05 April 2016

Ummu Jamil - Ghaib Depan Ka'abah



Selalu kita dengar cerita dari orang2 yang pi haji atau umrah, yang depa atau jemaah rombongan depa, tak nampak Ka'abah bila depa masuk ke Masjidil Haram.

Lalu macam2 lah yang diperkatakan tentang apa sebabnya orang tu tak nampak Ka'abah......
Dia ni di Malaysia geng hora sakan lah, regular clubbing lah, kuat makan rasuah lah, rajin mengendap bini jiranlah dan lain2.

Ada pulak cerita lain sikit, iaitu orang tu, geng rombongan tak nampak dia!!
Puas kawan2 dok cari keliling Masjidil Haram. Dari Zuhur sampai Maghrib.

Tepi Kaabah tak dak, kat Hijir Ismail tak dak, kat tempat sa'i tak dak, kat lampu hijau tak dak, kat tempat air-cond tak dak, kat escalator tak dak, kat water cooler tak dak....sampai habis tiang dan pintu masjid depa pi cari, tak jumpa2 jugak.
Sedangkan dia dok nampak kawan2 lain dok cari dia.
Ada yang lalu sebelah dia pun, tak nampak jugak!!

Lalu keluarlah cerita dia ni bela hantu raya lah, berkawan dengan bomoh Siam lah, dating bini oranglah dan lain-lain.

Macam-macam....
Tak taulah apa sebenar punca dan sebab musababnya.

Tu sedikit intro.

Ni, aku nak cerita kejadian ghaib depan Ka'abah yang benar2 terjadi semasa zaman Rasulullah SAW.
Sapa yang ghaib tu?
Jom kita dengar....

28 March 2016

Khawwat ibn Jubair r.a. - Auta Tali Unta


Assalamualaikum,
Episod sirah ni adalah mengenai bagaimana Rasulullah SAW melayani orang2 di sekeliling baginda.

-----------------------------------------------------------------------------------

Pernah suatu ketika Rasulullah SAW bermusafir dengan sahabat2.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Madinah.
Apabila tiba waktu malam, mereka berhenti untuk berehat di suatu tempat bernama Marra Zahran.

Berikut adalah apa yang diceritakan oleh seorang anak muda yang bernama Khawwat ibn Jubair r.a., yang turut serta dalam rombongan tu.

Di Marra Zahran, depa mendirikan khemah, dan masuk berehat.
Masing2 dengan hal masing2.

Nak dijadikan cerita, Khawwat menjengok keluar dari khemahnya.
Dan dia terlihat sekumpulan wanita serombongan mereka sedang berbual-bual.

Khawwat masih muda, mungkin dalam usia belasan tahun.
Semangat berseronoknya masih tebal.

Bila dia nampak pompuan2 ni sembang nampak macam baguih punya, dia pun teruja.
Terlintas dalam hati dia....
Ishh....syok juga kalau pi join depa ni.

Lalu, dia masuk dalam khemah dia, selongkar beg pakaian dia.
Dia ambil kain selendang (selimut) dia.

Dia bawa kain tu pi kat pompuan2 tu, dia hampar kain tu sebelah depa.
Dia pun join sekali.
And the women did not seem to mind his presence.

Na laa punya baguih sembang,....sampai dia tak sedar yang Rasul SAW dah tercegat sebelah dia.

"Abu Abdullah...apa kamu bualkan dengan  orang2 pompuan ni?!" tanya Rasul SAW dengan tiba2.
Abu Abdullah tu nama panggilan Khawwat. Orang Arab kata kunniyah.

Tokojut Khawwat!
Macamana tak boleh perasan ni?!
Kantoi tahap gaban!!

18 January 2016

Abdullah bin Ubai bin Salul - Seperti Melepaskan Anjing Tersepit



Ini sambungan dari cerita Abdullah bin Ubai - Ketua Munafik Part 1

Tajuk cerita ni aku ambil dari salah satu kata2 Abdullah bin Ubai.
Bunyi seakan2 peribahasa Melayu yang bermakna membalas budi baik orang dengan berbuat jahat pula.
Jom kita dengar.

Kita mula bab ni dengan peristiwa perang terhadap Bani Mustaliq pada tahun ke-6 Hijrah.

Perang tu pendek saja, dan tak banyak casualties.
Perang tu dipimpin sendiri oleh Rasulullah SAW itu, disertai oleh sahabat2 dari puak Ansar, Muhajirin dan tidak ketinggalan puak munafik yang diketuai Abdullah bin Ubai.

Perang pun abis, tentera Islam pun berangkat balik ke Madinah.

Bila tiba di satu wadi (oasis), Nabi SAW mengarahkan mereka berehat.
Lalu sahabat2 pun dirikan khemah untuk bermalam.
Ada sahabat2 yang ditugaskan untuk mengambil air dari wadi.

Ditaqdirkan semasa queue nak ambil air tu, terjadi sedikit salah faham antara seorang sahabat dari kaum Muhajirin dengan sorang dari kaum Ansar.
Ada yang potong trip kot....

Memang sikit sangat isunya, tapi oleh kerana ada anasir jahat batu api, maka ia menjadi besar.

Pada mulanya mungkin hanya cuit bahu, “Bro, boleh beratur? Saya dah lama tunggu ni.”
Begitulah agaknya.

Tapi oleh kerana tak settle, apa yang hanya kecil tu escalated.
Sorang sigong dengan siku dia, kemudian yang lain pula tonyoh muka!
Lepas tu pakat tolak menolak...
Maka jadi koi kasaq.

Rebah pi sorang daripada mereka, lalu dia menjerit, "Oii kaum Ansar....aku kena pukui!!"

Dibalas oleh yang sorang lagi yang dari Muhajirin...."Oii kawan2....aku kena sepak!!"

13 January 2016

Tazkirah Jumaat seorang Munafik



< Gambar hiasan sahaja

Asssalamualaikum,

Dah bertahun2 aku cerita pasai sahabat2, ulamak2 dan lain-lain karakter hebat dalam sejarah Islam.
Hari ni kita tukar selera.

Mai dengar pula kisah Abdullah bin Ubai bin Salul.
Satu samseng Kampung Dusun.....
Ketua puak munafik Madinah.

Memang hangpa dah biasa dengar nama dia ni pun.

Elok diperkenalkan dulu, siapa Abdullah bin Ubai bin Salul ni?
Dia ni pembesar suku kaum Khazraj, salah satu kabilah Arab tempatan Madinah.
He was a man of position.
Yang satu lagi ialah kaum Aus.

Just before the arrival of Rasul SAW, Abdullah bin Ubai was on the verge of being appointed as the leader of Madinah.
Banyaklah dia punya jasa dan khidmat kepada kaumnya.
.....dan kerana itu dia akan menjadi Menteri Besar Madinahlah.

Tapi, hajatnya itu tidak kesampaian.
Bila Rasulullah SAW sampai, penduduk Arab Madinah yang majoritinya dah masuk Islam, sebulat suara menjadikan baginda sebagai pemimpin mereka.
Maka terpinggirlah Abdullah bin Ubai.

Lama dia tunggu jawatan tu, dah puas melobi...

Banyak duit dah keluar,
banyak jalan kampung dah di tar,
banyak gelanggang badminton telah dibina,
banyak kain batik, kain pelikat dah didermakan ke surau2 dan masjid2,
banyak dah imam-imam di sponsor pegi haji ke Mekah....
...ha ha ......dah lencong ke Congo pulak....

Tiba2 mai orang lain potong trip dia.
Mana tak hangat!
Ini tidak adil!!

04 January 2016

Ku Tambat Diriku Di Tiang Raudhah


Assalamualaikum,

Terlebih dulu, sebelum hangpa expect yang bukan2....
ini bukan cerita romantik ala Sanggar Cinta Raudhah,
walaupun tajuk dia nampak meleleh.....

Ini cerita berkisar tentang sikap amanah terhadap tugas seorang sahabat Rasulullah SAW.
Sorilah kalau potong stim....he he.

So, let's begin our story at the end of Perang Ahzab (Perang Bersekutu) pada hujung tahun ke 5 Hijrah.
Atau nama lainnya Perang Khandaq, kerana orang2 Islam Madinah mengorek parit sebagai benteng pertahanan.

Dinamakan Perang Ahzab (Sekutu) pula ialah pasai puak Musyrikin mengadakan gabungan ketenteraan dengan beberapa kabilah Arab dan juga Yahudi Bani Quraizah.

Bila perang habih macam tu saja tanpa serious engagement pasai tentera musuh fed-up tak dapat melepasi parit2 yang dibina dan malamnya pula Allah kirimkan angin utk terbangkan khemah2 depa....
semua pakat bungkuih persiapan perang, dan balik kampung masing2.

26 December 2015

Nusaibah binti Ka'ab r.anha_Part 3 - Legasi Kunci Gereja


Ini sedikit kisah mengenai legasi nama Nusaibah yang kekal sehingga ke hari ini.

Kisah bermula dengan hari Umar al Khattab r.a. menjejakkan kakinya ke Kota Baitul Maqdis.

Hasil misi ketenteraan yang diketuai oleh Abu Ubaidah al Jarrah r.a. , pada tahun 638 Hijrah, beberapa tahun setelah kewafatan Nabi SAW, Baitul Maqdis ditawan.

Bila Umar al Khattab r.a. yang semasa itu adalah Khalifah mendengar berita tu, dia pun bertolak dari Madinah menuju Baitul Maqdis.

Dicatatkan bahawa dia menaiki seekor unta dengan ditemani seorang khadam.
Oleh kerana unta seekor saja, depa bergilir-gilir menunggang dan berjalan.

Bukan depa tak boleh bawak entourage besar, memang mampu sangatlah sebab by that time, empayar Islam dah luas, harta kerajaan melimpah ruah....
tapi macam tu lah Umar al Khattab, dia ni sangat menjaga harta kerajaan,

Kalau urusan rasmi macam ni pun dia amat berhemah, apatah lagi urusan peribadi.
Tak boleh nak bandinglah dengan pemimpin2 di Republik Botswana sana...
...dah tak kenai harta sendiri dengan harta rakyat....
Teruk sungguh Botswana.......

Anyway....

Madinah ke Baitul Maqdis bukannya dekat.
Bukan macam Kulim nak pi Bukit Mertajam.
Jauh...dekat-dekat 2000km!
Jauh lagi dari JB nak pi Bangkok...

Letih tok sah nak habag la...memang letih.

Bila yang berjalan sudah keletihan, yang menunggang akan turun untuk membolehkan yang berjalan tadi berehat atas unta pula.
Macam tu lah keadaannya, sepanjang perjalanan.

Dan bila dah jalan jauh dan berhari-hari tu, depa dah tak lah sesegak seperti masa keluar dari Madinah dulu.
Baju jubah pun comot-comot, berdebu-debu, compang-camping.

So, bila depa bertemu dengan pasukan tentera Islam yang berkhemah tidak jauh dari Baitul Maqdis......
dah tak boleh kenai mana satu Khalifah, mana satu khadam.
Dah serabut-serabai lah kata orang tua2....