kenakan hang hukuman yang keras."

Tu dia!
Bukannya dapat pujian sebab pandai jaga hati bos, kena marah pulak!

Abu Ubaidah r.a. adalah seorang dari 10 sahabat yang Nabi SAW jamin masuk syurga, jadi Umar amat menghormati dia, tak lah dia sebat Abu Ubaidah dengan rotan sebab suggest kat bos macam tu.

Umar kata, "Kamu kena ingat, kita asalnya adalah manusia yang hina, dan Allah telah muliakan kita dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya Allah akan hinakan kita."

Ya lah...sebelum kedatangan Islam, puak Arab ni memang dipandang low-class oleh orang2 Rom dan Parsi.
Uncultured, uncivilized tribes.

So, Abu Ubaidah akur.
And he never mentioned another word about it anymore.

Kemudiannya, tentera Islam pun bergerak ke Baitul Maqdis.
Penduduk Baitul Maqdis yang pada masa itu adalah orang2 Kristian menunggu ketibaan depa.
Pemimpin Kristian ialah Ketua Gereja, Bishop Sophronicus.
Dan gereja depa yang terpenting ialah Church of Holy Sepulchre yang dimuliakan oleh orang2 Kristian kerana bagi depa di situlah terdapatnya maqam Nabi Isa a.s.

Sesuai sebagai menyambut kedatangan pemimpin besar, di tangan Sophronicus tersedia sepasang persalinan di raja yang nak dijadikan hadiah.

Tibalah masanya, rombongan tentera Islam sampai ke pintu kota Baitul Maqdis.
Kebetulan masa tu Umar yang berjalan dan khadamnya yang menunggang.

Apabila depa menghampiri Sophronicus, unta tu berhenti.
Lalu tali unta dipegang oleh pegawai2 Sophronicus, menunggu penunggang unta turun.
Depa dok ingat yang atas unta tulah Umar al Khattab r.a., pemimpin tentera yang hebat ni!

Tapi khadam Umar kata...."Minta maap yer....saya assistant saja.... bos saya kat bawah sana tuhh!"
Gitulah lebih kurang.

Tokojut orang2 Kristian....ingatkan yang atas unta tu lah Umar, walaupun pakaian dia tak berapa power...
Rupa2nya yang dok berjalan kaki!!
Lagi dhaifff!!

Barulah depa sedar kehebatan Umar, kewarakan dan kezuhudan dia.
Walaupun memimpin tentera yang hebat dan digeruni, tapi dia tetap tawaddhu'.
Sangat low-profile.

Dah habis terkejut, Bishop Sophronicus pun bawalah persalinan kepada Umar, "Tuan, inilah hadiah dari kami sepasang persalinan."

Pada mulanya Umar menolak dengan keras pemberian tu, sebab seperti alasan yang dia kasi kat Abu Ubaidah dululah...kemuliaan dunia bukan yang dicari...
tapi akhirnya dia ambil juga untuk tidak offend hosts, sebab dia dengar cerita penduduk Baitul Maqdis rasa leceh nak serahkan kota depa kepada orang yang pakaian dia pun tak berapa sempurna.

Pun begitu, walaupun dia ambil pakaian tu, Umar syaratkan setelah pakaian dia dicuci, dia akan pulangkan balik hadiah depa....
macam tu sekali dia nak menjauhkan diri dari perangkap kemewahan.

So, kisah seterusnya yang kita sedia maklum...
Umar tak nak solat dalam gereja walaupun dipelawa oleh Sophronicus.
Kata dia, "Aku bimbang nanti bila aku dah mati, orang2 yang kemudian akan rampas tempat ibadat kamu dan jadikan masjid atas alasan Umar al Khattab r.a. pernah solat di dalamnya."

Tu dia, punyalah perihatin dan berpandangan jauh Khalifah yang mulia tu.

Anyway....aku tak naklah panjang2kan cerita tu...hangpa boleh baca lebih2 lagi dalam buku2 sejarah.
Sebab by now...hangpa pun dah tertanya-tanya...
apa sangkutnya semua ni dengan Nusaibah bt Ka'ab r.anha....heroin kita ni?

Ni lah ang aku nak habag ni....
bila semua dah settled, menurut sejarahnya, kunci kota dan Gereja Holy Sepulchre telah diserahkan kepada Umar dan dia pula amanahkan kunci tu kepada salah seorang ahli keluarga Nusaibah yang turut serta dalam tentera Islam pimpinan Abu Ubaidah al Jarrah tu.

Jadi tanggungjawab pemegang kunci tulah untuk menjaga keamanan dan keselamatan penduduk kota tersebut.

So dari sejak hari tulah, kunci gereja Holy Sepulchre dipusakai turun temurun kepada keluarga Bani Nusaibah walaupun pentadbiran Baitul Maqdis beberapa kali bertukar tangan.

Hari ini Bani Nusaibah ialah keluarga Arab paling tua di Baitul Maqdis.
Setiap pagi salah seorang ahli keluarga mereka akan membuka pintu gereja Holy Sepulchre dan pada malam, dia akan mai untuk menguncinya semula, suatu ritual harian dari sejak zaman Umar al Khattab r.a.

Hangpa boleh tengok videonya di sini....
Holy Sepulchre's doors are unlocked in traditional ritual
https://www.youtube.com/watch?v=YxrSr_lFVGQ

Details connection antara keluarga Bani Nusaibah di Baitul Maqdis dan Nusaibah binti Kaab r.anha agak sketchy...tapi itulah yang selalu disebut2.

Apa yang menariknya di sini ialah, the custodian of Christian's Holiest Church,( apart from Vatican) , adalah orang-orang Islam.
...dan di tempat yang konflik antara Islam, Kristian dan Yahudi tidak pernah reda sejak beribu-ribu tahun.
Begitulah irony nya.

Sekian dulu. Harap dapat sikit ilmu.
Kalau ada salah silap, atau percanggahan fakta tang mana-mana, habag mai sini.
Boleh diperbetulkan.

Wallahu'alam.


No comments: