30 June 2010

Romantika Padang Pasir_Pt1_Cucu Yang Comel Lote














Ni cerita tabi'in berunsur romantis....sekitar tahun 70 Hijrah (690 masihi) semasa permerintahan Abdul Malik bin Marwan, Khalifah Bani Umayyah yang ke 5.

Semasa itu di Madinah tinggallah Sai'd bin Musayyib rh, salah seorang dari 3 tabi'in yang paling alim dan masyhur.
(Cerita detail pasai Sai'd ni later)

Isteri Sai'd ialah  anak perempuan Abu Hurairah ra.....
tu pasai Sai'd ni sangat alim kerana dia mendapat hadith direct dari bapa mertuanya, yg mendapat direct dari Rasul saw.

Hasil perkahwinan tersebut lahirlah seorang anak perempuan yang apabila meningkat dewasa menjadi seorang wanita yang bukan sahaja cantik paras rupanya tetapi sangat cantik juga akhlaknya....maklumlah cucu Abu Hurairah.