03 June 2016

Jin Suka Temberang


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya, "Tidak Aku (ALlah) ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu."
Surah Az-Zaariyat ayat 56

Kali ni aku nak cerita pasai jin sikit. Berdasarkan sikit panduan dari Quran dan Hadith.

So, dalam ayat di atas selain manusa, jin juga adalah makhluk yang Allah jadikan untuk beribadat kepadaNya.
Jadi maksudnya, ada perkara yang halal, ada perkara yang haram bagi jin.
Ada hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus pada jin.

Maknanya uga, ada pahala dan dosa untuk depa, ada syurga dan neraka untuk depa juga.
Ada jin baik ada jin jahat, ada yang Islam, ada yang kapiaq.

Banyak cerita dalam Quran dan hadis pasai jin2 ni.
Mai kita tengok sebahagian daripadanya.

---------------------------------------------------------------------------------------
Dalam sebuah hadith riwayat al-Bukhari, pada suatu hari seorang lelaki lalu di hadapan Umar al Khattab r.a., semasa dia menjadi Khalifah.
Nama lelaki tu Sawad bin Qarib.

Walaupun Sawad ni hensem orangnya, Umar rasa tak berapa syok tengok dia ni.
Lalu Umar pun panggil dia.

Umar kata, "Awat hang ni nampak semacam saja? Muka sepesen saja...
Aku rasa hang ni tok bomoh kot?"
Cari makna sepesen tu dalam Glosari Bahasa Kedah.

Lagu tu punya telahan Umar pada Sawad.
Zaman tu tok bomoh tok dukun ni memang ayat pelece punya. Sebab bila Islam dah bertapak, profesion ni dah dihapuskan. Hanya orang2 kapiaq saja yang masih buat kerja ramalan dan tilikan ni.

Lalu Sawad menjawab, " Pasai apa tuan kata macam tu? Aku ni orang beriman lah!! Mana buat kerja2 macam tu."
Sawad rasa Umar dah peleceh dia.

Tapi Umar ni sebagaimana yang kita tau, dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan firasat.
Dia boleh "baca" hal2 yang orang lain tak tau.
Lalu dia kata lagi, "Betoi ka hang tak buat kerja tu....? Aku rasa macam hang pernah buat.....betoi dak?"