20 August 2014

Khalid al Walid r.a. - Part 2 - Lompat Parti Dapat Jawatan



Pada bulan Zulqaidah 6 Hijrah termeterai perjanjian Hudaibiyyah antara umat Islam Madinah dan musyrikin Mekah.

Setahun lebih sikit, Khalid al Walid r.a. memeluk Islam pada bulan Safar 8 Hijrah.
Seterusnya, hanya 3 bulan kemudian, pada Jamadil Awal 8 Hijrah, umat Islam telah terpanggil untuk menghadapi puak Kristian Ghassan.
Dikhabarkan utusan Nabi saw telah dibunuh oleh puak2 Ghassan.

Maka Nabi saw pun mengumpulkan sekitar 3,000 orang tentera Islam untuk berangkat ke kawasan puak Ghassan ni, to correct the injustice.
Khalid al Walid pun join the campaign.

Puak Ghassan ni duduk di satu tempat berdekatan Mu'tah, Jordan.
Mu'tah....bukan mut'ah! Jangan silap pulak.
Mut'ah tu kawin kontrak ala Shi'ah.....

Mu'tah dan Madinah ada kot 800-900km.
Dalam peta Part 1 dulu, Mu'tah dengan Amman, capital Jordan, lebih kurang 90km.
Jauh jugak tu...

So, tentera seramai 3,000 orang ini pun bergerak menuju ke Mu'tah.
Nabi saw tidak ikut serta.
Baginda pun mengatur ranking kepimpinan sebelum depa bergerak.

07 August 2014

Khalid al Walid Part 1_Panah Di Serban


Assalamualaikum,

Kali ini kita akan mendengar beberapa kisah hidup seorang lagi sahabat yang terkenal, Khalid al Walid r.a.
Sudah tentunya berkisar peristiwa-peristiwa perang kerana itulah yang kita tahu pasai Khalid ni.

Khalid indeed was the greatest general in Islam, in fact one of the greatest military generals in the history of the world.
Dicatatkan dalam sejarah perang2 dunia, kecil atau besar, hanya dua orang pemimpin tentera saja tak pernah kalah sepanjang karier ketenteraan depa.

Genghiz Khan dan Khalid al Walid.

Ini membuatkan Khalid lebih hebat dari Napoleon Bonaparte, Julius Caesar, Lord Nelson, Hanibal dll.
Sebab depa semua tu pun pernah kalah.

Norman Schwarzkopf or Colin Powell, yang menang Gulf Walf tak payah ceritalah.
Ciput sangatlah kalau nak banding dengan Khalid al Walid.
Orang tua2 cakap tak masuk buku.
Khalid direkodkan mengetuai lebih dari 100 peperangan, dan dia tak pernah kalah walau sekalipun.