Abdullah ibnu Umar r.anhuma. adalah antara perawi hadis yang tersohor. Dia ranking no 3 selepas Abu Hurairah r.a. dan A'ishah r.anha. Dia lebih dikenali sebagai Ibnu Umar....ie anak Umar. (Engkorang tau tak apa beza r.a. dan r.anhuma tu? R.anhuma ...ie radhi ALlahu anhuma tu maknanya kedua-duanya di redhai Allah....maknanya Abdullah dan ayah dia Umar al-Khattablah, sebab kedua2nya sahabat Rasul saw. Samalah juga kalau kita dengar nama2 seperti Abdullah bin Abbas r.anhuma ataupun Abdullah bin Zubair r.anhuma) Ok...back to the original story, Ilmu Ibnu Umar ni sangatlah banyak. Oleh kerana Ibnu Umar ni tersangat alim, suatu hari seorang lelaki dari Iraq berkunjung ke Madinah. Punya jauh dia mai...nak tanya satu perkara yang dia rasa Ibnu Umar saja boleh jawab. |
blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
12 November 2011
Abdullah Ibnu Umar - Darah Nyamuk
Qadhi Iyas al Muzani - Kantoi
Hari tu Pak Din bawak teksi macam biasa. Antara Lunas dan Padang Serai. Sampai dekat Kg Sungai Seluang, 3 budak muda tahan teksi dia. "Nak pi mana?" tanya Pak Din. "Nak pi Padang Serai," depa habag. Perjalanan ke Padang Serai ada kot 20-30 minit, depend samada hang stuck belakang lori ubi kayu atau yang agak tak syiok lori sekerap getah. Dalam dok memandu dengan santai tu, tiba2 Pak Din terbau sesuatu yang sangat menyeksakan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)