03 February 2012

Si Tuan Unta


















Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bazaar daripada Abu Hurairah r.a., diceritakan pada suatu hari seorang Badwi telah datang berjumpa Rasul saw dan meminta sedikit bantuan.

Lalu Rasul saw pun menunaikan permintaan Badwi tu. Tidak dinyatakan apakah yg diberi tu.
Kemudiannya Rasul saw pun bertanya kepada Badwi tu, "Adakah aku sudah berbuat baik kepada mu?"

Jawab Badwi tu, "Tidak sama sekali, malahan tidak ada sedikit kebaikan pun aku perolehi darimu!"

Subhanallah.....how ungrateful Badwi tu.

Sahabat2 Rasul saw pun bila tengok Badwi tu berlaku kasar terhadap Nabi saw, mereka pun amat marah. Mereka menerkam ke arah Badwi tersebut.

Tapi Rasul saw menahan mereka dan berkata, "Nanti dulu. Biarkan saja dia."

Lalu Badwi tu pun pulang ke rumahnya, meninggalkan sahabat2 Nabi saw menggenggam penumbuk dan hulu pedang.

Rasul saw kemudiannya masuk ke dalam rumah baginda dan mengambil barang lain pula.
Dia suruh memanggil Badwi tadi semula.

Apabila Badwi itu datang maka Nabi saw hadiahkan barang tersebut kepada Badwi tu sebagai tambahan kepada pemberiannya tadi.
Lalu baginda bertanya lagi, "Nah, adakah aku sudah berlaku baik kepada mu, sekarang?"

Jawab Badwi tu, " Ya. Engkau telah berlaku baik kepada aku. Moga2 Allah membalas yang terbaik bagimu, keluargamu dan kaum mu."

Kemudian Rasul saw berkata kepada Badwi tu, "Tadi kamu telah mengatakan kepada ku perkataan yang tidak disukai oleh sahabat2 aku, dan mereka amat marah.
Sekarang kamu sudah mengatakan yang baik pula, bolehkah engkau ulang apa yang baik2 itu kepada sahabat2ku supaya dapat meredakan kemarahan yang terpendam di hati mereka."

"Boleh...no problem." So Nabi saw pun bawa Badwi tu kepada sahabat2 baginda.

Kata Nabi saw kepada para sahabat, "Tadi Badwi ini telah mengatakan seperti yang kamu semua sudah dengar. Kemudian aku memberinya hadiah yang lain pula. Sekarang diapun sudah berpuashati."

Dan baginda bertanya Badwi itu, "Benarkah begitu?"

Kata Badwi tu, "Memang benar. Dan moga2 Allah membalas yang terbaik bagimu, keluarga mu dan kaum mu."

Lalu baginda saw bersabda, "Perumpamaan lelaki ini dengan aku ialah seperti seekor unta yang telah terlepas dari jagaan tuannya. Orangramai mengejar unta itu dan ini membuatnya takut dan ia lari semakin jauh.
Tuannya kemudian menyuruh orang2 itu menjauhkan diri mereka dari untanya sambil berkata, "Aku lebih menyayangi ia dari kamu semua."

Lalu tuan tersebut pun menghampiri untanya dengan segenggam tanah, dan memujuknya.
Kemudian unta itu menghampiri tuannya dan melutut di hadapannya.
Lalu tuan itu dapat naik ke atas belakang unta tersebut dan mengenderainya.

Nah..... Sekiranya aku membiarkan Badwi ini kepada kamu sekelian setelah ia hanya mengucapkan perkataan yang kasar kepadaku, nescaya kamu akan membunuhnya. Dan sudah tentu ia akan menjadi penghuni neraka."

Demikianlah peribadi Rasul saw, moga2 kita dapat mencontohinya.

Dipetik dari Muhammad - Messenger of Allah (Ash Shifa of Qadi 'Iyad)

No comments: