15 October 2011

Umar al Khattab - First Lady kena marah



Suatu hari di kediaman pemimpin sebuah negara orang Islam.
Nama pemimpin tu Umar al Khattab r.a.
Maknanya kat Madinah lah cerita ni.

Hari tu dia telah menjatuhkan hukuman ke atas salah seorang gabenornya yang telah melakukan kesalahan ketika bertugas.

Sedang Umar berehat2 di rumah, isterinya yg bernama Atiqah binti Zaid bin Amir r.anha saja2lah bertanya,
"Eh bang.....kenapa abang marah sangat dengan gabenor abang tu, sampai dia dihukum?."

Apakah yang Umar cakap agaknya setelah mendengar soalan isterinya tu?

Adakah dia kata, " Tak payah lah you concern sangat, perkara kecik je tu,"?
Atau, "Dia dah buat salah, dia terimalah akibatnya,"?
Macam tu ke?

10 October 2011

Umar al Khattab - Kerana Anak Unta



Suatu hari yang sangat panas, tidak ada sekelibat manusia pun kelihatan di luar rumah2 Madinah. Semuanya berlindung dari bahang panas yang membara.

Namun dari renggang2 tingkap rumahnya, Uthman ibn Affan ra terlihat di kejauhan seakan-akan seorang lelaki sedang mengiringi dua ekor binatang.

"Sapa tu? Apa yang dia dok buat hangat-hangat macam ni?" Uthman tertanya-tanya.

Uthman ra memanggil khadamnya untuk mempastikan siapakah orang itu. Khadamnya pun melihat dari celah tingkap itu sehingga lelaki itu mendekati rumah mereka.

Ternyata dia ialah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. sedang menarik dua ekor anak unta.

"Wahai Umar! Awat hang dok berjemur tengah-tengah rembang tu? Mai lah masuk rumah aku dulu!" kata Uthman.

"Nih!..Anak2 unta ini adalah unta2 sedekah terlepas dari Baitul Mal. Aku pi cari tadi. Aku nak bawak balik pi kurung sat." jawab Umar.

" Biaglah dulu di sini. Nanti hang bawak balik la." kata Uthman.

" Tak apalah, biarlah aku pulangkan dulu. Aku takut nanti Allah akan menanyakan Umar mengenai dua ekor anak unta yang hilang semasa pemerintahannya."


...gitulah, pengajaran dari cerita ni straight forward saja, tak payah aku ceritalah.