19 April 2012

Adegan Imam Surau dan Bini















Kita selalu dengar surau kena pecah, tabung masjid kena kopak dan lain-lain.

Bukan sahaja duit tabung hilang, kadang2 amplifier hilang, speaker hilang, kepala paip kena sebat, kipas pun dirembat.

Yang lagi teruk, rantai besi yang ikat gate pun kena sapu.
Boleh timbang kati, dapat juga 5 ringgit sekilo.

Kalau boleh dengan gate-gate tu depa angkat sama.


Tapi ada satu lagi kejadian yang aku nak share di sini.

Begini ceritanya..........

Satu hari imam surau dapat panggilan telefon.

"Assalamualaikum!"

"Wa'alaikumussalam warahmatullah." jawab pak imam.

"Ni Hj Soleh ka, imam surau al-Hidayah?" tanya si pemanggil.
(nama sebenar imam dan surau ditukar untuk mengelakkan a'ib)

"Ya...sayalah tu. Ni sapa?" tanya imam pulak.

"Saya ka? Saya tak pasti imam kenai tak saya, mungkin kenai kot. Tapi, saya kenai lah imam.." jawab si pemanggil.
"Tak palah, tak mau habag pun tak pa," diplomatik punya imam, dia biasalah terima panggilan macam ni terutamanya orang yang ada masalah rumahtangga, "Awat talipon saya ni?"

"Saja nak tanya imam, esok subuh ada kat surau tak?"

"InsyaAllah , panjang umur adalah." jawab Hj Soleh.

"Kalau macam tu saya nak jumpa imam sat esok, lepas subuh."

"Apa ka halnya?"

"Adalah, kita cerita esok sajalah. Nak cerita kot talipon ni, payah sikit."

"Baiklah kalau macam tu, lepas solat esok kita sembang." jawab Hj Soleh.

"Terima kasih Hj." kata si pemanggil, "kalau saya terlambat ka apa ka, minta tunggu saya no? Assalaaamualaikum."

"Insya Allah, wa'alaikumussalam......." kata Hj Soleh menutup perbualan.

So, keesokan harinya, selepas solat subuh, wirid dan do'a, jemaah pun bersalam-salaman dengan Imam Hj Soleh sambil beransur-ansur meninggalkan surau.

Hj Soleh dok perhati, adalah 2-3 orang yang dia tak kenai.
Dia meneka salah seorang tu mungkin yang call dia semalam.

Tapi, sorang demi sorang balik dan akhirnya tinggallah hanya dia dan isteri dia sahaja.

"Eh bang....mana orang yang janji nak jumpa abang semalam tu?" tanya bini Hj Soleh.

"Entahlah, semua dah balik. Tapi dia ada cakap dia mungkin terlambat. Kita tunggulah sat."

"Abang talipon lah dia."

"Saya tinggai fon di rumah. Tak palah, kita tunggu sat dulu."

Lalu depa berdua pun tunggu.
Dari pukul 6.30 sampai 7.00, tak nampak batang hidung si pemanggil semalam tu.

"Bang, dah nak siang ni....jomlah kita balik!" desak bini Hj Soleh.

"Nanti sat, kita tunggu sikit lagi. Kesian dia, kot dia mai jauh, bunyi macam hal mustahak nak bincang dengan saya."

So, bini dia masuk balik ke surau, berzikir.

Sampailah pukul 7.30. Dah terang benderang. Tak juga nampak muka.

"Bang! Matahari dah tinggi nih....saya nak pi market pulak. Tengahari ada kenduri!" bini Hj Soleh dah tak larat tunggu dah."Buang masa saja!"

"Issyhh... tak elok cakap macam tu. Dia terlupa kot." jawab Hj Soleh, "Takpa lah. Tak dak rezeki jumpa dia. Jom kita balik."

Hj Soleh dan bini dia start motor, balik rumah.

Sampai2 saja rumah....


"Ehhhh bang! Awat grille pintu terbuka tu? Abang tak kunci ka tadi?" tanya bini dia.

"Aku kunci tadi. Tak kan aku lupa kot?"

"Bang! Mana kereta kita bang?!"

Hj Soleh cepat2 tongkat motor, terpa masuk rumah dia.....SAH!
Dah kena selongkar rumah dia. Kunci kereta yang dia sangkut kat tepi pintu pun tak dak.

Cari-cari fon nak call polis....yang tu pun lesap......

Gitulah....dunia zaman ini.
Imam surau pun depa sanggup pekena.

Wallahu'alam.


No comments: