12 October 2015

Abdul Rahman bin Auf r.a. _ Part 1_Tolak Offer Bagus



Assalamu'alaikum,

Hari ni mai kita cerita pulak tentang sorang lagi sahabat Nabi SAW yang masyhur.
Tergolong antara yang disebut dalam senarai 10 sahabat yang dijamin syurga.

Nama dia Abdul Rahman bin Auf r.a.
Besa dengag kan?
Selalunya kalau sebut pasai bisnesman terkaya di kalangan para sahabat, nama dialah yang ustaz2 selalu sebut.
Tak dak orang lain dah.

Sehinggakan ada buku bertajuk Rahsia Jutawan Abdul Rahman bin Auf.

Jom kita dengar sikit corat-coret kehidupan dia, sampaikan Nabi SAW kata dia antara yang dijamin syurga.
Tak kan pasai dia kaya saja kot? Mesti ada sebab2 lain.

Nama dia sebelum Islam ialah Abdul Kaabah (hamba Kaabah).
Macam biasa, Nabi SAW akan tukag nama sahabat2 yang makna tak elok ni setelah depa masuk Islam.
Dia diberi nama Abdul Rahman.

Dari situ ulamak kata, tukar nama hanya disyaratkan kalau nama tu membawa makna yang tak elok saja atau melanggar syariat.
Jesus ka, Buddha ka, Ganesh ka dan sebagainya.
Kalau nama Firaun atau Adolph Hitler atau The Undertaker pun tukarlah jugak..


Kalau nama dia David Beckham, atau Jennifer Lopez ka, kalau dia tak rasa tak mau tukar, biag pi lah kat dia.
Ni paksa juga tukar jadi Daud la, Jamilah la...sebab nak bagi sama dengan nama orang Melayu.

Nabi SAW tak buat pun macam tu.
Umar al Khattab, tu lah nama dia sebelum dan selepas Islam.
Mus'ab bin Umair, macam tu jugak.

 Anyway...

Kita pi ke sebuah cerita masyhur, iaitu bila Nabi dan para sahabat berhijrah ke Madinah.
Bila sampai sana, Nabi SAW telah memasangkan sahabat Muhajirin yang mai dari Mekah dengan seorang sahabat Ansar penduduk Madinah.
Tujuan utama nak bina semangat persaudaraan antara sesama saudara Muslim.
Sort of mentor and mentee.

Itulah yang patutnya...
Kita ni bila pi mana2 tempat asing, kerja kita tak dak lain, nak stick dengan our own group saja.
Geng Kedah dengan Kedah, Geng Kelantan dengan Kelantan, Johor dengan Johor.

So, Abdul Rahman ni disaudarakan dengan Said bi Rabi' r.a.

Sai'd ni orang kaya Madinah. Sedangkan Abdul Rahman, macam kebanyakan sahabat2 lain yang berhijrah, depa mai ala kadar saja.
Sesetengahnya mai sehelai sepinggang saja, macam Mus'ab bin Umair tu...(nanti kita cerita pasai dia).

Jadi kata Sa'id pada Abdul Rahman, "Man, hang tau aku ni antara orang paling kaya di Madinah. Banyak harta aku.
Aku ada dua ladang. Hang ambil lah satu."
Ishhh....kalau kata bagi suku pun dah kira banyak dah..ni sampai separuh.

Kita boleh ka buat macam tu?

"Man...cer hang tengok tu, aku ada dua bijik BeeEm. Hang ambik lah satu. FoC."
Boleh?!

Lepaih tu pikiag2 balik, nampak pulak Waja lama yang lama terperap tepi rumah tu.

"Hmmm nanti sat....tak payah lah hang amik BeeEm tu.
Mahai nanti hang nak menten. Tayar saja sebijik dah 700.
Sekali servis kurang-kurang 2 ribu hanguih.
Aku bagi hang Waja tu sajalah. Elok lagi. Mileage pun tak banyak. Nak menten pun tak teruk sangat."

Chewaahhh.... pandai atog ayat. Padahai sayang nak bagi BeeEm tu.

Tak abis lagi offer Said ni, tu baru bahagian pertama.
Kemudian kata Sa'id, " Aku ada dua isteri. Hang pilihlah mana yang hang berkenan. Aku akan ceraikan. Lepaih iddah nanti, hang kawinlah."

Tu dia. Macam tu sekali. Punyala sayang sahabat yang baru mai ni.
Kenai pun tak berapa kamceng lagi.

Bab ni nak tanya hangpa boleh ka tak boleh buat, tak berapa sesuai.
Sebab kita semua (well...almost all), ada sorang saja.

Tapi, katalah kita ni pakat ada dua belaka. Boleh ka kita cakap macam tu?
Boleh ka kata, "Nik (bukan nama sebenar), hang pilihlah mana satu bini aku yang hang berkenan. Nanti aku ceraikan, hang ambil lah dia jadi isteri."?

Bini yang sorang tu, kita kawin masa sama2 keluar universiti dulu.
Yang sorang lagi tu, baru keluar universiti..... he he.

Berpeluh dahi, ketag bibiag masa nak sebut.
Last2 tak jadi offer.
Sebab kita dah tahu dia nak pilih yang mana satu.
Hanguih!

Ok.
Tu dalam posisi Sa'id, cuba kita letak kita dalam posisi Abdul Rahman pulak.
Kalau ditawarkan macam tu, apa kita nak jawab?
Tak payah jawablah. Macam dah boleh agak jawapannya.

Tapi apa jawab Abdul Rahman bin Auf r.a.?
"Thank you my friend. But, no thank you. Hang tak payah susah2.
Cuma aku minta satu saja. Hang tolong tunjuk aku mana pasar terdekat. Aku nak try berniaga dulu."

Macam tu lah sahabat Nabi SAW. Dapat cara senang dia tak mau. Dia nak usaha sendiri.

Maka Sa'id pun tunjuk kat dia Pasar Bani Qainuqa'. Salah satu dari 3 kaum Yahudi di Madinah.
"Hang boleh cuba di sana." kata Sa'id.

Macam kita baru mai KL ni lah, bila kita tanya kawan kat mana nak buka bisnes juai komputer, dia pi tunjuk Low Yatt.
LOW YATT?!!
Macamana kita nak penetrate?

Tapi anyway, la ni aku tengok ramai dah saudara2 Bangla kita buka kedai di Low Yatt.
Terra depa. Yang Melayu, tak perasan pulak. Ada kot.

Yahudi2 ni begitulah....jeling saja mamat Arab yang baru mai dari Mekah ni.
Boleh ka meniaga ni? Boleh survive ka?

Ditakdirkan Allah, Abdul Rahman memang pandai meniaga.
Allah buka pintu rezeki kat dia.
Sat saja dia meniaga, dia dah buat duit.
Dan bila dah ada kemampuan sendiri, dia pun meminang seorang wanita Madinah dan berkahwin.

Suatu hari, dia mai jumpa Nabi SAW.

Nabi SAW tegur dia, "Haiii....lain macam nampak. "

Jawab Abdul Rahman, "Apa yang lainnya Ya Rasulullah?"

Apa yang lainnya tu? Kita pun nak tau jugak....

Kena baca Part 2 lah kalau lagu tu.....

No comments: