Abdullah ibnu Umar r.anhuma. adalah antara perawi hadis yang tersohor.
Dia ranking no 3 selepas Abu Hurairah r.a. dan A'ishah r.anha.
Dia lebih dikenali sebagai Ibnu Umar....ie anak Umar.
(Engkorang tau tak apa beza r.a. dan r.anhuma tu? R.anhuma ...ie radhi ALlahu anhuma tu maknanya kedua-duanya di redhai Allah....maknanya Abdullah dan ayah dia Umar al-Khattablah, sebab kedua2nya sahabat Rasul saw.
Samalah juga kalau kita dengar nama2 seperti Abdullah bin Abbas r.anhuma ataupun Abdullah bin Zubair r.anhuma)
Ok...back to the original story,
Ilmu Ibnu Umar ni sangatlah banyak.
Oleh kerana Ibnu Umar ni tersangat alim, suatu hari seorang lelaki dari Iraq berkunjung ke Madinah.
Punya jauh dia mai...nak tanya satu perkara yang dia rasa Ibnu Umar saja boleh jawab.
"Wahai Ibnu Umar, aku nak minta fatwa dari tuan," kata lelaki tu.
"Baiklah. Tentang apa?" tanya Ibnu Umar.
"Apakah hukumnya sekiranya pakaian aku terkena darah nyamuk?" tanya orang tu.
Ibnu Umar tengok orang tu atas bawah, nampak serabut saja,
lalu dia bertanya,"Hang mai mana?"
"Aku mai dari Iraq." jawab orang tu.
"Hang mai dari jauh ni nak tanya tentang tu saja? " kata Ibnu Umar.
"Ya." jawab orang tu.
Apa kata Ibnu Umar?
Adakah dia kata,
"Bagus sungguh hang ni, sanggup mai dari jauh berpenat lelah mencari ilmu."?
ataupun,
"Alhamdulillah, ada lagi orang yang sangat mengambil berat tentang kebersihan macam yang Nabi saw anjurkan."?
Camtu ke jawapan dia?
Tak.....
dia tak kata macam tu.
Ibnu Umar sebaliknya menempelak orang tu dengan berkata,
"Tengoklah orang2 Iraq ni, mereka telah menumpahkan darah cucu Nabi saw, tapi yang mereka bimbangkan hanyalah darah seekor nyamuk!"
Ibnu Umar marah dia pasal kerana beberapa tahun sebelum tu orang-orang Iraqlah yang telah membunuh Sayyidina Husin bin Ali r.anhuma, cucu kesayangan Nabi saw.
So pengajaran kat situ ialah, orang2 Islam kenalah set their priorities right.
Perkara yang besar2 mesti diutamakan, yang kecik2 janganlah digaduhkan sangat.
Cerita di atas dipetik dari Sahih Bukhari.
|
2 comments:
Ibnu Umar loghat kedah tu mungkin takpa lagi la, sbb pembaca mungkin maklum ia diolah cara sendiri. Tapi bab tentera Umayyah tu betui ka... baik chek betui2..
Terima kasih. Saya telah semak semula. Tak pasti sumber mana yang saya ambil yang mengatakan tentera-tentera Bani Umayyah. Jadi saya betulkan mengikut yang lebih tepat iaitu hadis sahih Bukhari, iaitu Ibn Umar merujuk kepada orang-orang Iraq sebagai pembunuh cucu Nabi saw.
Post a Comment