10 January 2013

Imam Shafi'e Pun Pakai Cable

Awal2 tahun ramailah parents yang mengharapkan anak depa dapat masuk asrama atau sekolah2 elite.

Dan kalau tak dapat, ramailah pulak yang cari2 saluran cable mana yang patut.

Sampai nak masuk Ma'ahad Tahfiz pun ada yang pakai cable.

Macam2 lah jenis cable ni.

Wakil Rakyat ka.
Member sekolah yang dah jadi CEO ke.
Adik beradik yang ada jawatan dalam jabatan2 yang offer biasiswa ka.
Ataupun kawan sekampung yang kawan dengan drebar businessman yang kawan dengan adik ipar tukang kebun Chief Clerk kat Kementerian Pelajaran ka dan lain-lain.

Pusing lah kot mana pun, asal cable tu tersangkut kat mana2 VIP, depa akan try jugak.

Tapi boleh ke nak cari ilmu pun pakai cable?
Halal ke?

--------------------------------------------------------------------

Mai kita dengar satu peristiwa dalam kehidupan Imam mazhab kita Imam Shafi'e rahimahullahu Ta'ala.

Imam Shafie dilahirkan di Gaza (sekarang ni dibantai oleh tentera Zionist).
Ayahnya meninggal semasa dia dalam kandungan ibunya.

Ketika berumur 2 tahun mereka berpindah ke Mekah kerana situlah tanah asal nenek moyang Imam Shafi'e. Imam Shafi'e adalah dari Bani Hashim, jadi dia ada hubungan kekeluargaan dengan Nabi s.a.w.

Ibu dia seorang yang sangat mementingkan pendidikan dan memastikan Imam Shafi'e belajar dari para Imam di Mekah.

Ketika dia berumur 7 tahun Imam Shafie sudah hafaz al Quran.

05 January 2013

Walau Di Sebuah Pulau

Suatu hari sedang Nabi Sulaiman as berada di istananya dan dikelilingi oleh rakyatnya, datanglah seorang lelaki yang tidak siapa pun kenal.

Tapi, lelaki itu berbual-bual dengan Nabi Sulaiman a.s. seakan-akan mereka adalah kenalan baik.

Sedang mereka bersembang2 tu, tiba-tiba lelaki itu terpandang salah seorang rakyat Nabi Sulaiman yang kebetulan berada di istana hari tu.

Lalu pelawat tu tenung rakyat marhaen ni.
Stare saja. Lama juga.
Tenungan dia mendalam gitu, sehinggalah orang itu terasa gerun.
Mengalirkan airmatanya menggigil ketakutan.

Apabila lelaki itu beredar dari istana, rakyat marhaen itu pelan2 bangun menemui Nabi Sulaiman a.s.

Dia ajukan soalan, '"Ya Nabi Allah, siapakah lelaki yang berbual2 dengan Tuanku tadi?"