09 June 2015

Riuh Dalam Rumah


Dari sebuah hadis sahih riwayat Imam Bukhari.

Ada sorang sahabat Nabi SAW yang pernah menyertai Perang Badar bernama 'Ithban.
Bermakna, dia adalah di antara sahabat yang dihormati kerana tergolong sebagai seorang ahlul-Badar.

Nak jadi cerita, dia ni juga seorang imam tua di kampungnya dan mata dia pun dah koi rabun.
Susahlah dia nak pi masjid nak mengimamkan solat.

Oleh kerana ada masalah tu, dia minta satu favour dari Nabi SAW.
Dia minta Nabi mai rumah dan mengimamkan solat di rumah dia pula.

Besar hajat tu.

Nabi menerima dengan senang hati permintaan sahabat yang mulia ini.
Esoknya baginda SAW mai dengan Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Depa dua orang saja.

Setelah diizinkan, Nabi SAW dan Abu Bakar pun masuk.
Lepas tu depa solat berjemaah seperti yang dihajati oleh 'Ithban.
Nabi jadi imam, Abu Bakar dan 'Ithban jadi makmum.

Selesai solat, 'Ithban pun ajak depa makan sambil bual-bual.

Rupa2nya kehadiran Nabi SAW dan Abu Bakar telah sampai ke pengetahuan orang2 kampung.
Riuhlah....!

05 March 2015

Jabir bin Abdillah r.a._ Kambing Kore Makan Seribu



Ini suatu kisah ketika Nabi SAW dan para sahabat sedang membina parit untuk menghadapi Perang Khandak.

Setelah seharian membanting tulang, Jabir bin Abdillah r.a. merasa kasihan melihat Nabi SAW keletihan.
Mungkin juga baginda lapar.
Lalu dia fikir nak buat suatu khidmat pada baginda SAW.
Dia pun inform Nabi dia nak balik rumah sekejap. Nabi izinkan.

Bila sampai di rumah dia habag kat bini dia.
"Yang...abang nak jemput Rasulullah dan dua tiga orang sahabat makan. Ada apa2 yang kita boleh jamu?"

Bini dia kata, "Adalah roti sikit saya boleh bakar. Anak kambing kita tu, kita sembelih sajalah bang, kita buat gulai. Lauk lain tak dak."

Jabir pun pi tengok anak kambing tu....kore saja. Tak banyak isilah maknanya.
Maklumlah, anak kambing.
Tapi setakat 3-4 orang boleh lepas lah kalau nak buat makan2.
Dia pun sembelih, lapah dan bagi kat bini dia.

"Nah. Yang masaklah, abang nak balik jumpa Rasulullah. Nanti abang bawa dia mai lepas kerja."

13 January 2015

Ikrimah bin Abu Jahal r.a._Part 2- The Greek Tragedy




Jom kita sambung.....

So, Theodoros Rastapolos (aku reka saja nama tu)......
dia dah naik syeh sama Ummu Hakim.
She was probably quite young in late 20s or early 30s.

Apa Theo buat tak taulah, but must be something objectionable.
Tersangatlah loklag.

"Heiiiiii.... apa hang buat ni?" sergah Umm Hakim.

Mamat tu jawab...."i θέλατε κυρία"....roughly translated..."Alaa puan......tarak boleh ka?"

"Hang gila ka?!! Aku Muslim.... hang tau dak? Hang jangan dok buat kerja kotog ni!"

"Alaaa puan...mana ada worang sini...sikit2 apa gaduh?" mamat tu dah kelabu mata.

"Hoi...janganlah........TOLONG!! TOLONGGG!!!!!..." jerit Ummu Hakam.

02 January 2015

Ikrimah bin Abu Jahal r.a. _ Part 1 - Anak Bapak




Mungkin hangpa dah biasa dengar, atau dah hafal pun hadis di bawah ni,

Dari A'ishah r.anha, Nabi saw bersabda, "Janganlah kamu mencela orang yang sudah mati. Kerana mereka telah mendapat balasan dari apa yang telah mereka lakukan." hadis sahih riwayat al Bukhari.

