02 March 2012

Umar al Khattab - Cable Bagus





One evening in Madinah.

Uyainah bin Hisn baru sampai ke rumah anak sedaranya Al-Hurr bin Qais.
Dia membawa suatu hajat.

"Lama Pak Cik tak mai Madinah ni, ada hal ka?" tanya al-Hurr.

"Ada lah sikit nak cakap dengan hang...." ujar Uyainah.

"Apa dia tu? Habag la mai sini. Kot2 saya boleh tolong."

"Aku pun rasa hang boleh tolong." kata Uyainah, "Dengar cerita hang baik dengan Khalifah, Amirul Mukminin Umar al Khattab tu. Cable baguih kot?"

"Isyy Pak Cik ni....apa cable2 pulak? Saya ni kan ahli Qurra. Bukannya power sangat pun, kami ni penasihat kepada Khalifah saja. Khalifah sendiri yang initiate position tu. Dah depa jemput, saya join saja." kata al-Hurr.

'Tu dah kira cukup baguih la...bukan senang nak dok dekat2 dengan pemimpin negara. Hang tolong sikit boleh?"

"Tolong apa Pak Cik? Kalau nak projek minta maaflah. Saya tak involve benda2 cam tu. Kalau Khalifah dengar, mampoih saya kena balun nanti."

"Eeihhhh dak aih! Aku bukan nak penaya hang. Cuma kalau boleh hang sound sikit kat dia, kata Pak Cik hang, aku lah, nak jumpa dia. Boleh?" kata Uyainah.

"Awat Pak Cik nak jumpa dia? Pak Cik nak meniaga lembu ka?"

"Mana ada orang bela lembu di Madinah ni. Unta adalah. " kata Uyainah, "Isyy! Hang ni banyak soai lah.
Aku adalah sikit hal....nanti hang ikut aku. Hang boleh dengar sama."
So, al-Hurr bin Qais pun pergi meminta izin dari Umar yang pak penakan dia nak jumpa.
Maka Umar al Khattab pun tak dak soal banyak, minta Uyainah jumpa dia.

Sesampai Uyainah dan al-Hurr di hadapan Amirul Mukminin Umar al Khattab, maka Uyainah pun buka mulut.

Dia berkata dengan lantang, " Oi anak Al Khattab! Aku mai jauh2 ni nak habag kat hang.
Hang ni nama saja pemimpin, tapi tak bagi apa2 pun kat orang2 kampung aku.
Kalau hang tak nak bagi lembu pun tak pa lah, bagilah baja ka, gelanggang futsal ka, bubuh tar kat jalan2 kampung ka.
Kalau sengkek sangat pun, hulur kain pelikat sehelai dua pun jadilah. Hang ni memang pemimpin tak adil!""

Terkejut berok Umar.

al-Hurr, anak penakan Uyainah lagilah,
terkejut baboon agaknya!

Uyainah panggil Khalifah tu OI saja!!
Tak dak Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Yang Teramat Mulia Tengku ka,
....atau apa2 sajalah yang sewaktu dengannya seperti yang kita dah biasa kat 1Malaysia ni.

Lepas tu dia panggil Khalifah dengan nama anak al-Khattab saja!!
Kalaupun tak nak pakai title Amirul Mukminin tu. at least sebutlah nama dia, Umar, .

Tak cukup dengan tu, dia tuduh macam2 kat Umar r.a, tidak adillah, kedekutlah.

Sayyidina Umar, seorang pemerintah Islam yang terkenal zuhud dan wara'.

Sayyidina Umar yang sangat takut untuk berlaku zalim, bukan saja kepada rakyatnya, malah aniaya seekor kambing pun dia tak berani.

Namun begitu, Umar, sebagai seorang manusia biasa, tentulah marah bila dikata demikian.
Iyalah...tak pasai2 kena bambu.

Dia hampir2 menempeleng Uyainah, namun dihalang oleh al-Hurr yang berkata,
"Wahai Amirul Mukminin. Jangan begitu.
Ingatlah firman Allah; "Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta jangan hiraukan orang-orang yang jahil" (Al-A'raf ayat 199).

Sambung al-Hurr, "Pak Cik saya ni dia tak berapa cerdik. Dia orang kampung. Maafkan dia."

Sebenarnya Uyainah adalah antara golongan yang baru memeluk Islam.
Pada zaman Rasulullah saw, muallaf mendapat pemberian dan hadiah dari Rasul saw sebagai salah satu cara utk menjinakkan hati mereka.

Tetapi pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab, dia (Umar) merasakan sudah tidak perlu lagi berbuat demikian kerana orang2 dah nampak kebesaran dan keindahan Islam. Bila masuk Islam iman depa dah kukuh.

Tapi ada jugalah orang2 yg macam Uyainah ni yg tak faham. Jadi bila tak dapat apa2, dia ingat Khalifah dah tak considerate.
Tu yg dia mai bambu Umar kow-kow tu.

Boleh kita buat cam tu kalau rasa tak puas hati dengan YB2 kita?
Cubalah.

Anyway, setelah diperingatkan ayat tersebut oleh al-Hurr, Umar terus terkedu.
Tak jadi dia marah. Insaf dia mendengarkan perintah Allah tu.

Pengajaran dari cerita tersebut......
LU PIKIRLAH SENDIRI!

Cerita tersebut adalah berdasarkan hadis sahih al-Bukhari dari Riyadhus Salihin karangan Imam an Nawawi.

Bab lembu, futsal dan kain pelikat tu tak ada dalam hadis tu.

Wallahu'alam

No comments: