Musim haji telah tamat.
Para jemaah haji sudah ada yang pulang ke kampung halaman masing-masing.
Abdullah ibn al-Mubarak rh, imam para Fuqaha yang turut menunaikan haji pada tahun tersebut mengambil kesempatan untuk berehat2 di pinggir Ka'abah.
Angin yang sepoi2 bahasa membuatkan dia terlelap seketika.
Dalam lenanya itu ibn al-Mubarak bermimpi.
Dia ternampak dua malaikat turun ke Masjidil Haram.
Kedengaran mereka berbual bagai berbisik2.
Kata Malaikat yg pertama, " Agak2 hanglah tahun ni berapa orang yang mai haji?"
"Tak sure....tapi nampak koi ramai tahun ni, mungkin 600 ribu ada kot?" jawab Malaikat yg ke-2.
Ibn al-Mubarak (tengah mimpi ni) pun pasang telinga, dengar saja perbualan dua hamba Allah ni.
Interesting nih....fikirnya
"Mmmmm....mungkin betoi juga estimate hang." kata yang pertama semula, sambil bertanya," Tapi dalam ramai2 tu, berapa orang yang dapat pahala haji mabrur agaknya?'
Dia dok agak mungkin ada 50% yang haji depa tip-top.
Jawab yg no-2, " Hang jangan terkejut. Aku rasa tak de sorang pun....!"
"Hah! Tak de sorang pun!!? " memang terkejut juga malaikat yg pertama. "Tak kan tak de sorang langsung kot....?!"
Abdullah ibn al-Mubarak pun terkejut juga.
Dia pun dah rasa sedih kerana hajinya mungkin tidak sebaik yang dia rasa dia dah buat.
"Betul tu bro.....mungkin tak dok sorang pun dapat pahala haji mabrur." tegas Malaikat No 2 tu.
Bila ibn al-Mubarak dengar macam tu, dia pun berkata.
"Isyyy...alangkah ruginya manusia yang berduyun2 mai Mekah ni, buang duit buang tenaga, merentas laut samudera, menembus hutan belantara. akhirnya depa dapat penat saja."
"Anyway," sambung yang ke-2, "Aku nak habag kat hang juga, ada sorang yang dapat pahala haji mabrur sebenarnya."
"Ait? Tadi hang kata tak de, la ni hang kata ada sorang....yang mana satu yang betoi ni?" tanya no 1.
"Dua2 betoi.....memang ada sorang yg dapat haji mabrur.....tapi....."
"Tapi apa bro?"
"Tapi dia tak ada kat sini...." jawab no 2.
"Iye ka....? Dia dah balik kampung?" tanya yg no-1. Mungkin yang tu flight awal.
"Tak delah." jawab yg No 2.
"Ooooo...hang maksudkan dia ada kat hotel lah la ni....gitu?"
"Tak de, bukan cam tu juga. Maksud aku, dia tak mai haji pun tahun ni." jawab
Malaikat No- 2.
Dan dia sambung lagi, "Tapi, berbahagialah mereka kerana dengan sebab sorang yang tak mai haji ni, bukan saja dia dapat pahala haji, semua yang mai Mekah tahun ni dapat pahala juga."
"Ait!?....camna boleh jadi gitu? Yang mai haji tak dapat pahala, yang tak mai haji pulak dapat pahala, banyak pulak tu....tak faham aku." kata no 1.
Yang ibn al-Mubarak pulak....dia rasa nak celapak pi tanya malaikat tu sapa dia hamba Allah yang mulia tu...
Tak dan dia buka mulut, malaikat no 2 tu sendiri yang habag, "Dia itulah seorang tukang kasut di Damsyik yang bernama al-Mufiq,"
TUP!!
Terjaga ibn Mubarak dari tidurnya.
Dia gabuih2 jubah dia dan dok termenung, "Aku mesti pi jumpa al-Mufiq ni. Aku nak tahu apa yang dia buat sampai dia dapat pahala haji, dan pahala tu boleh cover sampai 600 ribu orang jamaah haji. Sedangkan dia sendiri tak mai pun."
So bila selesai pekerjaan haji dia, ibn Mubarak pun berangkat ke Damsyik untuk mencari al-Mufiq ni.
Sesampainya di sana, dia pun start tanya2 local people mengenai al-Mufiq tukang kasut yang disebut malaikat tadi tu.
.....P Ramlee pun mungkin ada juga dengar cerita ni kot, pasai dia punya hero Sabaruddin pun tukang kasut juga.
Memang la orang Damsyik kenai al-Mufiq ni pasai dia bukan saja tukang kasut yang bagus tapi juga terkenal orang yang baik. Lalu depa pun tunjuklah rumah al-Mufiq tu.
"Assalamualaikum!" kata ibn Mubarak.
"Wa'alaikumussalammm warahamatullah. Sapa tu?" jawab al-Mufiq
"Hang al-Mufiq ka?" tanya ibn al-Mubarak lagi. Dia tak jawab soalan tuan rumah.
"Ya...saya Ali bin al-Mufiq, tapi siapa tuan?"
"Hang buat kerja apa utk sara hidup keluarga hang?" tanya ibn al-Mubarak lagi.
"Saya tukang kasut. Tapi siapa tuan yang bertanya ni?"
"Nama aku ibnu al-Mubarak"
"Aku kenai ka ibn al-Mubarak tu?" tanya al-Mufiq.
Kot2lah yg tanya tu adik beradik Hosni Mubarak pulak.
"Aku tak pasti hang kenai aku ka tak, tapi nama penuh aku Abdullah ibn al-Mubarak."
"Isy! Tak pernah aku dengar nama Abdullah ibn al-Mubarak kecuali seorang saja. Tapi dia sheikh di Mekah."
"Akulah orangnya. Aku baru mai dari Mekah."
Senyappp.......no response. Heran ibn Mubarak.
"Helllooooo".....dia tak kata lah helo....tu omputih cakap.
Dia jengok sikit ke dalam rumah.
Laaaa.....terbaring al-Mufiq. Pengsan rupanya!
Terkejut pasai orang alim besar mai rumah dia.
Sat saja, al-Mufiq tersedar.
"Sorri...saya tak sangka orang alim selebriti lagi femes macam tuan sudi mai ziarah saya. Tu yang saya blackout tadi." kata al-Mufiq," Anyway, apa gerangan hajat tuan ke mari?"
"Nanti aku cerita pasai apa aku mai cari hang. Tapi aku nak tanya hang dulu.
Apakah hang ada berhajat nak menunaikan haji?"
"Ada. " jawab al-Mufiq," In fact tahun ni, duit saya dah cukup untuk buat haji, dan saya memang dah bersedia nak pi."
"Dah tu, awat hang tak pi?"
"Panjang ceritanya tuan syeikh."
"Ceritalah. Aku nak tau."
"Baiklah. Kalau tuan nak tau juga...dah 30 tahun saya simpan niat nak pi haji. Dan macam yg saya cakap tadi, tahun ni memang saya dah ready, sehinggalah Allah mentaqdirkan sesuatu kepada saya."
"Go on..."
"Nak jadi cerita, satu hari tu saya terhidu bau masakan yang amat enak dari arah rumah jiran saya, " cerita al-Mufiq. "Dia ni baik dengan saya. Jadi saya pun pilah ke sebelah, hendap2 tengok apa yang dia masak. Nampak baguih je....depa pun baru nak duduk dinner. Saya pun harap2 depa invite sayalah utk join sebab dah besa macam tu.
Tapi kali ni kawan saya tak jemput pun, dia kata,.."
"Sorila al-Mufiq, malam ni hang tak boleh join kami"
"Awatnya?" saya tanya dia.
"Hang pun tau kami keluarga yang susah. Sebenagnya dah 3 hari kami tak makan apa2." jawab jiran saya.
"Dah tu, mana mai lauk sedap yang aku bau ni?" curious saya.
"Tulah....3 hari dapur kami tak berasap. Aku dah tak tahan tengok anak2 aku kelaparan.
Pagi tadi aku keluag rumah, pi cari apa2 yang boleh aku buat makanan hari ni, aku terjumpa keldai mati tepi jalan....accident kot.
Hang boleh bayangkan, aku memang dah desperate.
Jadi aku potong sikit daging keldai tu bawak balik, aku suruh bini aku masak.
Tu yang kami baru nak makan ni."
Jiran saya sambung lagi, " Hang tak payahlah tanya halal-haram daging ni pulak.
Kami orang susah, dan dah desperate, jadi kami diharuskan memakan yang haram.
Kalau tak makan, tak taulah, kot2 mati kebuluran kami semua.

Tapi, hang pulak tak dihalalkan makan benda2 cam ni, sebab hang tak susah macam kami. Itu lah juga sebabnya aku tak boleh jemput hang makan."
Bila saya dengar jiran saya cerita macam tu, ayag mata saya mengalir sedih mengenangkan nasib sahabat saya.
Saya terus balik rumah, amik semua duit simpanan haji saya, ada kot 3 ribu dinar, saya bagi kat jiran saya tu."
Itulah pasai saya tak boleh nak buat haji. Dah abis duit.
Tak palah, kawan saya tu lebih memerlukan duit dari saya.
Tapi saya memang berhajat sangat nak pi haji, Insya Allah." al-Mufiq menamatkan cerita dia.
Teruja ibn al-Mubarak mendengar cerita al-Mufiq tu.
Tak sangka dia, oleh kerana keikhlasan dan ketulusan pekerti seorang tukang kasut yang sanggup mengorbankan harta dan niatnya utk menunaikan haji dan juga mementingkan kebajikan jirannya telah menyebabkan Allah mengurniakan kebaikan kepada dia dan seluruh jemaah haji tahun tu.
Akhirnya al-Mufiq berkata, " Saya dah habis cerita saya, tuan masih tak cerita pasai apa tuan mai jauh2 cari saya."
Lalu ibn al-Mubarak pun cerita dari A-Z pasai mimpi dia mendengar perbualan dua malaikat di Masjidil Haram tempohari..........
So, akhir cerita.
Pengajaran dari cerita ini....,
1. Sapa2 yang tak pi haji lagi, at least pasang niat, dan buat simpanan.
Kalau tak dapat pi atas halangan2 yg tak dapat dielakkan, Insya Allah, Allah tahu niat kita.
Kita mohon Allah beri balasan yg baik2 dan tak azab kita kerana memang kita dah berusaha.
2. Lepas tu sapa2 yang buat haji tu, perbetul niat supaya sentiasa ikhlas, buat kerana perintah agama dan utk mencari keredaan Ilahi, bukan kerana nak title haji atau malu pasai kawan2 semua dah pi, supaya kesucian ibadat terjaga dan haji diterima.
3. And lastly, kalau kita dah pi haji dan berhajat nak pi lagi, tapi nampak duit tu lebih bermenafaat kepada orang/ perkara lain.....lu fikirlah sendiri!
Waiting list pun dah 20 tahun pada first timers. Kesianla kat depa....
Wallahu'alam

No comments:
Post a Comment