Ia berkaitan larangan ugama kita terhadap kelakuan mencaci/ mengutuk orang yang sudah mati.

Tapi tau tak lagi apa cerita di sebalik hadis ni, dan pasai apa Nabi saw sebut macam tu?
Mai kita pakat dengar sikit ceritanya.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Sapa tak kenal Abu Jahal angkat tangan?

Satu...dua....5 orang tak kenai Abu Jahal.
Mu jahil lah gitu!!

Dak.....lawak saja. Mana boleh kita tak kenal Abu Jahal.
Dari kecik2 lagi kita dah diajar, Abu Jahal nilah kepala samseng, ketua musyrikin Makkah yang sangat membenci dan memusuhi Nabi saw.
Nabi saw banyak menderita akibat perbuatan jahat dia ni.

Nak cerita mai, dia ada seorang anak lelaki.
Namanya Ikrimah bin Abu Jahal.
His father's favourite son.

02 November 2014

Khalid al Walid r.a. - Final - Terbalik Kuang



Sampai kita ke bab terakhir penceritaan Khalid ibn al Walid r.a.
Last sekali kita cerita mengenai Wardan, komander tentera Roman yang buat strategi nak bunuh Khalid al Walid, tetapi rancangan tu terbocor oleh orang suruhan dia David.

So, apakah kesudahannya?
Jom kita perabih.

---------------------------------------------------------------------------------

Komander Wardan sudah hot. Dia pikiag boleh settle cepat, tapi nampaknya tugas ni dah jadi rumit sikit.
Khalid was stronger and cleverer than he had thought.

So, dia panggil mesyuarat tertinggi untuk bincang strategi terbaik.

"Macamana ni? Khalid ni liat jugak. Cuba bagi idea sikit." kata Wardan.

"Kita buat undi tak percaya bos. Baru dia tau langit tu tinggi ka rendah." kata sorang.

"Hishh hang ni...dia tak heran lah undi2 ni. Sultan ada belakang dia." jawab sorang lagi,

Wardan pun dah kerut dahi....

"Kalau cam tu, kita report SPRM lah. Aku tau lah sikit2 rahsia dia hak lama2 tu...." pintas yang lain, "Sure kecut punya."

"Oiiii!!!" Wardan dah bengang, "Hangpa cakap pasai sapa ni?!"

"Khalid lah tuan komander. Bukankah kita nak singkir dia?" depa jawab.

"Khalid mana ni?! Aku cakap pasai Khalid al Walid lah....Bahalol!! Bukannya Khalid Ibrahim!!" geram betoi Wardan.

"Oooo........sorri bos. Kami ni hal2 politik ni kami minat lah. Nak pi perang, berat sikit."

Saja pi selit sikit isu semasa.....harap tak sentuh sensitivity sapa2. Kisah tu pun dah selesai dah.

So back to the real council of war.

14 October 2014

Khalid al Walid r.a. - Part 4 - Half Naked Warrior



Assalamua'alaikum,

Dah lama terhenti episod cerita2 Khalid al Walid r.a. ni.

Last sekali kita dengar ialah mengenai sorang pegawai Khalid yang "memanaskan" Malik bin Nuwairah....sampai arwah kawan tu.
Cuba pi baca balik cerita Laila Namamu Teratas tu.

The young officer's name was Dhirar bin Al Azwar, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Half-Naked Warrior.

Apa yang dia buat? Sampai gelaran pun nampak lucah saja.
Mai kita dengar sedikit cerita kenakalan dia.

Pada akhir Julai 634Masihi, (Jamadil Awal 13Hijrah), Khalid al Walid r.a. dan tenteranya tiba di suatu tempat bernama Ajnadain. Masa ni Abu Bakar as Siddiq r.a. masih Khalifah, dia wafat dua bulan kemudian.

Lihat peta bawah.