06 April 2013

Kempen Calon - Saqifah Bani Sa'idah


Menyambung siri tempat2 bersejarah di Madinah al Munawwarah.

Saban kali kita ke Madinah samada menunaikan haji atau umrah, kita di bawa ziarah ke tempat yang sama.
Medan Uhud, Perkuburan Baqi', Masjid Quba, Pasar Kurma.

Ada yang agak special boleh arrange pi ke Medan Badar, Bukit Magnet dan kadang2 sampai ke Mada'in Saleh.

Tapi ada satu tempat yang istimewa, yang boleh diziarahi setiap hari yang tak ramai orang tahu.
Namanya Saqifah Bani Sai'dah.
Iaitu sebuah kebun kurma, sekarang jadi landscaped garden, di penjuru kanan belakang, di tepi pagar Masjid Nabawi.
Kalau you duduk di Movenpick dan hotel2 yang sewaktu dengannya, dekat sangatlah.

Apa keistimewaan Saqifah Bani Sa'idah ini?

Berkebetulan dengan musim pilihanraya ini, tepatlah juga kita tau sejarahnya.
Kerana ibrah dari peristiwa ini ialah ketulusan akhlak para sahabat apabila berdepan dengan pemilihan kepimpinan.

Begini kisahnya yang aku sesuaikan dari The Ethics of Disagreement in Islam tulisan Sheikh Dr Taha Jabir al-Alwani.

14 March 2013

Diari Budak Kampung


Muawiyyah bin al Hakam al-Salami sorang budak kampung,

Bukan setakat kampung tepi pekan, dia budak ulu. Dia budak Badui....duduk jauh dari kota. Lebih kurang macam Cherok Tok Kun agaknya.

So dia jarang turun pekan dan mix around with cultured people.

Tapi satu hari dia masuk pekan jugak. Dia mai ke Madinah, kota besar. Mungkin ada hal kot.

Dah sampai pekan, dia pun mengambil kesempatan untuk solat di Masjid Nabawi.

Macam kita hari ni lah kot. Kalau dah mai KL, nak juga solat di Masjid Jamek or Masjid Negara.

Maka ini cerita Muawiyyah.........

18 February 2013

The Ultimate Driving Machine


Ini adalah cerita seorang sahabat yang masyhur.
Terkenal sebagai seorang yang paling berintegriti di antara para sahabat.

The one who always goes by the book.
Tak ada kona2...tak ada politik2, tak ada nego2.

Sampai orang ingat dia tak ada diplomasi langsung, tak boleh bawa berkira.
And he actually irritated a lot of companions of Rasul saw due to his "non-negotiable" stand.
Termasuk para Khulafa ar Rashidun.

Tapi, dialah juga sahabat yang diiktiraf sebagai seorang sahabat Nabi saw yang tulin oleh semua golongan yang mengaku Islam.
Samada salafi atau sufi, samada Sunni atau Syi'i.

Hangpa semua tahukan yang selain dari Ali bin Abi Talib r.a., puak Syi'ah yang extreme mengkafirkan kesemua sahabat Nabi saw,
kecuali empat orang, Salman al Farisi, Miqdad bin Aswad, Ammar bin Yasir r.anhum dan kawan kita sorang ni.

05 February 2013

Isteri Tembun


Ini sambungan dari cerita Khawlah binti Hakim r.anha yang pergi meminang Aishah binti Abu Bakar dan Sawdah binti Zam'ah r.anhuma setelah kematian Khadijah r.h.

Kalau nak clear, pi baca part sebelum ni,
Khawlah binti Hakim - Kawin Lain Agama.
Lepas tu mai sini balik.

Kalau dah, mai kita perabis sikit lagi.

Khawlah the matchmaker, kemudiannya bertandang ke rumah Sawdah pula.

Sawdah seperti yang diceritakan tadi, adalah balu Sakhran bin 'Amr r.a.
At the time she was already 55 years old.
Lebih tua dari Nabi saw.
Nabi masa tu baru 50 tahun.

She was also a plump / bulky lady, orang Kedah cakap, tembun.
Ini diceritakan sendiri oleh Ai'shah r.ha. seperti yang tersebut dalam hadis2 Sahih Bukhari dan Muslim.

02 February 2013

Khawlah binti Hakim r.ha - Kahwin Lain Agama


Menyambung cerita Khawlah binti Hakim, isteri Uthman bin Maz'un r.a.

Khawlah ni ialah salah seorang sahabat Siti Khadijah r.ha, isteri Nabi saw yang amat dicintai Baginda.

2-3 tahun sebelum Hijrah, kita tahu Siti Khadijah wafat dan menyebabkan kesedihan yang amat sangat kepada Baginda saw.

Tinggallah Nabi saw dengan anak-anak baginda yang masih kecil tidak mempunyai seorang ibu sedangkan baginda masih lagi perlu menjalankan misi da'awah.

Pada masa itu pun , musyrikin Mekah masih mengenakan tekanan yang hebat kepada orang2 Islam.

Melihatkan keadaan itu, timbul rasa simpati pada Khawlah, isteri Uthman bin Maz'un ni. Lalu dia pun berjumpa Nabi saw.

"Ya Rasulullah. Sejak kematian Khadijah, tak ada sapa2 yang mengurus kehidupanmu. Kesiaan aku tengok Fatimah, Ummi Kalthum tu, dah tak ber-emak. Apa kata kamu kahwin lain?"

Kisah Lebam Mata - Uthman bin Maz'un r.a.


Rupanya kes lebam mata dah lama tercatat dalam sejarah.
Ini versi sirah an Nabawiyyah.

( Saja aku letak gambar Muhammad Ali kat atas tu, seorang jaguh Islam yang banyak menerima dan menghadiahkan tumbukan yang melebamkan mata. Kalau taruk gambar lebam mata yang satu lagi, kontroversi pulak)

--------------------------------------------------------------------

Ketika Rasulullah s.aw. melihat jenazah Uthman bin Maz'un r.a., baginda tidak dapat menahan kesedihan.
Air mata baginda menitis ke atas dahi Uthman yang sudah terbujur kaku itu.

Rasul saw amat sayang pada Uthman ibn Maz'un ini.

Dialah orang Islam pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi', di sebelah Masjid Nabawi tu.

Setelah dikebumikan, Rasul saw menyuruh seorang sahabat untuk menanda kubur Uthman dengan sebiji batu untuk mengingatkan baginda akan tempat persemadian Uthman r.a..