05 March 2015

Jabir bin Abdillah r.a._ Kambing Kore Makan Seribu



Ini suatu kisah ketika Nabi SAW dan para sahabat sedang membina parit untuk menghadapi Perang Khandak.

Setelah seharian membanting tulang, Jabir bin Abdillah r.a. merasa kasihan melihat Nabi SAW keletihan.
Mungkin juga baginda lapar.
Lalu dia fikir nak buat suatu khidmat pada baginda SAW.
Dia pun inform Nabi dia nak balik rumah sekejap. Nabi izinkan.

Bila sampai di rumah dia habag kat bini dia.
"Yang...abang nak jemput Rasulullah dan dua tiga orang sahabat makan. Ada apa2 yang kita boleh jamu?"

Bini dia kata, "Adalah roti sikit saya boleh bakar. Anak kambing kita tu, kita sembelih sajalah bang, kita buat gulai. Lauk lain tak dak."

Jabir pun pi tengok anak kambing tu....kore saja. Tak banyak isilah maknanya.
Maklumlah, anak kambing.
Tapi setakat 3-4 orang boleh lepas lah kalau nak buat makan2.
Dia pun sembelih, lapah dan bagi kat bini dia.

"Nah. Yang masaklah, abang nak balik jumpa Rasulullah. Nanti abang bawa dia mai lepas kerja."