08 November 2013

Umar bin Abdul Aziz r.a._Episod Sikat Rambut


Dah habis trela, mai kita masuk cerita Umar bin Abdul Aziz r.a. secara proper.

Ada two sides of Umar, sebelum dan selepas dia jadi Khalifah.
Aku akan ceritakan yang sebelum dulu, nanti senang compare perubahannya dengan sifatnya selepas menjadi Khalifah.

Dia dilahirkan pada tahun 682M bersamaan 63 Hijrah.
Seperti yang diceritakan tadi, dia anak keluarga Bani Umayyah.
Keluarga bangsawan.
Pakcik2, sepupu2 dia khalifah belaka.

- Dulu2 kita kata anak lord lah.

Namun begitu ayahnya Abdul Aziz bin Marwan walaupun Gabenor, dia juga adalah seorang alim.
Punyalah alim, dia juga seorang perawi hadis2 sahih.

Adakah pemimpin2 kita la ni, yang boleh quote hadis, quote ayat Quran perau-perau?

Umar dan Umar_ Legasi Susu Cayag


Pada suatu malam, sebagaimana biasa Umar al Khattab ra, keluar berjalan2 di sekitar Madinah.
Mengambil tahu hal2 rakyat secara senyap2.

Dengan berjalan2 secara rahsia tu lah dia akan dapat judge welfare rakyat secara sebenarnya.
Kalau cerita awai2, mungkin ada yang buat persediaan awal, khemah, makan minum dsbnya.
Not reflecting the actual situations.

Setelah penat berjalan, Umar dan PA nya, Aslam berehat di sebuah lorong di Kota Madinah itu.
Umar bersandar di dinding sebuah rumah.

Dia terdengar perbualan sepasang ibu dan anak perempuannya.

Kata anak, "Mak...susu kita dapat hari ni sikit sajalah. Rasa tak cukup nak bahagi macam biasa."