08 November 2013

Umar bin Abdul Aziz r.a._Episod Sikat Rambut


Dah habis trela, mai kita masuk cerita Umar bin Abdul Aziz r.a. secara proper.

Ada two sides of Umar, sebelum dan selepas dia jadi Khalifah.
Aku akan ceritakan yang sebelum dulu, nanti senang compare perubahannya dengan sifatnya selepas menjadi Khalifah.

Dia dilahirkan pada tahun 682M bersamaan 63 Hijrah.
Seperti yang diceritakan tadi, dia anak keluarga Bani Umayyah.
Keluarga bangsawan.
Pakcik2, sepupu2 dia khalifah belaka.

- Dulu2 kita kata anak lord lah.

Namun begitu ayahnya Abdul Aziz bin Marwan walaupun Gabenor, dia juga adalah seorang alim.
Punyalah alim, dia juga seorang perawi hadis2 sahih.

Adakah pemimpin2 kita la ni, yang boleh quote hadis, quote ayat Quran perau-perau?

Umar dan Umar_ Legasi Susu Cayag


Pada suatu malam, sebagaimana biasa Umar al Khattab ra, keluar berjalan2 di sekitar Madinah.
Mengambil tahu hal2 rakyat secara senyap2.

Dengan berjalan2 secara rahsia tu lah dia akan dapat judge welfare rakyat secara sebenarnya.
Kalau cerita awai2, mungkin ada yang buat persediaan awal, khemah, makan minum dsbnya.
Not reflecting the actual situations.

Setelah penat berjalan, Umar dan PA nya, Aslam berehat di sebuah lorong di Kota Madinah itu.
Umar bersandar di dinding sebuah rumah.

Dia terdengar perbualan sepasang ibu dan anak perempuannya.

Kata anak, "Mak...susu kita dapat hari ni sikit sajalah. Rasa tak cukup nak bahagi macam biasa."

22 October 2013

Umar al Khattab r,a, - Dengan Member Pun Garang


Mai kita dengar dua cerita mengenai Umar al Khattab r.a. yang semua orang tahu garang tapi hati dia baik.

-----------------------------------------------------------------------------------
Cerita pertama adalah dari sebuah hadis di dalam kitab al Muwatta Imam Malik rh,

Diceritakan pada suatu hari Abu Musa al Asy'ari r.a. menziarahi Umar al Khattab r.a.
Tak disebut samada masa tu Umar dah jadi Khalifah ke belum.

Sesampai saja Abu Musa di rumah Umar dia pun kasi salam dan minta izin nak masuk.

"Assalaamualaikum Ya Umar...aku ni, Abu Musa, boleh aku masuk?"

Senyap jer....

Abu Musa bagi salam lagi, kali ini kuat sikit, "Assalaamualaikum Umar...... Aku ni, Abu Musa, boleh aku masuk?"

Senyapppp lagi...."Isshh...ada orang ka?"

Abu Musa kasi salam lagi....kali ni extra kuat "ASSALAAMU'ALAIKUMMM.....ada orang ka? Kalau ada, nak minta izin nak masuk."

06 October 2013

Salman al Farisi r.a. (Final) - Bangla of Madinah

Ini sambungan dari Part 4.

Hari ni kita perabih siri penuh keinsafan sahabat besar Nabi SAW ni...

Macam besa, 
kalau baru baca cerita ni, hangpa bacalah dari Part 1 , supaya jelas hujung pangkai.

-----------------------------------------------------------------------

Malam tu Salman pun pelan-pelan keluar.

Dia sampai di Quba dan terus pi ke kawasan perkhemahan Nabi SAW dan para sahabat.
Lalu dia terus duduk di depan Nabi SAW.

Tak taulah apa perasaan dia masa tu.

Kalau kita dapat duduk beradap dengan PM ka, Agong ka, TG Nik Aziz ka, Ronaldo ka, Angelina Jolie ka,….confirm gabra.
Cakap pun gagap semacam, tambah2 kalau dengan AJ…

Ya lah....Masing2 kita ada hero kita sendiri.
Yang kita idam-idamkan untuk berjumpa.

Tapi, bukan aku nak bandingkan depa semua dengan Nabi SAW.
Jangan silap faham........
Sebab tidak terbanding Rasulullah SAW, kekasih Allah, dengan semua manusia.
Cuma nak bagi contoh supaya senang faham....boleh kot?

05 October 2013

Salman al Farisi r.a. (Part 4) - Jadi Hamba Yahudi

Ini Part 4,  elok baca  Part 1,  Part 2 dan Part 3 dulu. Kalau tak gelong jugak rasanya.

Kalau rasa tak gelong, jom kita sambung.

Semasa di Amuriya Salman bekerja dan dengan itu dapatlah dia sikit duit.
Dia simpan, dia beli kambing, lembu dan sebagainya.
So, dia adalah sikit harta.

Tidak lama kemudian mai lah suatu kabilah Arab berniaga di Amuriya.
Inilah kesempatan yang dinanti2kan oleh Salman.

“Bang…boleh tumpang bila abang balik nanti?”

“Kok harus dibayar ongkosnya…..enggak ada khidmat gratis.”

“Tak apa….saya ada kambing, ada lembu, boleh terima?”

“Kalau begitu bisa diurus dong….ayuh. Kami sudah mahu berangkat.”
Dapatlah Salman tumpang pi ke Semenanjung.
Semenanjung Tanah Arab lah.

01 October 2013

Salman al Farisi r.a. (Part 3) - Four Funerals and a Wedding

Macam besa dengar tajuk cerita kali ni.....kat mana ya?

.....I feel it in my fingers,
I feel it in my toes.
The love that's all around me,
And so the feeling grows......


Ooo...sepatutnya, Four Weddings and A Funeral.

Hangpa biasa tengok??
Mesti besa punya....cerita romantik tu.

Tapi tajuk tu aku terbalikkan sebab ada relate dgn cerita kita pasai Salman.
Cumanya bab wedding Salman tu, tak dapat confirm kesahihannya, so aku tak cerita yang tu.

Kita cerita the four funerals atau orang putih kata cerita empat kematian sahaja.

Sebelum tu kalau rasa blur, mungkin hangpa lompat terus mai sini, tak tau hujung pangkai.
Elok baca dari mula, baru kliar.

Part 1
Part 2

---------------------------------------------------------------------------------

So jom kita sambung cerita Salman sebagaimana yng dia ceritakan hidupnya pada ibnu Abbas r.anhuma.