28 April 2014

Khusyuk Dengar Khutbah, Tapi Tak Solat Jumaat


Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Hudzaifah bin Yaman r.a., Nabi SAW bercerita kepada para sahabat mengenai kisah seorang lelaki di zaman dulu.

Pada zaman dulu ada seorang lelaki yang dah sampai ajalnya. Maka malaikat pun datang menanyakan soalan.

"Hang ni ada ka pernah buat apa2 kebaikan?"

Jawab lelaki tu, " Ishh... rasa2nya aku ni tak ada apa2 benda pun yg aku buat baik."

"Laa...tak kan tak dak langsung? Cer hang ingat elok2? Musti ada sikit sebanyak." gitulah lebih kurang kata malaikat.

Lelaki tu pikiag punya pikiag baru dia teringat, "Ish, kalau adapun yg ni lah kot. Aku ni suka bagi pinjam duit, bagi hutang duit kat orang. Lepaih tu , aku taklah push dia suruh bayag, tangguh sikit pun tak apa. Lepaih tu kalau aku rasa dia tak boleh settle, aku kira halallah. "

02 April 2014

Kisah Jibril dan Fir'aun- Sikat Harga Sebuah Iman



Kita dah biasa dengar semasa peristiwa Israk dan Mi'raj Rasulullah s.a.w, baginda telah mengalami berbagai peristiwa.

Sampai kata suatu tempat tu baginda s.aw.terhidu bau yang sangat harum.
So, Nabi saw tanya Jibril, "Bau apa yang sedap sangat tu?"

Lalu jawab Jibril, "Itulah bau tukang sikat rambut anak Firaun dan anak2 wanita tu."

Tanya Nabi saw lagi, "Apa dah jadi pada depa ni sampai dapat kelebihan macam tu sekali?"

Jawab Jibril..."Long story....biag aku cerita sat."

So, Jibril pun flashback cerita tu.

------------------------------------------------------------------------------

Suatu hari di istana Fir'aun.
Seorang wanita sedang menyikat rambut anak pompuan Fir'aun.
Itu lah kerja dia. Hairdresser utk anak2 Firaun.

Tiba-tiba sikat dia terjatuh.

27 March 2014

Battle of The Masts

Assalamualaikum semua,

Mungkin hangpa tak tahu bahawa karakter Captain Jack Sparrow dalam cerita2 Pirates of The Carribeans dikatakan berasal dari seorang pelaut dalam sejarah lampau yang dikenali dengan nama Captain Jack "Birdy" Ward, atau nama Islamnya Yusuf Reis.

Hangpa boleh  baca kisahnya  dalam website Imam Suhaib Webb.
http://www.suhaibwebb.com/society/entertainment/the-legend-of-captain-jack-from-birdy-to-sparrow/

Ni aku nak cerita satu lagi kemungkinan connection di antara
 Pirates of the Carribean (POTC)  dengan sejarah Islam.
Hangpa ada tengok kot cerita2 POTC ni?
Kalau tak tengok pun, angguk sajalah....

22 March 2014

Sahabat Baik Rasulullah s.a.w. - Cemburu Bini Muda


Ni aku nak bercerita sikit mengenai kisah sahabat karib Rasulullah saw.

Siapa dia sahabat tu?
Abu Bakar as Siddiq? Bukan!
Umar al Khattab? Nahi!
Bilal bin Rabah? No way Jose !
Abu Dzar al Ghifari? Salah lagi!

Semuanya salah, sebab dia bukan dari kalangan manusia.
Nama dia Jibril a.s.

----------------------------------------------------------------------------------

Suatu malam di Madinah.

"Muhammad! Muhammad! Jom..." Jibril berbisik dari luar rumah Nabi saw.

Kalau nak samakan dengan kita hari ni, macam kawan2 mai ajak minum kat kedai mamak kot.
Nak masuk rumah tak berani, nanti bini kawan berletiag.

Ishh...ishh...ishhh...
Jauh sangatlah scenario kita hari ni dengan hasrat kedatangan Jibril ke rumah Nabi malam tu.

17 March 2014

Petua Mimpi Jumpa Nabi s.a.w.


Ini ada satu cerita dari Sheikh Muhammad Hassan al Misri, seorang ulamak kontemporari Mesir.
...suatu petua untuk berjumpa Nabi saw di dalam mimpi.

Bersabda Nabi saw, "Barangsiapa melihatku dalam mimpi maka dia benar benar telah melihatku, karena syaitan tidak mampu menyerupaiku" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Tak ramai yang dapat keistimewaan bermimpi jumpa Nabi saw.
Dan ini adalah mimpi yang benar....bukan mainan tidur.
Jadi ramailah yang tercari2 macamana nak mimpi sedemikian.

Begini cerita Sheikh.....dia tak reka cerita ni.
Cuma aku tambah2 stail akulah.

--------------------------------------------------------------------------
Ada sorang pelajar ugama tanya tok guru dia, "Tuan Sheikh, saya ni dah lama bercita2 nak mimpi jumpa Nabi saw. Camna ya?"

Jawapan Sheikh, "Aku ada petua mudah kalau nak mimpi jumpa Nabi saw. Malam ni aku ajar."

18 February 2014

Kisah Kate dan Kathy - Valentine's Day


Catherine "Kate" Lim dan kawan se pejabatnya Kathijah "Kathy" Lamin sedang berbual-bual.

Kate : Kathy, boleh I tanya you something?

Kathy : Boleh...apa dia?

Kate : Sensitive punya question. Jangan marah aa?

Kathy : I ni mana pernah marah sama you. Tanyalah.

Kate : Semalam I baca itu news, ada itu menteri cakap Muslim haram celebrate Valentine. Kalau celebrate kena tangkap masuk jel. Apa pasal aa?

Kathy : Oohh....Muslim memang tak boleh celebrate Valentine Day. Sebab dia encourage budak-budak muda, girls and boys untuk jumpa express love, pegang2 tangan, kissing2...you knowlah, nanti macam2 jadi lorr...