08 November 2012

Jangan jadi Bob


Al kisah tersebutlah perihal seorang raja yang gagah perkasa.
Dia memerintah sebuah negeri yang luas jajahannya serta ramai rakyat dan hamba sahaya.

Pada suatu hari Baginda Raja memanggil mengadap seorang hamba pekerja istana.
Nama hamba itu Pandak Setia.

Apabila sampai di hadapan Baginda Raja, berkatalah Pandak Setia, " Ampun tuanku, apa gerangan hamba diperintah kemari?"

Kata Baginda Raja, "Wahai Pandak Setia. Beta dihadiahkan seekor anak anjing. Hang tolong jaga boleh?"

Jawab Pandak Setia, " Ampun tuanku, rasa tak mampu patik nak jaga dia. Makan minum patik sendiri pun tak tentu lepas. "

Lalu berkata Baginda Raja, " Hang tak usah risau hal tu. Makan minum dan segala kebajikannya beta akan uruskan. Hang jaga dia saja, cuma yang beta mahu, sekali sekala mai lah repot kat beta keadaannya."

Tersenyum gembira Pandak Setia.
"Kalau macam tu, perintah dijunjung tuanku. Patik pergi dulu." kata Pandak Setia lalu beredar, " By the way. Dah ada nama ka anak anjing ni tuanku?"

"Ada. Nama dia Bob." kata Baginda Raja.

26 October 2012

Murtad Akibat Terlalu Gembira



Aku nak tanya kawan-kawan kita yang kaki motor.

Kalau motor hangpa yang power-mower tu kena kebas, apa yang hangpa rasa?

In fact, tak payah motor lah, kita yang lain ni pun yang bukan kaki motor,
tentu ada barang-barang yang kita sayang, BeeEM ka, S-class ka.

Kalau barang tu hilang dicuri orang, kita rasa apa?

Tentunya frust nonggeng, marah, makan tak kenyang, tidog tak lena, hidup jadi tunggang-langgang.

Dan.....Kita akan usaha juga cari sampai dapat.

Ada kawan aku tu, baru beli Proton Waja.
Waja saja....bukan BMW 5-series, bukan Lotus Elise ka,

dan bukan Waja baru pun...second hand.

Dan dia sayang jugalah Waja tu se ala-kadar nya.

17 October 2012

'Amir Shurahbil as-Sha'bi - Ambassador at Large

Mai kita cerita mengenai seorang diplomat Islam zaman dulu-dulu.

'Amir Shurahbil as-Sha'bi adalah seorang tabi'in yang hebat pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Ingat lagi Khalifah Abdul Malik bin Marwan ni?
Dia adalah khalifah Bani Umayyah yang ke-5.

Aku ada cerita sikit pasai dia pi meminang anak Sai'd bin Musayyab dalam cerita Romantika Padang Pasir dua tahun lepas.

........isyy dah lama aku jadi tukang karut ni.

Rujuk kat sini kalau nak refresh;
http://sukumasak.blogspot.com/2010/06/romantika-padang-pasirpt1.html

Balik kepada cerita 'Amir Shurahbil ni.

29 September 2012

Uthman bin Affan : Hikayat Telaga Air Setengah







Gambar hiasan, ada sikit kena mengena dengan cerita.




Semasa mula2 Islam bertapak di Madinah, aktiviti ekonomi dikuasai oleh orang2 Yahudi.
Memang sesungguhnya depa pandai buat bisnis...

Walaupun begitu ada juga orang2 Islam yg jadi bisnismen berjaya seperti Abdul Rahman bin Awf dan Uthman bin Affan r.anhuma.

Nak jadi cerita, sumber air pun jadi komoditi masa tu.
Al-maklumlah tanah Arab ni kering kontang.
So siapa membekal air dia boleh buat duit.

Kat Malaysia pun ada la ni, macam Puncak Niaga, Syabas, PUAS dll tu lah.

So...there was this one well (telaga) owned by a Jew.

19 September 2012

Al Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi - Baris dan Titik















Dalam episod terakhir Siri Bercakap dengan Mayat, kita dah tahu last sekali apa jadi pada Abdullah bin Umar dan Asma binti Abu Bakar setelah kematian Abdullah bin Zubair.

Kalau dah lupa, pi sini dulu untuk refresh.
Siri Bercakap dengan Mayat Part 5.

Bagaimana pulak nasib orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian tragis Abdullah bin Zubair tu?

Apakah yang dilakukan oleh al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi?
The enfant terrible of Umayyad Dynasty?

Dia tak buat apa2.
Cuma dia pi meminang Zajalah binti Manzur al Fazariyyah saja.

Siapa wanita ini?

31 August 2012

31 Ogos 2012 - Janji Tak Ditepati












Pagi-pagi lagi Pak Ya dah telefon kedai runcit Mat.

"Mat. Bila hang nak hantar nyiog aku ni? Kenduri arwah esok."

"Sejam dua lagi saya mai lah. Saya nak hantag anak pi sekolah dulu." jawab Mat.

"Betoi ka ni? Kemarin pun hang cakap macam tu jugak. Sampai malam aku tunggu, tak mai-mai pun. Kemarin dulu pun sama."

"Betoi Pak Ya. Saya mai la sat lagi." janji Mat.

So, Pak Ya pun tunggu.
2 jam, 3 jam, 4 jam, sampai tengahari tak mai2 juga.

Dia telefon lagi,
"Mat...dah tengahari ni. Tadi kata sejam dua. Dah masuk Lehog (Zohor) ni."