Mai sambung lagi... Elok baca Part 1 dulu, kalau hang tak baca lagi. Salman masuk ke dalam gereja tersebut dan mendapati orang-orang Nasrani sedang beribadat. Menurut pendapat ulama sebenarnya depa ni adalah ahlul kitab yang mengamalkan ajaran Nabi Isa as, yang masih ada di sekitar tanah Arab, Asia Minor dan Eastern Europe. Salman yang selama ni tak pernah didedahkan dengan amalan selain dari menyembah api pun curiouslah dengan cara ibadat depa yang berbeza, so he stayed around dan pecah gebang dengan depa. Depa habag kat dia yang ugama depa berasal dari Tanah Syam….or Levant. Dulunya dibawa oleh seorang Nabi. La ni di Syam sana ada lagi orang2 alim ugama. Interesting… |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
29 September 2013
Salman al Farisi r.a. (Part 2) - Sehari Boleh Tukar Agama
28 September 2013
Salman al Farisi r.a.(Part 1) - The Keeper of the Fire
23 September 2013
Cakap Betul Pun Kena Lepuk
Ini satu anekdot dari Perang Badar.
Tersebut di dalam Sahih Muslim dan Ar Raheeq al Makhtum, peristiwa Perang Badar bermula apabila orang2 Islam atas arahan Nabi saw merancang untuk ambush konvoi dagangan Abu Sufyan.
Depa dalam perjalanan pulang setelah habis berniaga di Syam (la ni Jordan/Syria/ Lubnan).
Namun begitu Abu Sufyan tahu rombongan depa akan menghadapi ancaman bila melintasi jalan2 berdekatan Madinah on the way back to Mekah.
Abu Sufyan pun bukannya bodo…….dia dah berpuluh tahun melalui jalan tu. Ulang alik Mekah-Syam every year.
Dia tahu risiko2 dalam perjalanan, tambah2 lagi hostility antara orang2 Musyrikin Mekah dan orang2 Islam Madinah makin lama makin meruncing.
So he was extra careful.
22 August 2013
Laksa Penang
![]() |
Mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang elektronik di Bayan Lepas.
Ramli berasal dari Pasir Mas, Kelantan datang merantau ke Pulau Pinang mencari rezeki.
Maznah, gadis tempatan, rumah keluarganya di Balik Pulau.
Petang Sabtu itu selepas kerja, dapatlah Ramli buat pertama kalinya mengajak Maznah "dating".
Mereka pergi ke Padang Kota, untuk bersiar dan makan-makan.
Mereka singgah di sebuah gerai.
"You nak makan apa?" tanya Ramli.
"I suka laksa," kata Maznah, laksa Penanglah maksudnya.
"I pun suka laksa jugak," kata Ramli.
"Ya ka? Best nya." kata Maznah.
27 July 2013
Balik Raya Rumah Siapa?
13 July 2013
Andalusia - Part 6 - Ramadhan di 7-Eleven
Ini adalah sambungan siri Sejarah Islam di Andalusia. Kalau nak lagi faham keseluruhan cerita, dinasihatkan baca dari Part 1. Kalau dah baca silakan terus membaca..... Hangpa semua mesti pernah pi 7-11 kan? Kalau tak biasa pi, memang tak masuk suku. Ataupun tak ada anak, samada anak sendiri atau anak penakan. Kalau orang yang ada anak kucing pun pi 7-11. Kedai franchise 7-11 ni adalah yang terbanyak di dunia, McD pun tak boleh lawan. Eh..awat cerita 7-11 pulak? Apa kena mengena dengan Andalusia? Saja, nak connect, supaya hangpa semua next time bila orang sebut 7-11, jangan ingat Slurpee saja. Ingatlah Andalusia dan keagongan Islam. Kerana tahun inilah Islam di Andalusia bermula. Iaitu pada tahun 711 Masihi, 1302 tahun dahulu. |
Subscribe to:
Posts (Atom)




