10 May 2012

Solat Stail Zorro


Daripada Sahl bin Sa'ad al Sai'di katanya:
"Adalah beberapa orang lelaki bersembahyang bersama Nabi s.a.w. dalam keadaan menyimpulkan kain-kain mereka ke leher mereka seperti kelakuan budak-budak, lalu Nabi bersabda kepada wanita-wanita,"Janganlah kamu mengangkat kepala-­kepala kamu sehingga kaum lelaki duduk." "
Hadis sahih riwayat al Bukhari.

Dalam hadis ni, diceritakan ada sekumpulan lelaki solat berjema'ah bersama Nabi saw.

Depa ni pakai satu macam punya stail, ambil sehelai kain, tarik satu hujung bawah ketiak kanan, satu lagi bawah ketiak kiri, then bawak naik, simpul kat belakang tengkuk.

Depa tak pakai bajulah....kain saja.
Macam Zorro kot.

Dah buat cam tu, kain depa terangkatlah , sekira-kira hanya cukup tutup lutut saja.
Jadi bila depa sujud, kalau orang2 pompuan yang solat kat saf belakang angkat kepala dulu, depa nampaklah peha orang2 jantan ni.

Kurang sopan gitu.

Jadi Nabi pesan siap2 sebelum solat kat orang2 pompuan tu, nanti masa solat kasi orang lelaki duduk antara dua sujud dulu sebelum orang pompuan angkat kepala depa.

Kalau tak, takut ter"accident".
Nampak yang bukan-bukan.

Dari hadis ni, ulamak (termasuk Imam Shafie) membuat kesimpulan,
1. Boleh solat pakai kain saja....tak payah pakai baju. Asalkan tutup aurat.
Tapi rule ni utk orang lelaki sajalah.

Orang2 pompuan jangan pi masjid berkemban pulak, nanti tok imam tak khusyuk solat....tengah-tengah solat dok teringat Mak Bedah di rumah....

2. Kalau masa sujud, orang belakang nampak peha, sah solat. Tapi syaratnya kain mesti tutup kepala lututlah.

3. Oleh kerana tak de hadis lain, maka ulamak buat satu lagi kesimpulan iaitu, kalau nampak pusat bila rukuk, maka BATAL lah solat, walaupun kita pakai baju.

Misal kata, kita pakai kain, tapi simpulan kain di bawah pusat.
Kemudian pakai baju ka, jubah ka. Tapi jubah atau baju tu kita tak kancing.

Then bila rukuk, kita ternampak pusat kita melalui celah-celah baju, maka batallah solat sebab dah kira terbuka aurat.

Jadi yang eloknya, kain simpul atas dari pusat, atau pakai t-shirt pagoda yang tengkok bulat tu, atau lilit serban keliling tengkok camtu.

Ini pandangan Mazhab Shafie....tak pasti mazhab yang lain camna.

Wallahu'alam.

No comments: