Ini sedikit kisah mengenai legasi nama Nusaibah yang kekal sehingga ke hari ini.
Kisah bermula dengan hari Umar al Khattab r.a. menjejakkan kakinya ke Kota Baitul Maqdis.
Hasil misi ketenteraan yang diketuai oleh Abu Ubaidah al Jarrah r.a. , pada tahun 638 Hijrah, beberapa tahun setelah kewafatan Nabi SAW, Baitul Maqdis ditawan.
Bila Umar al Khattab r.a. yang semasa itu adalah Khalifah mendengar berita tu, dia pun bertolak dari Madinah menuju Baitul Maqdis.
Dicatatkan bahawa dia menaiki seekor unta dengan ditemani seorang khadam.
Oleh kerana unta seekor saja, depa bergilir-gilir menunggang dan berjalan.
Bukan depa tak boleh bawak entourage besar, memang mampu sangatlah sebab by that time, empayar Islam dah luas, harta kerajaan melimpah ruah....
tapi macam tu lah Umar al Khattab, dia ni sangat menjaga harta kerajaan,
Kalau urusan rasmi macam ni pun dia amat berhemah, apatah lagi urusan peribadi.
Tak boleh nak bandinglah dengan pemimpin2 di Republik Botswana sana...
...dah tak kenai harta sendiri dengan harta rakyat....
Teruk sungguh Botswana.......
Anyway....
Madinah ke Baitul Maqdis bukannya dekat.
Bukan macam Kulim nak pi Bukit Mertajam.
Jauh...dekat-dekat 2000km!
Jauh lagi dari JB nak pi Bangkok...
Letih tok sah nak habag la...memang letih.
Bila yang berjalan sudah keletihan, yang menunggang akan turun untuk membolehkan yang berjalan tadi berehat atas unta pula.
Macam tu lah keadaannya, sepanjang perjalanan.
Dan bila dah jalan jauh dan berhari-hari tu, depa dah tak lah sesegak seperti masa keluar dari Madinah dulu.
Baju jubah pun comot-comot, berdebu-debu, compang-camping.
So, bila depa bertemu dengan pasukan tentera Islam yang berkhemah tidak jauh dari Baitul Maqdis......
dah tak boleh kenai mana satu Khalifah, mana satu khadam.
Dah serabut-serabai lah kata orang tua2....
|